Rambang Mata Tengok Koleksi Terbaharu ARIANI di Majlis Pertunjukan Fesyen ARIANI FLORAYA 2019

Masih terasa kehebatan Majlis Pertunjukan Fesyen ARIANI FLORAYA 2019 yang berlangsung semalam. Saat menjejakkan kaki ke dalam Dewan Utama, Kuala Lumpur Convention Centre umpama berada di sebuah inderaloka.

Bunga-bunga pastel yang menghiasi keseluruhan dewan dengan tema flora botanical benar-benar mengamit emosi kewanitaan. Tepat dengan tema yang telah dipilih oleh ARIANI pada tahun ini iaitu ARIANI FLORAYA 2019.

Namun kehebatan pada petang itu lebih terserlah apabila ARIANI menampilkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pilihan dan gaya yang cukup mempesona. Para tetamu disajikan irama 90an sebagai apresiasi kegemilangan zaman ini sebagai simbolik 11 tahun jenama ARIANI di pasaran.

Peragawati melangkah penuh gaya dengan 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed yang terdiri daripada koleksi Selendang Cluster, Frackle Flow, Calgary, Instant Ferrera, Valerie, Tuscany dan banyak lagi.

Bukan hanya tetamu yang hadir sahaja teruja melihat koleksi yang telah disediakan malah kaum wanita lain pasti rambang mata melihat lebih 100 pilihan hijab terbaharu dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang moden dan elegan.

Diikuti dengan peragaan ARIANI LUXE dan koleksi ARIANI READY-TO-WEAR (RTW). ARIANI RTW sekali lagi tampil manjalinkan kerjasama dengan selebriti Ayda Jebat dan Mira Filzah. Dalam majlis ini ARIANI telah memeprkenalkan ikon baru ARIANI RTW iaitu Sheila Rusly.

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahu setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki di samping rekaan yang minimal dan praktikal.

Lebih 700 orang tetamu menyaksikan koleksi ini buat pertama kalinya. Tetamu kehormat yang turut hadir menyerikan majlis pada petang itu, isteri kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datin Seri Shamsida Taharin, isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato’ Mohammed Radzi dan isteri kepada Menteri Besar Selangor, Puan Masdiana Mohamed.

Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Textile & Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Farah Haryani, 11 tahun berkecimpung dapam industri hijab tempatan, ARIANI sentiasa menumpukan perhatian terhadap penyelidikan dan dan kajian fabrik yang memberi fokus kepada penstrukturan jalinan fabrik bagi memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pelanggan.

Tambah Datin Farah lagi, kesemua koleksi ARIANI FLORAYA 2019 yang dipersembahkan tidak sekadar cantik dipandang, tapi cukup praktikal untuk digayakan sepanjang lebaran nanti.

Penyanyi rock lagenda, Ella telah memeriahkan acara dengan mengadakan persembahan pembukaan. Ella telah mendendangkan lagu Layar Impian dan Permata Pemotong Permata. Persembahan Amy Search benar-benar memukau dengan lagu hits Isabella dan Fantasia Bulan Madu.

IKLAN
Share