Ramadan Di Hollywood, 5 Selebriti Wanita Ini Antara Yang Merayakan Bulan Suci Islam

Pejam celik pejam celik, seperti tak terasa sudah beberapa hari kita berpuasa. Keseronokan menunaikan ibadah di bulan Ramadan ini bukan hanya dirasai di Malaysia malah beberapa selebriti wanita popular di Hollywood.

 

(1) SZA

Penyanyi dan penulis lirik Sza atau nama sebenarnya Solana Imani Rowe ini membesar dalam keluarga Muslim dengan bapanya yang konservatif. Menurut Harper’s Bazaar Asia, Sza juga pernah mengenakan hijab pada zaman remaja serta menjadi seorang Muslim yang taat. Berusia 33 tahun, Sza cukup dikenali dengan lagunya Kill Bill.

 

(2) BELLA HADID

Supermodel terkemuka Bella Hadid mempunyai ayah berketurunan Palestin, Mohamed Anwar Hadid. Ketika awal Ramadan lalu, Bella pernah memuat naik ucapan ‘Ramadan Mubarak’ di Instagram untuk semua pengikutnya yang beragama Islam.

 

(3) HUDA KATTAN

Pengasas produk kecantikan gergasi, Huda Kattan ini juga menyambut bulan Ramadan. Beliau pernah menyertai acara kebajikan #MonthofGood Instagram untuk menyediakan makanan bagi keluarga yang memerlukan pada bulan puasa.

 

(4) HALIMA ADEN

Salah seorang supermodel berhijab pertama yang dipilih menyarung busana label antarabangsa di pentas runway. Halima Aden pernah menyuarakan hasrat bersara daripada dunia fesyen pada tahun 2020 atas alasan agama, namun beliau kembali ke dunia peragaan selepas bekerjasama dengan beberapa jenama yang mendukung kempen kemasyarakatan.

 

(5) SHANINA SHAIK

Supermodel ini turut merayakan Ramadan malah sempat membuat ucapan ‘Happy Ramadan Kareem’ kepada peminatnya di Instagram Story. Shanina Shaik berketurunan Arab Saudi dan Pakistan serta beliau cukup menjunjung tinggi warisan keluarganya sebagai Muslim.

IKLAN
Share