Tak perasan air mata mengalir saat menaip puisi Pesanan Buatmu Yang Bergelar Isteri.
Begitu tulisan Pengamal Undang-Undang Syariah, Rabiatul Adawiyah Ramli tatkala mengimbau semula setiap cerita demi cerita yang didengarnya.
“Saya ada jalankan slot untuk ruangan kongsi pengalaman. Dan alhamdulillah banyak sambutan yang rata-ratanya terdiri kaum isteri yang dalam masalah.
Jadi saya tulis puisi ni sejak bergiat dalam perkongsian ilmu tersebut. Sebak sangat sebab terlalu ramai yang kongsi pengalaman hidup masing-masing.”
Saya ingin menjemput sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman hidup sama ada pahit atau manis secara live bersama saya.
Tambah Rabiatul lagi, puisi ini berjaya menyentuh hati wanita yang kebanyakannya terasa dalam diam. Ramai pembaca yang respon dan majoritinya kelu tanpa kata. Waktu menulis ni, tak sangka pula ada yang menangis!
Kau wanita yang dipilih Allah untuk menjadi seorang isteri, Kau juga dipilih Allah untuk mempunyai suami, Melalui akad ijab qabul yang bersaksi, Maka termeterai sudah kau sebagai isteri kepada sang suami.
Kini, Hidupmu bukan lagi bersendiri, Harapanmu ingin menjadi Isteri yang diredhai, Jika diizinkan ingin bergelar ibu mithali.
Kini, Setiap saat kudratmu hanya untuk suami, Tidak kira siang dan malam berkhidmat tanpa henti, Tak lekang juga anak sentiasa di sisi, Yang menagih bauanmu setiap hari.
Ads
Kini, Masamu hanya untuk suami, Masamu juga hanya untuk anak yang disayangi, Di rumah isteri, di tempat kerja sebagai kuli, Kerana matlamat utama untuk meringankan beban suami.
Kini, Hari berganti hari, Tahun silih berganti, Anak juga telah pandai berdikari, Kau tetap taat setia pada suami. Inilah harapan dan matlamat setiap wanita yang bergelar isteri.
Tapi, Di dalam setiap saat itu, Tercatat suatu mimpi ngeri tiada siapa yang tahu. Suami di masa itu sudah tidak seperti dahulu, Sebab sudah ada yang baru. Dimaki dipukul diherdik tiap kali ingin mengambil tahu, Agar si suami berubah tingkah laku, Namun apa sajalah yang si isteri mampu, Hanya Robbul Izzati tempat mengadu.
Pesananku buatmu duhai Isteri! Teruskan menjadi isteri yang diredhai, Walau kau tidak dihargai, Kelak Anak-Anak akan menjadi saksi, Kau pasti disanjung tinggi.
Pesananku lagi buatmu Isteri! Kuatlah untuk terus menjadi isteri, Tabahlah menghadapi tiap dugaan yang diberi, Hidup ni pun bukannya lama lagi, Biar Allah yang urus sendiri.
Ads
Pesananku buatmu Isteri! Selagi bernyawa, Selagi si suami tidak dicabut nyawa, Selagi itulah syurga di bawah tapak kakinya.
𝑷𝒆𝒔𝒂𝒏𝒂𝒏𝑻𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝑩𝒖𝒂𝒕𝒎𝒖𝑰𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 Andai hidupmu tidak lagi seceria dahulu, Pilihlah apa yang terbaik buatmu, Andai istikharahmu juga menunjukkan begitu, Maka inilah jawapan dari segala usaha dan doamu kerana Allah sentiasa ada denganmu.
Rabiatul Adawiyah Ramli
==========================
Beliau sebelum ini, pernah menulis sebuah lagi puisi yang ditujukan buat kaum suami. Yang ini dengarnya banyak lelaki yang kurang bersetuju!
