Bak kata pepatah, ‘Kerana Mulut Badan Binasa’… itu perumpamaan yang tepat digambarkan kepada lebih 100 pengguna laman sosial yang bakal berdepan kes saman. Semua ini gara-gara komen dan mesej berunsur ugutan dan fitnah yang dilemparkan netizen terhadap Linda Rafar susulan kes dirinya dan jururawat di sebuah hospital kerajaan di Selangor yang tular sekitar Disember lalu.
Meskipun ibu tercinta, Rasimah Abdul Rahman sudah kembali ke rahmatullah pada 11 Januari lalu namun pelbagai spekulasi terhadap Linda Rafar masih berlarutan sehingga ke hari ini. Dek kerana enggan maruah diri, suami dan keluarga menjadi bahan bualan dan diperlekehkan… penyanyi ini lantas mendapatkan khidmat peguam untuk membersihkan kembali namanya.
Linda bersama peguamnya di sidang media pagi tadi
Menerusi sidang media yang berlangsung hari ini, Linda menjelaskan, “Saya memerlukan pihak lawyer untuk bantu. Saya tak bersalah dan tak menabur fitnah kepada sesiapa pun. Cerita yang diada-adakan itu juga tidak logik. Dengan ini saya terpaksa adakan sidang media untuk mereka (lawyer) jelaskan kepada masyarakat.
Kisah ini berlaku semasa mak sakit di hospital di Shah Alam. Apa yang berlaku adalah dugaan yang besar dan ketika itu saya tak ada memfitnah sesiapa pun. Ia adalah naluri seorang anak yang memperjuangkan hak seorang anak kepada ibu yang tengah kritikal. Apa yang dikesalkan, fitnah daripada orang yang tak tahu cerita di sebalik kejadian itu telah mengaibkan saya dan ahli keluarga.”
Akuinya lagi yang turut ditemani barisan peguam dari Nurul Hafidzah & Associates pada sidang media tersebut, “Sejak kejadian itu saya tak mampu berdepan masyarakat, tak mampu bekerja dan tak tahu macam mana nak menjelaskan kepada orang yang memandang serong terhadap kami sampaikan ia turut mengaibkan arwah mak saya.
Kenangan bersama arwah ibu
Ia memang memberi kesan yang besar kepada diri saya sendiri. Jujurnya, saya tak boleh buat kerja dan tak boleh nak jumpa dengan orang. Sebelum arwah mak sakit lagi memang dia sentiasa ada dengan saya. Kami memang rapat dan saya tak dapat lawan perasaan bila lihat mak tak dilayan sempurna.”
Ads
Walau berdepan situasi yang menjejaskan nama baik dia dan keluarga, namun Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar tetap bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan orang sekeliling. “Kekuatan saya datang dari ahli keluarga, kakak dan suami yang banyak beri kata-kata semangat untuk saya teruskan hidup. Banyak dugaan yang pernah saya lalui. Salah satunya kehilangan anak syurga, Rezaimen Keiflin. Saya ambil masa setahun dua untuk recovered dan kembali ceria. Kali ini, saya diduga lagi dengan kehilangan mak pula. Tapi alhamdulillah saya dapat kekuatan dari orang sekeliling dan peminat.”
Berhubung kes saman yang difailkan Linda, kata penyanyi kumpulan Elite ini lagi ia melibatkan kelompok pengguna laman sosial yang mengeluarkan komen negatif dan bukan kumpulan jururawat di hospital tempat ibunya mendapatkan rawatan.
Ads
“Saya mencari komen yang betul-betul mengaibkan saya dan keluarga. Salah satunya ada yang tulis, ‘Banned keluarga Linda daripada masuk hospital kerajaan’. Itu antara mereka yang bakal berdepan surat saman kelak. Daripada 10 ribu komen yang ada di Instagram saya tu, lebih 100 orang yang terlibat dan pihak kami masih menyiasat sampai sekarang.
Ia satu perkara yang serius sebab bukan je impak kepada saya tapi kepada suami dan adik-beradik lain. Bayangkan bagaimana nak berdepan dengan rakan sekerja, peminat dan orang ramai yang bertanyakan macam-macam persoalan kepada kami.”
Moga insiden yang berlaku ini dapat dijadikan iktibar buat semua agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara meskipun hanya menerusi media sosial. Seelok-eloknya biarlah perkara ini dapat diselesaikan di luar mahkamah dan tidak terus berpanjangan hingga boleh menjatuhkan reputasi mana-mana pihak.
