Siapa yang tak kenal dengan heroin filem epik tersohor, Titanic yang telah melonjakkan nama Kate Winslet antara artis wanita popular pada era tersebut. Walaupun dah jarang kita melihat artis jelita ini di layar filem namun ibu kepada 3 anak ini tetap kelihatan mempesona walaupun kini usianya menjangkau 40an.
Ternyata, Kate Winslet masih tampak awet muda serta langsing. Sebenarnya, Kate Winslet seorang yang begitu menitikberatkan soal penjagaan wajah dan tubuh khususnya dalaman. Jom semak apa rahsia Kate Winslet.
Untuk wajah, Kate Winslet mengamalkan satu diet khusus untuk wajah agar kesegaran wajahnya kekal terpancar. Diet ini dilakukan 2 hari secara konsisten bagi membuang racun dari wajah. Salah satu caranya, Kate Winslet mengamalkan meminum segelas jus limau yang dicampur lemon, kiwi dan raspberry.
Ads
Untuk tubuh langsing dan ideal, Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Kate Winslet turut menasihatkan agar setiap wanita mencintai tubuh masing-masing walau apa pun keadaannya.
Kate Winslet juga sering tampil dengan solekan sederhana dan natural. Setiap kali muncul di acara-acara tertentu, Kate Winslet berusaha untuk mengenakan solekan seminima mungkin agar kulitnya dapat bernafas dengan baik. Jika untuk aktiviti biasa Kate Winslet lebih selesa mengenakan concealer dan lip balm saja.
Ads
Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan oleh Kate Winslet mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim setiap 3 bulan sekali.
Ads
Kredit Foto: Instagram kate.winslet.official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang tahu memadankan pakaian dengan aksesori yang minimalis.
Isteri tersayang kepada Irwansyah ini antara selebriti terkenal Indonesia yang sering tampil dengan clean outfit.
Zaskia terkenal bukan sahaja dengan kejayaannya dalam dunia hiburan, malah gaya fesyennya yang sentiasa menarik perhatian dan menjadi ikutan.
Dia sering dilihat tampil dengan kombinasi pakaian ringkas, namun tetap memberikan kesan mewah dan stylish. Clean outfit yang sering menjadi pilihannya amat sesuai dengan imej wanita moden.
Bukan itu sahaja, Zaskia juga bijak memadankan barangan fesyen daripada pelbagai jenama termasuk jenamanya sendiri bagi mencipta penampilan yang sentiasa segar dan memberi inspirasi.
Pada suatu ketika, Zaskia kelihatan anggun menyarungkan gaun putih bercorak kelabu jenama Khanaan Official. Penampilannya lebih sempurna dengan tudung segi empat tepat rona kelabu yang elegan.
Zaskia melengkapkan gaya tersebut dengan kasut tumit tinggi rona perak dan tas tangan hitam memberikan kesan yang sofistikated. Kombinasi warna lembut ini menunjukkan betapa ringkasnya clean outfit namun Zaskia tetap nampak stylish.
Walaupun mengambil gambar dalam cuaca sejuk, Zaskia tetap tampil bergaya dengan pakaian kelabu pilihannya. Dia memakai pakaian luar hangat dipadankan dengan solekan natural.
Instant shawl rona hitam menambah sentuhan elegan tanpa menjejaskan keselesaan, menjadikan penampilan sempurna untuk cuaca sejuk.
Zaskia bukan sahaja pandai memilih pakaian daripada jenama lain, malah turut memakai koleksi daripada jenamanya sendiri. Dia dilihat memakai tudung tudung berjenama Zaskia Sungkar Jakarta dengan kerjasama Nasl oleh Nagita Slavina.
Gabungan coklat hitam dan susu dalam pakaiannya membuatkan Zaskia tampil anggun, dengan beg dari jjenama adiknya, SHI by Shireen Sungkar, menambah sentuhan kemewahan.
Ketika meluangkan masa bersama suami dan anak sulung, Zaskia memilih pakaian yang selesa tetapi tetap bergaya. Dia memakai kemeja putih berlapis dengan vest coklat mocha yang dipadankan dengan tudungnya.
Kombinasi hitam dan coklat susu serta kasut putih melengkapkan gaya semula jadi yang ringkas. Ini menunjukkan Zaskia masih mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Sempena pembukaan kedai jenamanya, Zaskia Sungkar Jakarta, penampilan Zaskia ini sangat serasi dengan tema kedainya yang didominasi warna coklat.
Zaskia menyarungkan outfit bercorak dan warna coklat, lengkap dengan skirt berlipat yang menambah kesan feminin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keserasian sesuatu produk sangat penting kerana setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah yang berbeza. Oktober ini, Nona membariskan pilihan produk yang menjadi Best Seller untuk bulan ini.
My Beautiful Romance
Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum
Memiliki kulit cerah berseri secara semula jadi menjadi titik fokus utama wanita kini. Penjagaan kulit penting agar wajah kekal muda dan jelita dengan penggunaan serum dalam ritual penjagaan kulit.
Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum adalah pilihan yang tepat buat wanita yang mencari solusi kulit wajah putih berseri. Serum Vitamin C semula jadi daripada ekstrak buah-buahan dan tumbuhan ini membantu untuk mencerahkan, meremajakan, menganjalkan kulit serta mengurangkan pertumbuhan jerawat.