Ads
Sabar seorang isteri ada hadnya. Main-main dengan nafkah zahir batin isteri dan anak. Jangan ditanya kenapa hidupmu makin jatuh dan terus tersungkur. Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar setiap rintihan anak dan isteri walau tanpa suara.
Pesanan Buat Yang Bergelar Suami
Kau sayang Anak Isteri, Doa untukmu tanpa henti. Ganjaran Syurga dunia Akhirat untukmu nanti.
Kau zalim pada Anak Isteri, Dosa dicatit tanpa henti. Balasan dan bahang An-Nar dunia Akhirat yang dijanji.
Pesanan buat yang bergelar SUAMI.
Tanpamu tiadalah istilah beristeri, Tanpa isteri tiadalah dirimu digelar suami, Akad yang diikrar terus terusan dimungkiri, Mana letaknya janji yang mengikat diri.
Kau mungkiri kelak binasa diri. Ini bukan doa dari sang Anak dan Isteri, Tetapi akad dan janji dari Robbul Izzati. Bertemu kita di sana nanti.
Rabiatul Adawiyah Ramli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambutnya yang kerinting tetapi cantik itu menjadikan nama Fiza Saad lebih dikenali sebagai Fiza Frizzy. Kepetahannya mengacarakan rancangan di kaca televisyen serta majlis-majlis korporat meletakkan dirinya sebagai salah seorang pengacara yang sering terpilih untuk majlis -majlis makan malam, pelancaran produk dan sebagainya. Tidak hairanlah mengapa ibu kepada seorang cahayamata ini terpilih untuk mengacarakan rancangan realiti digital pertama majalah NONA, Fabulous MUA NONAXFCC yang boleh disaksikan di platform digital majalah NONA dari 1 November dan bakal berakhir 13 November nanti.
“Trademark saya adalah rambut kerinting dan mata saya yang sentiasa berkelip-kelip ketika cuba untuk mencari idea ketika bercakap. Saya tidak mempunyai trademark lain untuk dikenali, mungkin apa yang ada ini sudah mencukupi untuk orang mengingati saya?”.
Rupanya, graduan Biosains ini sememangnya amat cenderung dalam bidang komunikasi sejak di zaman remaja lagi.
“Saya merupakan seorang graduan Biosains tetapi minat saya sangat cenderung untuk bercakap. Saya pernah memasang angan-angan untuk beradi di kaca televisyen, sama seperti Fara Fauzana dan Fiza Sabjahan. Untuk merealisasikan angan-angan itu, saya cuba menyertai satu program yang mencari bakat sebagai pengacara TV/Penyampai Radio dan Kolumnis (Projek Metro) pada tahun 2013 dan saya adalah salah seorang finalis,” ujar Fiza memulakan bicara.
Walaupun tidak mempunyai ilmu dalam bidang pengacaraan, Fiza tetap meneruskan niat untuk mencapai apa yang diangankan. Enggan dikenali sebagai seorang selebriti, Fiza lebih gemar jika dikenali sebagai seorang personaliti kerana ia lebih bersesuaian dengan karekter dirinya. Selain aktif dalam bidang pengacaraan, Fiza turut memasang pelbagai impian untuk melebarkan lagi sayap dalam bidang pengacaraan yang amat dicintainya ini.
“Saya mempunyai banyak impian dan banyak cakap. Malah saya juga merupakan seorang Recruitment Consultant, satu bidang yang sangat competitive dan sales oriented.”
Latar belakang dalam bidang biosains sebenarnya banyak membantu Fiza dalam berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Menjadikan ilmu itu sebagai satu kewajipan tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi, Fiza meletakkan kedua ibubapanya sebagai tulang belakang kejayaannya kini.
“Ibu bapa saya adalah tulang belakang saya. Sebelum menceburi bidang ini, mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan saya. Tetapi saya memberi keyakinan sekiranya saya tidak berjaya mencapai apa yang saya ingin dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang, saya akan berhenti. Tetapi Alhamdulillah, kata orang rezeki tidak pernah salah alamat.
