Gaya Hidup

Realisasikan Impian Miliki Rambut SIHAT BERSINAR Dengan 5 Jenis Makanan Ini

IKLAN

Seperti diketahui umum, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari supaya tidak mengalami dehidrasi. Selain menitikberatkan aspek kesihatan tubuh badan, rambut juga memerlukan nutrien yang cukup agar kekal sihat bersinar. Di samping menjalani rawatan rambut di salun yang bersifat luaran, kecantikan dan kesihatan rambut sebenar bermula dari dalam. Berikut adalah 5 makanan yang baik untuk rambut anda.

MINYAK ZAITUN

Polifenol yang terdapat dalam minyak zaitun dapat mengawal keradangan yang dipercayai mampu merosakkan folikel rambut anda lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat. Minyak zaitun merupakan antara bahan makanan yang diperkaya dengan lemak sihat. Hanya satu sudu makan minyak zaitun diperlukan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan rambut.

IKLAN

KACANG WALNUT

Selain boleh dijadikan snek kegemaran, kacang walnut adalah sangat baik dan berkhasiat kepada rambut kerana ia mengandungi zat besi dan lemak asid. Memandangkan ‘snek’ kegemaran ini kaya dengan jumlah kalori, jadi anda perlu mengehadkan pengambilan kacang walnut kepada ¼ cawan sahaja sehari.

IKAN SALMON

Ikan ini bukan sahaja mengandungi kadar protein yang tinggi, ia turut kaya dengan kandungan lemak asid Omega-3, vitamin B6 dan B12 yang membantu menghasilkan sel darah merah seterusnya menyalurkan oksigen ke folikel rambut. Untuk memastikan rambut kekal sihat dan cantik sepanjang Ramadan, anda memerlukan lebih kurang 4 hingga 5 auns, dua atau tiga kali seminggu.

IKLAN

DAGING LEMBU ORGANIK

Ia adalah daging lembu yang diternak secara meluas dan pemakanan haiwan ini dijaga rapi serta dihidangkan dengan makanan hasil semula jadi yang bernutrisi seperti rumput segar, herba dan bijirin. Daging lembu jenis ini membekalkan zat besi yang paling banyak berbanding bahan makanan lain. Hanya empat auns daging lembu ini diperlukan setiap minggu untuk menjadikan rambut anda cantik mengurai.

IKLAN

TELUR ORGANIK

Diperkaya dengan protein, telur organic mengandungi banyak vitamin B5, B12 dan D serta sulfur yang merupakan penggalak mineral yang diperlukan oleh rambut. Pengambilan sebiji telur dalam sehari sudah memadai untuk kalori dan kesihatan rambut anda.

 

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Suzi