PUTERI SEPANYOL Ini Jadi Keluarga Diraja Pertama, Korban Covid-19

Sememangnya wabak coronavirus tidak mengenal warna kulit, bangsa, pangkat mahupun kedudukan. Selepas para selebriti antarabangsa, pemain bola sepak, pemimpin dan isteri pemimpin dijangkiti Covid-19, terbaru Princess Maria Teresa of Bourbon-Parma yang merupakan puteri Sepanyol pula menjadi korban pertama dalam kalangan keluarga diraja akibat wabak berkenaan. Perkhabaran itu dibuat oleh adik beliau sendiri, Prince Sixto Enrique.

Menurut laporan CNN, Princess Maria Teresa yang berusia 86 tahun merupakan sepupu kepada King Felipe VI. Kematian beliau disahkan pada Khamis lalu di Paris. Manakala upacara pengebumian pula diadakan di Madrid pada Jumaat.

Sehingga Ahad lalu, seramai 2,606 kes kematian dicatatkan di Perancis susulan Covid-19. Angka itu sekaligus turut mencatatkan peningkatan kes kematian 292 hanya dalam masa 24 jam.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pula berkata Sepanyol kini menghadapi minggu ketiga lockdown yang menyaksikan keadaan hospital yang padat disebabkan pertambahan kes positif Covid-19 daripada 64,059 kepada 72,248. Sepanyol berada di kedudukan ketiga dunia yang terjejas Covid-19 selepas Itali.

Princess Maria Teresa ketika masih muda

Selain keluarga diraja Sepanyol, coronavirus turut menyerang keluarga diraja Britain. Putera Charles misalnya menjadi keluarga diraja Britain yang pertama disahkan positif Covid-19 pada 25 Mac lalu. Beliau yang berusia 71 tahun kini sedang menjalani kuarantin diri. Beberapa hari selepas berita tersebut, rakyat Britain sekali lagi dikejutkan dengan perkhabaran Queen Elizabeth pula positif Covid-19.

IKLAN
Share