Sentiasa merendah diri dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya membuatkan Fiza cukup dikenali dan berada dalam kelas yang tersendiri. Walaupun begitu, sifatnya yang merendah diri menambahkan lagi rasa selesa dan senang untuk sesiapa sahaja bekerjasama dengannya.
“Saya belum cukup dikenali dikalangan penonton dan netizen. Cuma, bakat yang saya ada ini dihargai apabila klien dan pihak televisyen menawarkan peluang untuk mengacarakan sesebuah rancangan atau majlis keraian. Malah saya turut rasa berbangga apabila terdapat program televisyen yang mahukan perkhidmatan saya. “
Sebagai pengacara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan, rupanya banyak lagi impian dan cita-cita wanita muda ini yang masih belum terlaksana. Walaupun begitu, kenangan manis ditawarkan mengacarakan satu rancangan travelog ke negara matahari terbit, Jepun merupakan antara impian yang menjadi kenyataan untuk dirinya.
“Program travelog ke Jepun di mana saya bekerja bersama-sama pasukan dari Jepun merupakan kenangan manis sepanjang kerjaya saya.Bayangkan ketika itu saya sedang hamil enam bulan. Program Jalan-jalan Jepun di Wilayah Tohoku itu ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen tempatan. Istimewanya, program ini bukan hanya dikendalikan oleh saya sendiri tetapi bergandingan bersama Cef Adu. Malah penerbit dari stesen televisyen itu juga turut bersama-sama kami. “
Satu lagi pengalaman yang akan sentiasa saya ingat adalah bekerja dalam keadaan sarat mengandung! Bayangkan, saya masih lagi bekerja walaupun kandungan sudah berusia sembilan bulan lima hari. Overdue tetapi masih lagi ligat bekerja! Selain itu, saya juga berpeluang untuk menemubual Ed Sheeran, seorang penyanyi dan pemuzik yang sangat diminati ramai. Dan, saya juga berpeluang menemubual pelakon-pelakon Black Panther di Seoul.
Sentiasa merendah diri, yakin dengan diri sendiri menjadi pegangan ibu keoada seorang cahayamata ini untuk kekal relevan dalam dunia pengacaraan. Tambah Fiza lagi, setiap insan mempunyai impian dan usaha dan terus berusaha tanpa jemu menjadi pegangan hidupnya untuk mencipta kejayaan.
“Saya sentiasa letakkan keletihan dan kepenatan jauh-jauh kerana itulah yang akan membawa kita mendekati kejayaan. Paling penting, sentiasa yakin dengan diri sendiri. Bagi saya, seorang host perlu mempunya karakter atau personaliti diri yang asli dan semula jadi. Itulah yang akan membuatkan kita lain dari yang lain. Kita juga akan tampak lebih berkeyakinan dan fun!
Sepanjang 6 episod mengacarakan Fabulous MUA, kekuatan Fiza terletak kepada kepetahan ketika berbicara lebih-lebih lagi tanpa ada skrip. Hanya berikan point penting dan Fiza akan cuba sebaiknya untuk menjalankan tugas sebagai pengacara. Jangan tak tahu, Fiza juga boleh menghafal skrip dalam masa yang singkat! Itu adalah antara kelebihan dari segi kekuatan akal fikiran yang dimiliki oleh pengacara yang bubbly ini!
Tambah Fiza lagi, setiap pekerjaan ada cabaran dan dugaannnya. Untuk saya, setiap jadual yang ada saya perlu kendalikan sendiri tanpa personal assistant atau pengurus. Malah di rumah juga tidak ada pembantu yang membantu menguruskan rumah dan anak. Di samping itu, saya juga perlu memandu sendiri ke lokasi, menguruskan diri sendiri dan menyolek sendiri tanpa disediakan jurusolek. Memang memenatkan tetapi berbaloi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tengok penampilan dan rupa paras Datin Arianie Abidin pasti ada yang tidak menyangka suri hati Dato’ Hattan ini sudah pun berusia 51 tahun. Dia bukan saja memiliki wajah awet muda malah mesra orangnya. Bersandarkan gaya dan aura positif Datin Arianie tidak hairanlah dia kelihatan muda.