Amouage Blossom Love
Bertemakan flora yang mengusik perasaan, Amouage telah memperkenalkan Blossom Love lambang rahsia percintaan taman wangian melalui sentuhan ceria, manis dan kelembutan nektar bunga-bunga ceri bergandingan pula dengan keharuman mawar semerbak demi menyerlahkan keberanian dalaman.
Haruman utama bunga kenanga memberikan keanggunan yang nyata tersendiri. Kisah percintaan flora ini diperkukuh oleh keharuman amaretto, kacang tonka, dan vanila yang menggoda perasaan sebelum diperkasakan dengan kewangian kayu cendana dan cashmeran.
Moschino Pink Fresh Couture
Sesuai dengan namanya, Moschino Pink Fresh Couture memiliki haruman yang sangat segar dan menyenangkan. Bahagian nota atas diadun daripada Pink Grapefruit dan Casis yang diperkaya dengan ekstrak Bunga Lili.
Paduan Wild Rose, Pink Jacinth dan percikan jus Delima untuk nota tengah, sementara untuk nota asas terdiri daripada kayu cedar, ambrox dan musk. Setiap semburan lembut yang diadun sempurna itu pasti memukau pada pandangan pertama.
Clarins The New Double Serum
Makmal penyelidikan Clarins telah mencipta keajaiban buat wanita untuk menentang penuaan dengan The New Double Serum. Ia berkuasa membantu menjaga kualiti kulit agar tetap muda, anjal dan lembap sudah tidak perlu diragukan lagi.
Ditambah pula dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan istimewa seperti kunyit, organic green banana, organic goji berry, teasel, organic kiwi dan organic quinoa.
The New Cool
L’Occitane Immortelle Divine
Rangkaian penjagaan kulit antarabangsa, L’occitane telah membuktikan tidak pernah terlewat untuk mengekalkan keremajaan. Memperkenalkan rangkaian Immortelle Divine yang menghambat penuaan dengan berkesan.
Divine Youth Oil yang diperbaharui ini diperkaya dengan nutrien Immortelle untuk membantu melawan tanda penuaan dan membawa keselesaan yang serta merta kepada kulit. Divine Youth Oil ini melengkapkan amalan penjagaan kulit kerana boleh disapukan secara berasingan atau sebelum krim pelembap untuk awet muda.
AstaVita+ Re-Fueling Mist Spray
AstaVita+ Re-fueling Mist Serum menjadi solusi dalam melengkapkan penjagaan kulit wanita. Diformulasikan khas dengan kombinasi elemen semula jadi yang kaya dengan kandungan antioksidan tertinggi bertindak membantu menyelesaikan masalah kulit.
Mengadunkan bahan-bahan terpilih dan berkualiti daripada Astaxanthin, StemCell Epal, StemCell Anggur, Vitamin C, ekstrak Argan dan Pati Bunga Ylang Ylang membuat kulit wajah kekal terpelihara dengan serta-merta di samping memelihara kelembapan kulit.
Amarissa White Chocolate Lotion
Amarissa House telah memperkenalkan losen White Chocolate demi memberi perlindungan kepada wanita yang mementingkan kecantikan. Losen ini merupakan salah satu produk losen yang sangat baik untuk mencerahkan kulit.
Kandungan bahan-bahan dirumuskan khas di dalam losen ini seperti ekstrak bahan semula jadi membantu membuatkan kulit menjadi dan kekal lembap, cerah, dan juga terbebas daripada sebarang cela.
Porra & Duuro Instant Cleansing
Buat julung kalinya muncul produk penjagaan bahagian intim untuk khusus untuk lelaki dan wanita. Memperkenalkan rangkaian penjagaan bahagian intim Porra dan Duuro yang berkuasa membersihkan dan menyingkirkan kotoran dan kuman.
Ia turut mengandungi sejenis unsur kimia semula jadi yang dapat membunuh bakteria dan berkesan membasmi masalah kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes, Marimar dan Rosalinda sekitar tahun 90an ini? Kecantikan luar biasa yang dimiliki selebriti Mexico tersebut nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri berkenaan hingga ke hari ini.
Tahun ini, Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda meniti usia 50 tahun pada 26 Ogos nanti. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah, sedikit pun tak menggambarkan umur sebenar Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
Jelitawan ini juga sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music. Hasil perkongsian hidup selama 2 dekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun. Tommy yang memiliki kerjaya sebagai penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000 dalam sebuah majlis perkahwinan gilang-gemilang.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan kosmetik, tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 17 juta peminat! Nama Thalia turut terukir di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2013 sementara suaminya pula menerima pengiktirafan sama pada tahun 2019.
Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Dua tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 1 bilion tontonan di YouTube! Terbaharu, klip videonya berjudul Tick Tock pula mencatat lebih 12 juta tontonan meskipun baru 2 bulan dimuat naik. Pendek kata, apa sahaja video atau aktiviti Thalia pasti mencecah jutaan perhatian daripada peminat!
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan fleksibiliti badan.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh menawan seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Kredit foto: Instagram Thalia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.