Puteri Raja Jadi PILOT TENTERA, Anakanda Kesayangan Queen Rania Ini Lakar Sejarah Wanita Jordan

Melihat kecantikan dan kemewahan hidup puteri kesayangan Ratu Rania ini siapa sangka, tersemat jiwa yang kental. Mewarisi kejelitaan ibunya malah puteri diraja Jordan ini turut mewarisi jiwa ketenteraan ayahandanya, Raja Abdullah II.

Foto: Instagram @queenrania
Foto: Instagram @queenrania

Puteri bongsu pasangan diraja Jordan ini telah mengambil langkah berani menyertai dunia ketenteraan seperti ayahanda dan kekandanya.

Puteri yang baru berusia 20 tahun ini merupakan pelajar lulusan Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan pengajian di sana pada November 2018. Putera William dan Putera Harry turut belajar di kolej yang sama.

Foto: Instagram @queenrania
Foto: Instagram @queenrania

Puteri Salma bint Abdullah telah mencipta sejarah negara Jordan itu sendiri apabila menjadi wanita pertama yang berjaya lulus latihan teori dan praktikal sebagai juruterbang dengan Angkatan Tentera Jordan. Pengumuman rasmi ini telah dikeluarkan oleh Royal Hashemite Court.

Puteri Salma yang merupakan anak ketiga kepada pasangan diraja ini telah menerima pengiktirafan daripada ayahandanya sendiri iaitu Raja Jordan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Istana Amman Al Husseiniya.

Foto: Instagram @queenrania
Foto: Instagram @queenrania
Foto: Instagram @queenrania

Dalam majlis tersebut Raja Abdullah II telah meletakkan lencana penerbangan ke atas uniform tentera milik anaknya. Ratu kesayangan Jordan itu turut menyaksikan majlis bersejarah dalam hidup puterinya bersama-sama anak sulungnya, Tengku Mahkota Putera Hussein.

Foto: Instagram @queenrania
Foto: Facebook QueenRania

Ratu Rania seperti biasa tampil cantik dan anggun mengenakan mini dress

berwarna ungu. Cita rasa fesyennya yang tinggi dan menarik menjadikan beliau kerap dipaparkan di dalam majalah fesyen Amerika.
Foto: Instagram @queenrania

Selepas menjadi Ratu Jordan, Rania aktif menjadi duta untuk banyak pusat kebajikan dan menjadikan perkara ini sebagai salah satu agenda utamanya sebagai seorang permaisuri.

IKLAN
Share