Aura dan pesona Baginda jelas terpancar! Masih cantik dan berkaliber sama seperti dulu. Kemunculan istimewa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan Berita Perdana jam 8 malam di RTM semalam amat dinanti-nantikan. Pastinya, kehadiran Baginda mengubat kerinduan rakyat dan penonton setia RTM untuk melihat kembali bekas personaliti tersohor ini di kaca televisyen.
Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.
Ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016. Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996.
Sepanjang tempoh itu, Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Ads
Cukup bersahaja dan tenang menyampaikan berita semalam, Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan anggun dengan blazer merah jambu. Keanggunan Baginda amat terserlah dan membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca televisyen.
Sementara itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.
Ads
Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.
Wanita mengandung memerlukan nutrisi yang lebih untuk dibekalkan kepada bayi di dalam kandungan. Antara sumber bekalan tenaga tersebut boleh diperolehi melalui pengambilan susu. Di atas kesedaran betapa pentingnya susu untuk wanita hamil, Frisomum Gold®, 100% susu untuk ibu dari Holland, memperkenalkan formulasi yang diperbaharui dengan DualCare+TM untuk menyokong pengambilan nutrisi ibu dan si kecilnya dengan lebih baik.
Frisomum Gold telah dipertingkatkan resipi produknya dan mencipta penawaran produk baru yang memberikan nilai yang baik kepada pengguna sejajar dengan objektif korporat syarikat induknya, iaitu ‘Nourishing by Nature’.
Syarikat induk Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai objektif yang kuat untuk memberikan pengguna-pengguna dengan kebaikan susu. ‘Nourishing by Nature’ bermakna kita komited untuk menyediakan nutrisi yang lebih baik untuk pengguna-pengguna kami di seluruh dunia; kehidupan lebih baik untuk peladang-peladang kami; dan memastikan amalan ini kekal untuk generasi akan datang.
Frisomum Gold® adalah sebahagian daripada keluarga Friso Gold®, salah satu jenama susu tepung rumusan yang paling pesat berkembang di Asia dalam 3 tahun yang lalu. Jenama ini percaya bahawa sains perlu bergabung secara harmoni dengan alam semula jadi untuk memberi pengguna nutrisi semulajadi yang berkualiti. Prinsip ini diterapkan pada setiap langkah kerja kami dalam memanfaatkan nutrien semula jadi. Dari teknologi pemprosesan dan pemantauan peladang kami yang maju kepada penerapan kaedah pemprosesan yang inovatif untuk mendapatkan nutrien semula jadi dalam susu.
Frisomum Gold® baharu dengan DualCare+TM membekalkan ibu-ibu hamil dengan nutrien-nutrien penting supaya selesa sewaktu hamil. Nutrisi ini juga memastikan ibu-ibu kekal bertenaga sambil membantu menyokong kesihatan penghadaman dan memorinya.
Formula yang diperbaharui juga diuji secara klinikal terbukti rendah dalam Indeks Glycemic (GI), yang membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat. Ini adalah kerana makanan GI yang rendah boleh dihadam, diserap dan metabolisme dengan lebih perlahan.
Apabila ibu minum susu Frisomum Gold® dengan DualCare+TM, si kecil mereka yang kian membesar juga akan dibekalkan dengan nutrien-nutrien utama seperti asid folik dan iodin yang penting untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem otak dan saraf. Ia juga diperkayakan dengan nutrien lain, seperti Vitamin B12, Vitamin D, DHA dan kalsium.
Rumusan yang diperbaharui ini didapati dalam perisa vanila madu, memberikan rasa yang ringan, menjadikannya snek yang lazat dan sihat yang hanya 150kcal apabila rasa lapar. Anda hanya perlu tambah 180ml air dengan empat sudu tepung susu untuk memberikan nutrisi kepada para ibu hamil yang diperlukan untuk mereka dan si kecil dalam kandungan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan situasi kian membimbangkan yang dialami sekarang, bacaan doa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kaca televisyen sekitar pukul 1.12 petang tadi benar-benar meruntun jiwa. Sebak, risau dan bimbang… semuanya bergabung menjadi satu andai pandemik Covid-19 terus meningkat saban hari di Malaysia.
