Produk kecantikan terkenal di Malaysia, Ainaa Beauty, meraikan ulangtahun ke-5 baru-baru ini dalam suasana gilang gemilang.
Pengasasnya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab atau dikenali sebagai Syafiqah Aina, ditemani oleh rakan kongsi merangkap suaminya, Hafiz Mahamad, serta Norazura Posdzi. Majlis diadakan di Marriot Putrajaya.
Turut diperkenalkan set lengkap produk penjagaan kulit berwajah baharu yang bakal menembus pasaran bermula 25 Mei 2022. Set yang terdiri daripada serum, pencuci muka, pelembap, pelindung matahari dan skrub ini didatangkan dengan reka bentuk botol yang lebih moden, inovatif serta mempunyai ‘aura’ tersendiri.
Ads
Tema biru dipilih oleh Ainaa bBeauty selaras dengan warna korporat klinik estetik dan klinik perubatannya, Ainaa Clinic, yang baru dilancarkan dan beroperasi pada April lalu.
Ads
Turut diraikan pada majlis tersebut ialah malam penghargaan buat para usahawan Ainaa Beauty yang berjaya mencapai hasil jualan tinggi pada tahun 2021. Antara hadiah yang dimenangi oleh usahawan-usahawan tersebut ialah sebuah kereta Proton X50, dua buah kereta Perodua Axia, lebih 40 buah iPhone 13 Pro Max serta beberapa set barang perhiasan emas.
Ads
Satu anugerah penghargaan istimewa turut diberikan kepada dua orang usahawan yang telah berjaya membina kerjaya di dalam platform perniagaan Ainaa Beauty iaitu ‘Anugerah Lelaki & Wanita Inspirasi’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 90-an menyaksikan fenomena telenovela yang menjadi kegilaan suri-suri rumah, dan Rubi merupakan salah satu telenovela yang cukup popular suatu ketika dahulu. Rubi yang ditayangkan sekitar tahun 2005 di Malaysia dengan 115 episod itu dibintangi pelakon dan model ternama lagi jelita Barbara Mori mengisahkan tentang Rubi, seorang wanita miskin yang kejam dan jahat sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mencapai impiannya.
Pelakon Mexico yang lahir di Uruguay ini mulai terkenal selepas membintangi telenovela hit tersebut dan kemudiannya beberapa siri telenovela dan filem-filem Hollywood seperti My Brother’s Wife, Violanchelo dan lain-lain, malah Barbara juga turut dinobatkan antara salah seorang pelakon Mexico paling jelita ketika itu.
Namun agak sudah lama kita tidak melihat kelibat dan mendengar khabar berita pelakon utama telenovela tersebut yang dikhabarkan makin menghilang dari radar populariti dan lensa media. Kali terakhir Barbara Mori dilihat dalam filem adalah menerusi filem Bollywood, Kites yang digandingkan bersama dengan pelakon Hritrik Roshan pada tahun 2010. Barbara juga baru-baru ini membintangi drama siri Las Azules di Apple TV namun impak lakonannya tidak sebesar impak telenovela Rubi. Malah Barbara dulu juga pernah digosipkan bercinta bersama Hritrik Roshan.
Depresi Dan Pejuang Kanser
Namun tahukah anda di atas kejayaan telenovela tersebut yang ternyata melonjakkan namanya, Barbara dikatakan berhadapan dengan tekanan perasaan dan emosi sehinggakan membuatkan dirinya depresi. Jelasnya dalam satu temubual, walaupun namanya semakin dikenali dengan bayaran yang lumayan, namun selepas setiap kali tamat pengambaran dia akan masuk ke dalam bilik persalinan, mengunci dirinya dan menangis sepuasnya kerana merasakan dirinya keseorangan dan sunyi. Malah Barbara juga disahkan menghidap barah pada peringkat awal dan kini dia sudah sihat sepenuhnya.
Selepas siri itu tamat dan kembali membintangi beberapa buah naskah gred B, Barbara dikatakan enggan lagi berlakon dalam telenovela dan hanya ingin memfokuskan kepada projek-projek tertentu serta kehidupan kehidupan peribadinya.
Kini Bergelar Nenek
Dan yang terbaru, Barbara dikhabarkan sudah menjadi seorang nenek apabila anak tunggalnya, Sergio telah bergelar bapa di usia 18 tahun. Sergio dan isterinya, Natalia Subtil melahirkan anak perempuan yang diberinama Mila sekaligus Barbara menjadi seorang nenek ‘georgeous’ pada usia 43 tahun.
