Ramalan Ekonomi Tak Menentu Akibat COVID-19, 8 Jenis TABUNG WAJIB Buat Dari Sekarang

Dalam tempoh PKP ini ramai pekerja dan juga majikan yang terkesan kerana tidak boleh datang bekerja sekali gus operasi syarikat dihentikan sementara. Beruntung buat mereka yang boleh bekerja dari rumah (WFH) tapi tidak semua boleh melakukan kerja dari rumah. Akibatnya ramai yang menderita dipotong gaji atau diberhentikan kerja.

Sudah masanya kita berjimat cermat dan membeli barang keperluan asas sahaja. Duit yang ada simpan untuk keperluan akan datang. Tapi nak simpan kat mana pula? Bagi yang mencari-cari cara untuk menyimpan duit dengan efektif mungkin boleh aplikasi cara yang dikongsi oleh Nor Iman Nazuki

@ Abang Jerung ini.

8 Jenis Tabung Ibu Bapa Perlu Ada;

1. Tabung Kecemasan
✅ Tabung kecemasan dalam 3 hingga 8 bulan dari gaji/komitmen bulanan. Simpan di tempat yang mudah dicairkan apabila memerlukan seperti ASB.

2. Tabung Bunian
✅ Konsep tabung bunian adalah force saving. Simpanan secara konsisten setiap bulan. Masuk boleh, keluar tidak boleh kecuali untuk kembangkan aset atau dah capai objektifnya seperti pelajaran anak-anak, modal beli hartanah, dan lain-lain.

3. Tabung Holding Power
✅ Ramai yang pandang ringan tabung ni terutamanya tidak nampak kesan jangka panjang kelebihan tabung ini. Tabung ini digunakan apabila berlaku ancaman kewangan terutamanya ke atas ketua keluarga. Tabung yang juga berfungsi untuk debt cancellation/income replacement/hibah apabila berlaku ancaman kewangan seperti kematian, cacat kekal dan sakit kritikal.

4. Tabung Perubatan
✅ Tabung Perubatan seeloknya diambil ketika anak-anak masih kecil kerana bayaran lebih murah dan risiko ditolak lebih rendah. Untuk mak ayah pun semuda mungkin. Namun utamakan tabung holding power dahulu sebelum tabung perubatan.

Kenapa? Worst case scenario seperti bila berlaku ancaman kewangan, masih ada hospital kerajaan. Namun, hutang anda siapa yang nak bayarkan? Takkan nak harapkan waris menanggung hutang yang anda tinggalkan?

5. Tabung Simpanan/Pelaburan
✅ Sifu saya pernah pesan, simpanan dan tabiat anda sekarang akan menentukan kedudukan kewangan anda 5 tahun akan datang. Dari tabung pelaburan inilah anda boleh gunakan untuk pelaburan seperti ASB, Tabung Haji, saham amanah, koperasi, saham dan pelbagai lagi.

6. Tabung Percutian
✅ Life pun kena enjoy juga kan? Bina tabung percutian untuk keluarga, special moments

dan santaikan fikiran dan release tension. Ikut bajet yang ada. Cuti-cuti Malaysia pun apa salahnya kan?

7. Tabung Umrah dan Haji
✅ Tabung ni kena ada, bagi menunaikan haji berkemampuan dan umrah sekiranya belum atau nama belum dipanggil.

8. Tabung Sedekah
✅ Hidupkan untuk memberi. Insha Allah dimurahkan rezeki. Cara paling mudah sedekah masjid ketika solat jumaat ataupun tanyakan cikgu anak anda jika anda ada anak murid yang perlu dibantu. Besar pahalanya bantu anak-anak untuk belajar.

IKLAN
Share