Its Official! Hampir Setahun Selepas Melahirkan, RIHANNA Bakal ‘Perform’ Di Super Bowl Halftime Show 2023

Penyanyi terkenal, Rihanna mengesahkan yang dia bakal membuat persembahan di Pertunjukan Separuh Masa (Super Bowl Halftime Show) 2023 yang bakal berlangsung pada 12 Februari di Stadium State Farm di Glendale, Arizona. Jika semua yang dirancang menjadi kenyataan, ini merupakan persembahan pertama Rihanna di atas pentas besar selepas melahirkan anak lelaki pada 13 Mei lepas bersama suami, A$AP Rocky.

Kredit foto: https://newscentral.africa/

Pengumuman ini dikira rasmi apabila baru-baru ini Rihanna memuat naik di akaun Instagramnya yang memaparkan gambar yang dipercayai tangannya memegang bola Amerika.  Menerusi jurucakap NFL selaku penganjur Super Bowl dan Roc Nation yang menganjurkan persembahan separuh masa itu sudah pun memberikan kenyataan mengesahkan penglibatan Rihanna.

“Rihanna adalah bakat generasi kini, seorang wanita dari kehidupan yang sederhana dan kini berjaya menjangkaui jangkaan. Seorang gadis polos yang dilahirkan di pulau kecil Barbados kini menjadi salah seorang artis paling terkenal dan berbakat dunia,”  kata Jay-Z, pengasas Roc Nation.

“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Rihanna ke pentas Apple Music Super Bowl Halftime Show,” kata Seth Dudowsky, Ketua Muzik NFL.

Walaupun Rihanna tidak mengeluarkan album sejak 2016, Rihanna masih kekal dan relevan dalam industri muzik. Dengan variasi lagu hits sepanjang dua dekad muziknya, Rihanna dikhabarkan bakal menggegarkan pentas besar muzik yang paling banyak ditonton tahun ini.

Super Bowl Halftime Show sebelum ini telah banyak membariskan artis-artis ternama membuat persembahan seperti Dr. Dre, Snoop Dogg, Eminem, Mary J. Blige, dan Kendrick Lamar pada 2022, The Weeknd pada 2021, Shakira dan JLo pada 2020, Maroon 5 2019, Justin Timberlake 2018, Lady Gaga 2017, Coldplay 2016, Katy Perry 2016, Katy Perry 2014, Beyoncé 2013, dan Madonna 2012.

Kredit foto: Instagram @badgirlriri

IKLAN
Share