Ratu Karate Negara, Shahmalarani Chandran Atlet Bijak & Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan!

Orangnya kecil tetapi semangat Shahmalarani Chandran mengharumkan nama negara dalam arena sukan karate sememangnya wajar diberi pujian.

Artikel https://www.nona.my/3-tahun-kahwin-datuk-latif-romly-kini-bergelar-bapa-isteri-selamat-bersalin-anak-perempuan/

Ratu Karate, Shahmalarani Chandran

Genap berusia 27 tahun pada 12 Disember lalu, sambutan hari lahir ratu karate negara ini lebih bermakna apabila dia berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram. Sekaligus mencipta hatrik emas peribadi pada Sukan SEA Thailand 2025.

Sebelum ini, Shahmalarani Chandran turut konsisten meraih emas pada edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja dalam acara sama.

Tidak cukup itu, dia juga merupakan atlet cemerlang IPT yang menerima biasiswa Menteri Pengajian Tinggi 2022.

Malah, dia juga graduan First Class Honours Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari, Taylor’s University pada tahun 2023 dan menerima Anugerah Dekan sebanyak lapan kali.

Shahmalarani Chandran Terima Anugerah

Atas aksi dan pencapaian cemerlang dalam bidang sukan, Shahmalarani menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaya sempena Sambutan Hari Lahir Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2023.

Bukan itu saja, dia juga merupakan ssalah seorang penerima Bintang Kecemerlangan Sukan (BKS) di Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2022.

Dalam kesibukannya sebagai atlet, Shahmalarani Chandran juga terpanggil untuk menjadi tutor online subjek Matematik bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2024. Serba boleh!

Tumpang bangga kejayaan Shahmalarani yang bijak membahagikan masa. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara di mata dunia dan terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia!

 

 

Share
Published by
Suzi