Ads

Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

Anak Dato' Seri Azmin Ali Selamat Bernikah
Anak Dato' Seri Azmin Ali Selamat Bernikah

Dari kenalan dalam bidang korporat dan perniagaan kini Dato’ Seri Azmin Ali merupakan besan dengan Dato’ Haris Onn Hussein yang juga adik kepada ahli politik terkenal, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein. Perkahwinan anak lelaki bongsu bekas Menteri Besar Selangor berkenaan baru-baru ini nyata mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin dengan kedua-dua belah keluarga.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluahkan rasa syukur dan bahagia apabila anakanda tersayang iaitu Mohamed Yusuf Al Sadiq selamat bergelar suami pada 23 Januari lalu.

Artikel https://www.nona.my/masak-sotong-goreng-kunyit-sempena-birthday-isteri-ke-60-dato-seri-azmin-ali-mahir-memasak-ada-7-cucu/

Anak Lelaki Bongsu Dato’ Seri Azmin Ali Kahwin

Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

Titipnya, “Alhamdulillah kami bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan segala kemudahan dan kesempurnaan dalam Majlis Akad Nikah Putera Bongsu kami, Mohamed Yusuf Al Sadiq dengan Sara Sabrina Dato’ Haris Onn.

Saya dan Shida serta keluarga bersyukur dapat menyaksikan Majlis Akad Nikah yang berlangsung dalam suasana yang cukup indah, meriah dan penuh barakah.”

Tambahnya lagi, “Saya dan Shida menzahirkan rasa syukur di atas ikatan pernikahan anakanda kami yang berlangsung malam Jumaat di Kuala Lumpur.

Ads

Dengan nada yang penuh keyakinan dan satu nafas, anakanda Mohamed Yusuf Al Sadiq melafazkan, “Saya terima nikah Sara Sabrina binti Haris dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.” Alhamdulillah.

Moga putera bongsu kami, Mohamed Yusuf Al Sadiq dan isterinya, Sara Sabrina akan kekal dalam keluarga sakinah, mawaddah, warahmah serta dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah.”

Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

Dalam majlis pernikahan itu, kedua-dua mempelai tampil segak dan memukau dalam persalinan tradisi indah rona putih.

Keluarga Dato’ Seri Azmin dan isteri, Datin Seri Shamshida kelihatan berbusana sedondon dalam pilihan warna mocha. Sementara, Dato’ Haris Onn dan Datin Shazlin Zain sekeluarga pula tampil dengan pilihan warna beige.

Ads

Resepsi Anak Dato’ Seri Azmin Ali

Pasangan pengantin kemudian diraikan oleh keluarga pengantin perempuan dalam sebuah majlis resepsi gilang-gemilang. Lebih istimewa, majlis diserikan dengan keberangkatan KDPM Tengku Mahkota Pahang dan DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu.

Ratu Jazz tanah air, Datuk Sheila Majid turut diundang membuat persembahan kepada tetamu yang hadir.

Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

“Tahniah kepada Dato’ Haris Onn Hussein dan Datin Shazlin Zain yang menerima menantu sulung dalam keluarga mereka. Moga hajat yang disulam dengan niat suci, disimpulkan dengan janji dan dimeteraikan dengan ikatan pernikahan yang suci akan diberkati Allah SWT dan kekal bahagia dan abadi selamanya.

Ads

Malam tadi, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al Sadiq diraikan dalam Majlis Resepsi oleh keluarga Dato’ Haris Onn Hussein dan Datin Shazlin Zain. Suasana yang cukup gemilang dan meriah dengan kehadiran para tetamu dan keluarga besar Dato’ Haris serta sahabat handai dari kedua-dua pihak.

Saya dan Shida juga mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Dato’ Haris Onn Hussein dan Datin Shazlin Zain sekeluarga senantiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat sejahtera.”

Putera Bongsu Selamat Nikah, Dato’ Seri Azmin Ali Kini Berbesan Dengan Adik Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

Tahun ini usia perkahwinan Dato’ Seri Azmin dan isteri mencecah 38 tahun. Hasil perkongsian hidup selama lebih 30 tahun itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Amira, Farah Afifah, Mohamed Basheer Noor Alhaq dan Mohamed Yusuf Al Sadiq.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Impian MimiFly Jadi Nyata, Wajah Terpampang di Billboard Times Square Bukti...

Impian MimiFly sejak usia 20-an akhirnya jadi kenyataan apabila wajahnya terpampang di billboard ikonik Times Square, New York. Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, momen ini menempatkan MimiFly sebaris dengan penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi perhatian pencinta muzik global.