“Rakan Sekolah Ejek Muka Saya & Tuang Susu Atas Baju” Emosinya Dengar Rintihan Mangsa Buli Ini!

“They make fun of my nose, they call me ugly. They say I don’t have friends!” Itu antara luahan mangsa buli, Keaton Jones kepada ibunya yang menyentuh hati ramai orang.

Seorang ibu dari Tennessee, Kimberly Jones, telah memuat naik video anak lelakinya, Keaton, yang menangis teresak-esak selepas dibuli dengan teruk. Video bertarikh 8 Disember tersebut telah ditonton sebanyak 17 juta kali oleh pengguna Facebook dan menarik perhatian ramai selebriti dan jaguh sukan Hollywood.

Kes buli merupakan suatu penyakit sosial yang bukan saja berlaku di negara kita, malah di seluruh pelosok dunia. Apa yang dialami oleh mangsa buli kebanyakannya bersifat emosi dan psikologi, antaranya perasaan rendah diri, sanggup mengasingkan diri daripada masyarakat, pemalu dan paling teruk sampai membunuh diri!

Dalam kes yang berlaku di Amerika Syarikat itu, luahan jujur Keaton berjaya membangkitkan kesedaran ‘memerangi pembuli’ yang sekian lama menghantui pelajar sepertinya. Banyak pihak terpanggil untuk melindungi Keaton dan bersimpati dengan keadaan dirinya selama ini.

Walaupun tidak mempunyai wajah yang normal, Keaton juga mempunyai sifat ingin tahu apa yang sebenarnya pembuli rasakan sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya.

Video tersebut menunjukkan, Keaton Jones bertanya kepada ibunya, Kimberly Jones, mengapa dia sering dibuli dan apakah sebab dia dibuli, hodoh sangatkah hidung dan buruk sangatkah wajah saya?

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Keaton terus bertanyakan kepada ibunya, “Mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan membuli itu tidak bagus,” katanya.

“Saya diejek kerana hidung saya dan mereka berkata saya mempunyai wajah yang hodoh. Mereka turut membaling roti dan menuang susu ke atas saya semasa waktu rehat di sekolah.

Manusia yang berbeza daripada normal seperti saya tidak sepatutnya dibuli, bukan salah kami dijadikan sebegini rupa. Kami sepatutnya tidak dikritik.

Saya berharap rakan-rakan lain yang dibuli seperti ini untuk terus bertahan. Jangan benarkan pembuli mengganggu anda. Saya pasti satu hari nanti, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya dalam keadaan penuh hiba menerusi video tersebut. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Astro Awani

IKLAN
Share