Pada saat rakyat mula khuatir dengan peningkatan kes Covid-19, Tan Sri Muhyiddin hadir memberi kata-kata semangat dan tidak pernah lelah mengajak rakyat bersama-sama memerangi wabak ini. Merujuk kenyataan Tan Sri Muhyiddin sebentar tadi, memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa lebih 95 peratus rakyat telah mematuhi perintah ini. Pun begitu, ingatan tegas turut disuarakan Perdana Menteri kepada rakyat untuk terus berada di rumah sepanjang tempoh ini supaya usaha kerajaan tidak menjadi sia-sia.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian yang rata-ratanya mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan untuk duduk di rumah atau stay at home. You follow my instruction. You know that this is good for you, your family and the people around you. Your awareness and sincerity in abiding by the rules imposed by the government during this Movement Control Order period is highly commendable.
Saya tahu bukan mudah untuk saudara-saudari duduk diam-diam di rumah untuk satu tempoh masa yang agak lama. Pastinya banyak cabaran yang saudara-saudari hadapi pada waktu ini. Tiba-tiba gaya hidup kita berubah sekelip mata.
Tetapi saya lihat ramai yang kreatif. Saya tengok di Facebook, ada yang dah mula bersenam di rumah. Ada yang menggunakan skype untuk berhubung dengan rakan-rakan sekerja. Saya sendiri pun menggunakan face time untuk berbual dengan cucu saya. Maklumlah, mereka tak dapat berkunjung ke rumah Tok Ayah seperti biasa.
Ibu-ibu pun kerana ada banyak masa di rumah, mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga. Tak kurang juga para bapa yang menggunakan peluang duduk di rumah untuk bersolat jemaah dengan isteri dan anak-anak.”
Memandangkan Covid-19 adalah wabak yang tidak pernah dihadapi sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan Kementerian Kesihatan kini sedang membuat persiapan menangani keadaan berkeaan dengan menyediakan 3,585 katil di 34 hospital seluruh negara khusus bagi menerima pesakit Covid-19. Selain meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala lebih besar termasuk melakukan mass testing di kawasan-kawasan berisiko tinggi.
“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara-saudari lebih bersedia. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tinga minggu akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya. Please stay calm and don’t panic.
Selain itu tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya. Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah. Kita telah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.”
Semoga seluruh rakyat Malaysia patuh dengan perintah yang dibuat kerajaan buat masa ini. Bak kata Tan Sri Muhyiddin, ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.’ Sama-samalah kita memerangi penularan wabak Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dipercayai kian hampir.
Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella dilaporkan mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Ahad lalu.
Namun majlis yang diadakan secara tertutup membabitkan keluarga Bella hanya dikongsikan di laman Instagram milik Bella, semalam.
“One step closer to happiness.”
“Ini part of the best moment in my life, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan takdir.”
“Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah,” tulis Bella sambil meletakkan hashtag #BAE.
Menerusi satu lagi gambar dimuat naik, Bella turut menulis majlis yang bakal berlangsung adalah pengalaman pertama dan terakhir untuknya.
“Semua rasa datang dari Allah. Ini rasa yang tidak boleh saya ungkapkan. Insya Allah ini menjadi pengalaman pertama dan terakhir.”
Bulan lalu berita perkahwinan pasangan ini tersebar luas apabila sumber terdekat bakal suami Bella memaklumkan mereka bakal berkahwin pada pertengahan September ini.
Menguatkan lagi khabar itu apabila media Indonesia mendedahkan Bella sudah menghantar borang permohonan nikah ke Kelurahan Cipedak, Jakarta Selatan pada 11 Ogos lalu dan perkara itu disahkan pihak terbabit.
Menerusi gambar yang dimuat naik, Bella cantik mengenakan busana berwarna ungu. Malah satu daripada gambar itu kelihatan Bella mengalirkan air mata saat memanjatkan doa.
Sehingga semalam, gambar yang dimuat naik Bella itu mendapat hampir 700,000 ‘likes’ dan lebih 17,000 komen yang kebanyakannya mengucapkan tahniah untuk majis yang bakal berlangsung. Norzalina Mohd Alias
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.