“Ramai Buat Akikah, Sedekah Lembu Di Gaza” Nadir Al-Nuri Kongsi Amalan Allahyarhamah Siti Sarah Berpanjangan Sampai Sekarang!

Bagaimana kalau malam Jumaat ini, malam terakhir kita di dunia? Bagaimana jika tidur nanti kita dijemput pulang, kembali ke negeri abadi? Begitu terasa hibanya saat saya menyertai program bacaan yassin, tahlil dan munajat sebentar tadi.

Wajah asatizah kesayangan, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan satu-satunya warga Malaysia di Gaza, Tuan Nadir Al-Nuri menjadi antara peserta yang menyerikan majlis suci ini. Sempat juga mereka berdua berkongsi rasa tentang ujian pandemik yang hebat melanda Malaysia.

Ustazah Isfadiah dan suami

 

Majlis diadakan melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live

 

“Ramainya yang mesej dan cerita pengalaman masing-masing berdepan wabak COVID-19 sampai yang kehilangan suami isteri dan ibu bapa pun ramai.

Dalam kesedihan, saya nak pujuk tak pandai, hanya dapat tadah telinga dan doakan semua secara berterusan.

Kami juga ambil keputusan untuk buat majlis tahlil, bacaan Yasin dan munajat pada malam ini, Khamis malam Jumaat selepas Maghrib di laman MyAqsa Defenders untuk doakan Siti Sarah dan kalian yang lain yang sedang dan telah diuji, serta diangkat wabak dari Malaysia dan seluruh dunia.

Esok, Jumaat pula ramai yang minta buat akikah dan sedekah lembu, kambing, ikan selepas baca tentang amalan Siti Sarah.

Nadir di sisi lembu korban milik Allahyarhamah Siti Sarah sempena Aidiladha lalu

 

Nadir Al-Nuri menggalas amanah dan menguruskan sembelihan untuk penduduk di sana

 

Kami akan buat sembelihan sedekah dan akikah kalian esok dan minta daripada saudara-saudari kalian penerima manfaat di sini supaya mendoakan kita semua, inshaAllah.” Nadir Al-Nuri

Biarpun tidak saling mengenali, tetapi rasa kebersamaan dalam program virtual ibadah ini cukup mengubat rindu. Niat tuan rumah, My Aqsa Defenders menghimpunkan peserta melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live berjaya mengumpul hampir 1,000 orang!

Amalan suka bersedekah menjadi bekalan akhirat yang sentiasa mengalir

 

MashaAllah, ramainya berkumpul untuk saling mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan sesama kita, walaupun tak mengenali. Inilah indahnya persaudaraan Islam.

IKLAN
Share