Apatah lagi isteri kepada pelantun lagu Memburu Rindu ini merupakan bekas ketua pramugari MAS. Pastinya Datin Arianie cukup arif dalam soal penampilan diri dan bergaul dengan orang ramai.
Jelitawan ini sah bergelar isteri Dato’ Hattan pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang cahaya mata tunggal diberi nama Adam Eiman. Rumah tangga mereka kemudian dilanda badai sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bercerai pada tahun 2005.
Ibarat kata pepatah, kalau sudah jodoh takkan ke mana. Mereka akhirnya ditakdirkan bersatu dan kembali bergelar suami isteri pada Julai 2013. Kini anak lelaki tunggal mereka meniti usia 26 tahun dan mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam industri muzik.
Menerusi perkongsian Datin Arianie di media sosial, ibu kepada seorang ini memuat naik foto dirinya dan suami di sisi anak tersayang ketika majlis graduasi permata hati kesayangan.
Difahamkan Adam Eiman merupakan graduan dari Taylor’s University dan selamat bergraduasi pada Mac 2022.
Kongsinya, “We are grateful and proud of all the things you have done. Love you a lot and pray to Allah SWT to give you the ability to do more in life. Congratulations on your graduation.”
Sebagai emak, saya banyak nasihatkan Adam. Alhamdulillah, dia anak yang ikut cakap. Balik dari universiti pun, dia akan terus masuk bilik dan buat hal dia sendiri.
Kalau keluar dengan kawan-kawan, dia akan maklumkan kepada saya dulu dan jenis yang suka bercerita tentang aktivitinya kepada kami berdua.
Tapi biasalah, anak lelaki pasti ada sikap degil dan nakal. Paling penting jangan terlalu mengongkong anak,” terang Datin Arianie sambil mengakui kerap mengingatkan Adam tentang masa depan dan bijak mengatur hala tuju hidup.
Kini, Adam Eiman merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang pernah memenangi trofi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) menerusi anugerah Album Terbaik album penyanyi Yonnyboii berjudul Deluxe Version.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua hari lalu DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah mengaktifkan laman Instagram rasmi milik peribadi baginda. Memilih nama akaun @tuankuzarasalim, seluruh rakyat kini boleh melihat sisi peribadi yang dikongsi oleh Tuanku Zara Salim di media sosial.
Menerusi status yang dimuat naik dalam laman Instagram rasmi baginda, Tuanku Zara Salim telah menzahirkan penghargaan terhadap kesungguhan anggota barisan hadapan negara mengekang penularan wabak COVID-19 tanpa mengenal erti lelah dan tidak mengira masa.
Fot:o: Utusan Melayu
“Terima kasih kepada wira dan wirawati di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital di seluruh negara yang berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri,” tulis Tunku Zara Salim.
Foto: Instagram @perakdiraja
Menarik perhatian dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dan Raja Nazira Safya yang masing-masing memegang kertas menyatakan penghargaan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara.
“Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis,” demikian ucapan penghargaan yang dipegang Raja Azlan Muzzaffar, manakala Raja Nazira Safya memegang kertas dengan lukisan berbentuk hati antaranya tertera terima kasih, ‘Arigato’, ‘Merci’ dan ‘Grazie.
Status di Instagram dengan tanda pagar #askar#pdrm#dudukrumah yang dimuat naik Tuanku Zara turut disertakan gambar Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Azlan Muzzaffar dan Raja Nazira Safya masing-masing dalam pakaian Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Foto: Instagram @tuankuzarasalim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama anak jati Sarawak, Dayang Nur’ Maisarah Abang Abdul Razak kini menjadi sebutan ramai sekaligus mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Tokoh Belia Harapan...