Nama usahawan popular, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bukan lagi asing dalam masyarakat. Kejayaan beliau mengusahakan empayar Dherbs di samping suami tersayang, Dato’ Seri Aliff Syukri sentiasa menjadi sumber inspirasi khususnya dalam kalangan ahli perniagaan wanita. Kecekalan Datin Seri Shahida membangunkan legasi nyata dikagumi kerana selain sibuk dengan urusan perniagaan, beliau juga tidak lupa memantau aktiviti anak-anak. Terutamanya dalam soal pendidikan.
Terbaharu, perkongsian Datin Seri Shahida sewaktu meraikan Annual Dinner Dherbs 2020 mendapat perhatian warga maya. Bertemakan ‘Back to School’, penampilan ratu hati Dato’ Seri Aliff yang memilih pakaian seragam pengawas sekolah berwarna coklat telah menarik tumpuan ramai. Rata-rata mereka menyifatkan Datin Seri Shahida tidak ubah seperti pelajar sekolah berusia belasan tahun dan ada juga yang melihat ibu enam anak ini seperti anak perempuannya, Qadeeja!
Lengkap mengenakan vest dan tali leher coklat, kemeja lengan panjang dan tudung rona kuning cair, kasut hitam serta menggalas beg sandang… penampilan Datin Seri Shahida berjaya mengimbau kenangan zaman sekolah dulu. Apatah lagi, beliau sememangnya memiliki raut wajah cantik seperti gadis muda. Kalau orang tak kenal, mesti ingat Datin Seri Shahida baru habis sekolah.
Dalam majlis meriah itu, Dato’ Seri Aliff turut mengenakan uniform pengawas pusat sumber dan ramai yang menyatakan ahli perniagaan berjaya tersebut kelihatan seperti anak lelakinya, Baim. Berkongsi momen bersama kakitangan yang selama ini banyak membantu meningkatkan jualan syarikat, Datin Seri Shahida berkata, “Zaman sekolah zaman paling seronok! Dulu sekolah rasa tak sabar nak besar nak kerja. Sekarang dah berumur terasa bahagianya ada di zaman remaja!
Salah satu majlis yang paling best pernah saya buat. Staff-staff semua enjoy sakan. Rasa macam budak-budak betul! Saya pilih buat majlis ni sempena nak bagi reward pada staff yang betul-betul komited dalam kerja dan juga semua staff kami bagi sedikit bonus untuk hujung tahun. Walaupun tak banyak alhamdulillah semua happy dan bersyukur.
Ads
Semua yang ada ni staff yang bekerja di Dherbs Holdings. Untuk Sugeh Eco Resort kita plan nanti ya sebab cuti sekolah tetamu tengah ramai tak boleh nak bawa jalan-jalan. Hari-hari fully booked. Bagi saya pekerja ni adalah tulang belakang kami, tak ada mereka tak adalah kami. Kami saling memerlukan. Bye 2020, welcome 2021. Banyak yang kami plan untuk tahun baru ni. InshaAllah mudahan dipermudahkan.”
Seperti sedia maklum mengenai keadaan negara di pantai timur yang sedang dilanda musibah banjir, Datin Seri Shahida turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas. Difahamkan beliau dan suami serta beberapa kakitangan terlibat turun padang ke Pahang.
Ads
“Alhamdulillah kami bergerak ke Pahang untuk hantar bantuan mangsa banjir. Saya dan Aliff Syukri berpecah pasukan. Satu team ke daerah lain dan satu lagi ke daerah lain. Doakan kami selamat pergi dan balik. Terima kasih Datin @baganpinang, Bonda Rozita Ibrahim, Muniroh Kasim, Dato’ Murad dan En Aswad sudi pinjamkan 4X4 untuk kami.”
Dimaklumkan sudah selamat tiba di destinasi yang dituju, Datin Seri Shahida bersyukur akhirnya sumbangan yang dibawa dapat diberikan kepada golongan terjejas. “Sukar sebenarnya banyak jalan tutup tapi alhamdulillah masih lagi berusaha untuk sampaikan bantuan pada yang memerlukan.”
Ads
Moga usaha murni Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir terus dipermudahkan dan dilindungi.
Kredit: Instagram Datin Shahida
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali penyanyi Syura Badron yang popular dengan lagu Nazam Berkasih dan Candak. Syura baru-baru ini berkongsikan berita gembira apabila disahkan hamil lima bulan menerusi perkahwinan keduanya dengan Muhd Farizat Ismail. Syura berkata selepas 11 tahun tidak hamil, dia tidak menyangka dikurniakan rezeki ini.
Menerusi sumber Harian Metro, “Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun, syukur dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lalu, jadi perasaan itu agak kekok seperti sedang hamil anak pertama.