Malah, kini Barbara selesa hidup solo selepas bercerai dengan pelakon Sergio Mayer. Pada tahun 2016 Barbara berkahwin pula dengan pemain besbol Kenneth Ray Sigman, abang kepada pelakon Stephanie Sigman, namun bercerai pada 2017.
Mengintai ke laman Instagram Barbara yang dilihat mempunyai pengikut sebanyak 2.5 juta itu, kini dia banyak menghabiskan masa bersama-sama keluarga, menjaga cucu serta rakan-rakan terdekat. Yang turut menarik perhatian adalah penampilan Barbara yang masih lagi anggun dan cantik seperti anak dara.
Walaupun di usia 44 tahun, Barbara juga dilihat kekal langsing dan menawan. Malah Barbara juga kini aktif melibatkan diri dengan projek-projek kecil di Mexico dan US. Semoga yang baik-baik saja buat pelakon berbakat besar ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lemah longlai rasanya apabila sebentar tadi diumumkan PKP 2.0 yang dijadualkan berakhir Khamis ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.
Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut menyatakan keputusan tersebut diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend peningkatan kes COVID-19 di semua negeri.
Bagai sudah dijangka, masyarakat terpaksa menerima keputusan itu dengan berlapang dada. Tiada pilihan. Hidup ini semakin sesak namun kesihatan awam di tahap bahaya.
Persoalannya, adakah PKP yang kita jalani selama ini sia-sia? Nona berkongsi pandangan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran, selepas lebih setahun COVID-19 di Malaysia.
Tulis Dr Safiya, kita sepatutnya ambil pengajaran dari keputusan dan tindakan yang dibuat selama ini.
(1) Kawalan sempadan negara, negeri dan daerah sangat penting dalam kawalan wabak.
Saya dengar ulasan negara luar tentang Malaysia. Pakar mereka sebut (dalam bahasa Inggeris), “Gelombang kali ini bermula dengan 2 epicentre iaitu Sabah dan Kedah. Tetapi sebab ubah-ubah movement control order, kes telah merebak ke seluruh negara.”
Dia cakap berlapik tapi saya faham apa yang dia maksudkan ialah disebabkan membenarkan pergerakan bebas antara kawasan wabak dan bukan dalam keadaan wabak tidak terkawal telah menyebabkan ia merebak ke seluruh pelosok negara.
Jadi kali ni sangat berharap agar kita dapat learn the lesson. Selagi wabak belum terkawal di sesuatu daerah, tak boleh buka dan benarkan pergerakan free flow keluar masuk di kawasan itu.
Berilah peluang dan ruang untuk Pejabat Kesihatan Daerah buat kawalan di daerah mereka dengan efisyen. Tak perlu nak buat contact tracing seluruh Malaysia. Letihnya tak terkata!
(2) Tidak boleh membenarkan apa apa bentuk perhimpunan besar di dalam bangunan atau secara terbuka secara long term
Bukan sekejap boleh sekejap tak boleh. Impaknya sangat besar. Malah perhimpunan kecil-kecilanlah yang banyak menghasilkan jangkitan sesama kontak rapat. Mahu tak mahu kita perlu berubah ke arah virtual meeting sehingga keadaan benar-benar terkawal. Banyak majlis menjadi sebab merebaknya penyakit.
Mahu tak mahu aktiviti perhimpunan baik kecil atau besar perlu dihentikan secara long-term sehingga keadaan kembali terkawal.
(3) Sebelum nak mulakan pengurangan PKP, kena pastikan tahap keselamatan di tempat kerja kerana ini punca kepada banyak kluster
Kalau tempat kerja sempit dan pekerja ramai, perlu ada cara nak atasi, sama ada penggiliran atau ubah suai tempat. SOP di tempat kerja memang berkesan. Isunya ramai pandang enteng dan tidak patuh.
Ini adalah fasa semua kena bertanggungjawab. Semua boleh participate untuk buat pencarian kontak. Semua boleh participate untuk buat aktiviti kawalan. Semua patut proaktif. Jangan letak tanggungjawab itu atas KKM semata-mata.
Kita dah bersama pandemik ini lebih setahun! Kita mesti proaktif! Dan kita mesti sama-sama berdoa agar keadaan di Malaysia semakin pulih dengan izin Allah.
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.