Datin Sri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Sri Muhaini di depan khalayak. Walau tidak selalu menemani Dato’ Sri Ismail Sabri namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.
Ini dibuktikan melalui perkongsian gambar di media sosial milik Dato’ Sri Ismail Sabri dan anak-anak mereka sendiri. Selesa hanya berada ‘di belakang tabir’, sokongan dan kasih sayang Datin Sri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi.
Ada sahaja sesuatu sambutan, tidak kira ketika Hari Raya, Hari Bapa mahupun ulang tahun kelahiran.. pasti sekeluarga ini akan berkumpul.
Semalam, wajah Datin Sri Muhaini menarik perhatian apabila foto terkini yang dikongsikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi viral di media sosial. Memuat naik gambar bersama isteri tercinta beserta kapsyen, “Baru nak breakfast berdua… Si Oyen ni nak join jugak,” entri terbaharu itu nyata mencuit tumpuan ramai.
Kebanyakan komen yang ditinggalkan followers Dato’ Sri Ismail Sabri mengagumi keakraban suami isteri berkenaan dan tidak kurang juga yang mendoakan agar Ahli Parlimen Bera ini dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9. Wah, ramai yang nak bapa penyanyi Dafi ini jadi pengganti Tan Sri Muhyiddin!
Kredit foto @ismailsabri60Kredit foto @ismailsabri60
Ads
Ads
Mengimbas perkahwinan Dato’ Sri Ismail Sabri, beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Muhaini pada tahun 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak; seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.
Anak sulung, Datin Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie. Manakala Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi pula ialah penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF).
Di samping anak sulung, Datin Nina SabrinaBersama anak lelaki, Dafi
Ads
Dato’ Sri Ismail Sabri yang dilahirkan pada 18 Januari 1960 dan kini berusia 61 tahun. Beliau memulakan karier sebagai peguam sebelum menceburi bidang politik pada tahun 1987.
Sepanjang lebih 30 tahun berada dalam arena politik tanah air, Dato’ Sri Ismail Sabri pernah menyandang beberapa jawatan Menteri Kabinet antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Menteri Pertahanan.
Pada 7 Julai lalu, Dato’ Sri Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri namun melepaskan jawatan tersebut pada 16 Ogos 2021 selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuning telur bukan saja sedap dimakan malah turut bermanfaat dalam penjagaan kesihatan rambut secara semula jadi. Bunyi macam mustahil tetapi cuba anda amalkan secara konsisten. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Paling penting murah dan selamat.
Dua cara ini boleh membantu anda untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat, kuat dan bersinar.
MASKER RAMBUT
Terdapat berbagai cara untuk mengolah kuning telur sebagai masker rambut. Anda boleh mencampurnya dengan minyak zaitun. Caranya mudah sahaja.
Pisahkan kuning telur kemudian campurkan 1-2 sudu besar minyak zaitun.
Kemudian kacau sehingga rata.
Kemudian sapukannya ke seluruh rambut.
Urut kulit kepala secara lembut agar kandungan masker meresap lebih baik ke dalam lapisan rambut dan kulit kepala. Elak menggosok terlalu kuat.
Biarkan selama sejam sambil menutup rambut dengan tuala panas.
Bilas sehingga bersih.
MAKAN KUNING TELUR
Boleh juga diamalkan makan kuning telur secara rutin setiap pagi. Ia membekalkan protein, vitamin B dan folat yang bukan hanya bagus untuk rambut bahkan kesihatan badan. Namun hati-hati jika anda alergi telur. Anda tidak disarankan untuk mengamalkan kedua-dua cara ini. Makan kuning telur mengikut cara yang betul dan jangan berlebihan kerana ia boleh meningkatkan kadar kolesterol.
MANFAAT KUNING TELUR UNTUK KESIHATAN RAMBUT
Membantu merawat rambut rosak.
Menguatkan akar rambut.
Melembutkan rambut.
Mengurangkan kelemumur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam, rupa-rupanya Azrinaz Mazhar Hakim sedang hamil anak kedua. Menerusi perkongsiannya di Instagram semalam ramai yang menzahirkan rasa gembira dan teruja, tidak kurang juga terkejut melihat gambar terbaharu personaliti TV ini. Anggun mengenakan busana putih dengan turban rona senada, Azrinaz dalam nada teruja berkongsi perkembangan diri kepada peminat.
Patutlah jarang muat naik gambar terbaharu… sedang mengandung rupanya. Pandai Azrinaz ‘simpan’ rahsia!
Kongsinya, “This is NOT a throwback. What you see in this picture is happening now. Pink or blue, what to adore, here we go with my ‘number four’! I am currently 7 months plus, to be exact 30 weeks of pregnancy. Alhamdulillah syukur. Allah is blessing me and my husband by giving me another chance to carry another life again at this age.”
Walau meniti usia 42 tahun namun figura ini dikenali sebagai seorang wanita aktif yang mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam.
Tambah Azrinaz lagi, “I don’t expect to be so close a-gap after Areesya Malaykha, but why wait when I can do it now. So here you go! Dear families and friends, please pray for my baby and mommy a smooth delivery, InsyaAllah.”
Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan bayi perempuan comel yang diberi nama Areesya Malaykha pada 15 September 2019 jam 10.20 pagi dengan berat 2.75 kilogram.
Areesya Malaykha merupakan anak ketiga Azrinaz. Sebelum ini bekas pengacara tersebut menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Tahniah diucapkan kepada Azrinaz atas perkhabaran berita ini dan Nona mendoakan agar Azrinaz diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama botol air terkemuka, BROS, telah menceriakan tahun baru dengan pelancaran koleksi inovatif mereka, VASO iaitu siri botol kaca dengan 12 rekaan unik.
Sesuai untuk para pengguna yang gemarkan rekaan kontemporari dan material yang berbeza, VASO merupakan pilihan utama untuk terus kekal hidrat sepanjang masa. Koleksi VASO mempunyai rekaan sleek serta fungsi estetik telah menambah sentuhan yang mempesona dan menjadi pilihan penuh citarasa untuk para pengguna.
Sentiasa komited dalam menghasilkan botol yang mesra alam, boleh dikitar serta diguna semula, koleksi terbaru ini boleh didapati dalam 6 tema menarik – BROS CLASSIC, DAILY WISDOM,FAIRYTALES, MERMAID FANTASY, COOL CRITTERS dan SOOTHING FLORA. Setiaptema hadir dengan dua rekaan yang cukup mengujakan.
Telah diuji dan selamat untuk digunakan, koleksi terbaru VASO ini 100% bebas Bisphenol-A (BPA) kerana ia diperbuat daripada kaca borosilikat, bahan yang diklasifikasikan sebagai Generally Regarded as Safe (GRAS) oleh US Food and Drug Administration (FDA) berkaitan dengan makanan dan minuman. Sama seperti semua produk BROS, botol kaca VASO telah melalui ujian makmal yang ketat dan mematuhi piawaian FDA.
Botol kaca terbaru ini juga tahan kalis daripada bahan kimia dan haba sehingga 95°C serta tahan lebih lama berbanding jenis kaca yang lain. Untuk menghindari daripada risiko melecur, anda tidak digalakkan untuk mengisi air yang terlalu panas, ataupun anda juga boleh menggunakan beg botol BROS untuk memegangnya.
Botol kaca VASO boleh didapati dalam tiga saiz – 400ml, 550ml dan 630ml di semua gedung, pusat membeli-belah dan pasar raya besar di seluruh negara serta menerusi atas talian. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.