Punyai Aset Ratusan Billion Ringgit, Ini Senarai 10 Wanita Terkaya Di Dunia!

Selain lelaki yang mengungguli carta paling atas dalam menduduki senarai manusia terkaya di dunia seperti Bill Gates atau Warren Buffett, malah wanita juga tidak terlepas daripada memegang takhta ini. Wanita juga mampu menghasilkan aset yang cukup hebat untuk memasuki senarai wanita terkaya di dunia.

Beberapa tokoh wanita terkaya di dunia telah disenaraikan berpandukan latar belakang yang pelbagai dan sumber kekayaan yang berlainan. Jom lihat terus ke senarai lengkap, yang dipetik dari Finances Online.

10. Iris Fontbona

Kekayaan beliau mencecah RM60.76 Billion. Iris Fontbona merupakan seorang wanita dari Chile yang digelar “Queen of Chile’s Mining Industry”. Nama panggilan itu diberikan kerana sumber kekayaan diperolehi daripada syarikat perlombongannya, Antofagasta PLC.
Jumlah kekayaan yang dimiliki Iris Fontbona dianggarkan sekitar US$14.5 billion (RM60.76 Billion).

9. Gina Rinehart

Memiliki Jet Peribadi Bernilai RM335 Juta. Kedudukan ke-sembilan wanita terkaya di dunia dipegang oleh Gina Rinehart yang berasal dari Australia. Sama seperti Iris Fontbona, asetnya juga diperoleh daripada syarikat perlombongan bijih besi yang dipanggil Hancock Prospecting yang dipimpinnya.

Gina Rinehart mempunyai aset sebesar US$15.5 billion (RM65 Billion) dan memiliki jet peribadi senilai US$80 million atau sekitar RM335 Juta.

8. Charlene de Carvalho-Heineken

Seterusnya ialah Charlene de Carvalho-Heineken dari Amsterdam, Netherlands. Dari namanya, mungkin anda sudah dapat meneka apa perniagaan yang dia miliki.
Ya, dia adalah salah seorang pemilik syarikat bir antarabangsa Heineken. Dari perniagaan ini Charlene de Carvalho-Heineken menghasilkan aset sebanyak US$15.8 billion (RM66.20 Billion).

7. Abigail Johnson

Gelaran perempuan terkaya ke-7 di dunia dipegang oleh Abigail Johnson, seorang billioaire yang merupakan pemimpin dalam sebuah syarikat pelaburan bernama Fidelity Investments. Perbadanan ini adalah salah satu yang terbesar di sektor kewangan di rantau Amerika Syarikat. Aset yang dimiliki oleh Abigail Johnson mencecah nilai US$16.9 billion (RM 70.81 Billion).

6. Susanne Klatten

Mewakili dari negara Jerman, Susanne Klatten yang mempunyai sumber kekayaan dari industri automotif. Beliau memiliki 19 peratus saham jenama BMW, Mini Cooper dan Rolls Royce. Tidak hairanlah, kekayaan itu boleh mencapai US$19.6 billion (RM 82.13 Billion).

5. Laurene Powell Jobs

Laurene Powell Jobs adalah isteri dari mendiang Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple. Wanita ini juga dikenali sebagai salah satu dermawan terkenal di dunia. Hartanya saat ini tercatat sekitar $20.6 billion ( RM 86.32 Billion).

4. Yang Huiyan

Wanita terkaya di dunia nombor 4 datang dari Asia, iaitu negara China. Yang Huiyan adalah salah seorang pemilik syarikat hartanah dari negara China dipanggil Country Garden Holdings yang diasaskan oleh bapanya, Yang Guoqiang.

Selama 6 tahun berturut-turut Yang Huiyang adalah wanita terkaya di China dan keempat terkaya di dunia. Jumlah aset mencapai US$22.4 billion (RM 93.86 Billion).

3. Jacqueline Mars

Seterusnya ialah Jacqueline Mars, seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat. Dia memiliki sepertiga dari syarikat Mars.Inc yang terlibat dalam kilang pembuatan makanan, termasuk coklat M&M dan makanan nutrisi yang sudah beroperasi sejak 100 tahun yang lalu.
Kekayaan Marco Jacqueline mencapai US$27 billion ( RM 113.13 Billion).

2. Alice Walton

Duduk di urutan tempat kedua wanita terkaya di dunia adalah Alice Walton yang sebelum ini, pada tahun 2018 berada di kedudukan teratas. Alice sendiri adalah anak pengasas syarikat runcit terbesar di dunia, Walmart.

Pada tahun 2016, beliau memiliki saham Walmart bernilai US$ 11 juta. Sekarang jumlah kekayaannya mencapai $46.4 billion. (RM194.42 Billion).

1. Francoise Bettencourt Meyers

Akhirnya gelaran terkaya di dunia dipegang oleh Francoise Bettencourt Meyers yang berasal dari Perancis. Dia adalah pemilik jenama kosmetik yang terkenal di dunia, L’Oreal. Di samping itu, beliau juga berkhidmat sebagai presiden Yayasan Schueller Bettencourt yang dimiliki oleh keluarganya.

Ibunya, Liliane Bettencourt, adalah orang yang penting dalam kejayaan yang dicapai oleh Francoise Bettencourt Meyers hari ini. Liliane mencatatkan jumlah aset sebanyak $53.2 billion (RM222.91 Billion).

IKLAN
Share