Di Instagram menerusi video yang dimuat naik, Syura dilihat melakukan kejutan buat suami dengan memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka. Dalam kotak tersebut kelihatan sehelai baju bayi yang mempunyai tulisan ‘you are going to be a daddy soon‘.
Syura yang dijangka bersalin Mac tahun depan berkata suami serta anak-anaknya antara individu yang paling gembira apabila dia memaklumkan mengenai kejutan itu baru-baru ini.
“Sebelum bernikah kami pernah berbincang mengenai perkara ini kerana usia saya pun bukan muda lagi. Umur sekarang sudah menjangkau 36 tahun. Jadi banyak perkara yang bermain di fikiran saya memandangkan suami saya tidak pernah berkahwin sebelum ini. Tapi dia sudah menegaskan yang dia tidak kisah seandainya tiada rezeki anak. Dia faham keadaan diri saya.
“Bagaimanapun sebaik dia tahu saya disahkan hamil dia sangat gembira dan inilah kesempurnaan yang diimpikan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga,” katanya.
Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga awal tahun ini selepas lima tahun mereka mengenali hati budi masing-masing. Mereka berkahwin pada 22 Januari lalu dan ini adalah perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Semoga kehamilan Syura dalam keadaan baik-baik sahaja, dan semoga dipermudahkan proses bersalin nanti.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Turki telah kembali. Di bawah sayap pemimpin Presiden Recep Tayyip Erdogan, beliau dengan tegasnya mengubah Hagia Sophia kembali menjadi rumah ibadah umat Islam seperti yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh atau Sultan Mehmed II, tahun 1453 lampau.
Bayangkan kiri kanan Turki meradang dengan keputusan Mahkamah membatalkan status bangunan itu sebagai muzium. Pemimpin agama lain juga membidas tapi Erdogan lantang menjawab…
‘Itu urusan Turki… Bukan urusan kalian’
Setelah sekian lama Hagia Sophia dijadikan muzium oleh pemerintah sekular Turki, akhirnya kini azan kembali berkumandang menandakan kemenangan Islam di bumi Istanbul.
Ketika laungan azan pertama berkumandang Sabtu lepas, kelihatan ramai umat Islam Turki berkumpul di perkarangan masjid sambil melaungkan takbir ‘Allahuakbar!’ berkali-kali.
Suasana ini seolah-olah satu kemenangan besar yang diraikan oleh umat Islam di sana.
Walaupun Hagia Sophia yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu merupakan bekas sebuah gereja Ortodoks, namun ia telah ditukar menjadi masjid selepas penaklukan empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453.
Sayang sekali pada 1934, ia telah ditukar menjadi muzium dan mula menjadi tempat tumpuan pelancong yang utama di Istanbul. Sejak itu umat Islam Turki bagai tenggelam ‘punca’ malah mereka pernah digelar sebagai ‘negara sakit di Eropah’.
Kemenangan Hagia Sophia juga membuktikan ketegasan Erdogan dalam tindakannya memperjuangkan hak Islam.
Tarikh 10 Julai 2020 melakar sejarah kemenangan Islam di TurkiAkhirnya umat Islam dibenarkan bersolat di Masjid Hagia Sophia, Istanbul
Mungkin selepas wabak COVID-19 reda dan kita dibenarkan bercuti semula, destinasi Istanbul, Turki seharusnya dalam senarai wajib dilawati. Teringin nak bersolat di bangunan bersejarah tu, katanya interior masjid memang cantik dan penuh dengan kisah mengasyikkan.
Anda pernah berkunjung ke Hagia Sophia?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penangan filem Gila-Gila Remaja pada 1986 berjaya melonjakkan nama pelakon lelaki handalan, Faizal Hussein. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati satu persatu jalan cerita filem tersebut dan lebih mengenali Faizal sebagai gelaran Roy.
Kehebatan anak kepada seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap utuh sehingga sekarang meskipun usianya kini mencecah 50 tahun.
Di sebalik kejayaan yang digapai Faizal, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon. Pernah bergandingan bersama-sama dalam drama Sayang Puteri, Suhaila Sulaiman kini berusia 41 tahun dan lebih memberi tumpuan kepada keluarga selain membuat perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.
Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, Faizal dan Suhaila dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang kini berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki bernama Fazrick. Mengamati wajah kedua-dua permata hati pasangan romantis ini, tidak syak lagi mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila.
Paling menarik perhatian, cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh tumpuan. Apa saja yang diminati anak-anak, baik Suhaila mahupun Faizal, mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick. Misalnya, ketika anak lelaki mereka menyertai pertandingan robotik, World of Robotics National Championship 2017 baru-baru ini.
Berikut foto-foto terkini yang dikongsikan Suhaila di Instagram miliknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik dan tak jemu mata memandang. Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli punya daya tarikan tersendiri selain lemah lembut orangnya.Bila melihat susuk tubuhnya yang...