Ads
Foto kredit: Instagram Linda Rafar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fakta kentut di bawah ini perlu anda hadam supaya anda boleh mempertahankan diri sekiranya dikutuk kerana terkentut. Baca tau!
Semua orang kentut. Baik di rumah, di tempat kerja, di kawasan awam dan pendek kata di mana-mana dan pada bila-bila masa. Pelbagai helah dilakukan seandainya terkentut di tempat umum sehingga anda yang berpura-pura batuk untuk sembunyikan bunyi kentut!
Secara purata, manusia akan kentut sebanyak 14 kali sehari.
Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kentut anda berbau busuk seperti brokoli, kubis bunga, telur, bawang putih, daging merah, makanan tenusu serta makanan yang tinggi kandungan yis.
Kelajuan purata kentut untuk memasuki dunia adalah kira-kira 10 kaki sesaat atau 9.5km/jam.
Kentut seorang wanita lebih busuk berbanding lelaki kerana kandungan hidrogen sulfida di dalam badan seorang wanita lebih tinggi.
Di China, anda boleh dapat kerja sekiranya kentut anda berbau busuk. Menurut mereka, bau busuk ini menandakan anda profesional. Betul ke?
Kentut mudah terbakar kerana ia mengandungi sejumlah gas metana dan hidrogen. Hati-hati bila berada dekat dengan api, takut anda hangus terbakar pula!
Perasan tak apabila anda berada di dalam kapal terbang, anda sukar untuk kentut. Ini kerana tekanan di dalam kabin sewaktu di udara. Lepaskan kentut sebaik turun di landasan.
Dalam sesetengah budaya, kentut adalah perkara biasa dan anda boleh melakukannya secara terbuka. Sebagai contoh, suku India di Amerika Selatan.
Semakin anda menahan kentut, semakin perut anda akan mengembung. Akhirnya ia akan ‘terlepas’ sewaktu anda tidur, iaitu satu keadaan yang paling relax.
Jika anda seorang vegetarian, anda sebenarnya kentut lebih kerap berbanding non-vege. Blame on all the beans!
Sumber dari Google
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya seakan masih segar lagi pertemuan Nona dengan adik-beradik selebriti Neelofa sewaktu penggambaran cover depan, Januari lalu. Teringat salah satu impian kakaknya iaitu Noor Nabila mahu berusaha menimang cahaya mata sendiri tahun ini.
Tiga hari lepas, teka-teki peminat tentang berita kehamilannya terjawab apabila dia berkongsi gambar imbasan kandungannya di laman Instagram.
Nabila turut meluahkan rasa syukurnya dengan kehamilan tersebut yang dianggap sebagai anugerah terindah buatnya dan suami.
“Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah SWT. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna, insyaAllah,” tulisnya pada kapsyen.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para pengikut di laman Instagramnya dan dihujani dengan ribuan ucapan tahniah dan doa.
Sementara itu, Sharnaaz juga turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu sebab kenapa mereka mengambil masa untuk mengumumkan berita tersebut.
“Sebelum ini ramai yang bertanya, tetapi belum masanya untuk kami berkongsi kerana masih terlalu awal. Alhamdulillah, kandungan isteri baik membuatkan kami tidak mahu bertangguh lagi untuk berkongsi berita gembira ini,” katanya tentang kandungan isteri yang kini berusia tiga bulan.
Noor Nabila, 33, yang juga isteri kepada pelakon tampan, Sharnaaz Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Kakak kedua Neelofa ini juga merupakan Pengarah Urusan NH Prima International Sdn. Bhd. yang menerajui jenama popular, Naelofar. Tahniah Nabila!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kemenangan Hero Remaja 2020 berpihak kepada Ahmad Nadhir Ahmad Nasar pada bulan Julai lalu, kesemua dua belas orang finalis edisi tersebut telahpun mula mengorak langkah dalam industri seni, fesyen dan pelbagai bidang tempatan lain.
Ia membuktikan bahawa platform pencarian Hero Remaja merupakan platform terbaik untuk mencungkil potensi, personaliti, bakat dan kebolehan remaja lelaki dari seluruh Malaysia.
Berdasarkan respon pemain industri tempatan yang mendambakan lebih ramai anak-anak muda berbakat untuk ditonjolkan pada waktu ini, NU Ideaktiv menerusi Majalah Remaja kembali bersama penyiar rasmi, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) membuka peluang uji bakat pencarian Hero Remaja bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020.
Bagaimanapun, satu perkara baru yang diperkenalkan untuk uji bakat kali ini adalah penghantaran penyertaan peserta secara atas talian (online) bagi peringkat pertama. Ini seiring dengan norma baharu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan pada musim pandemik COVID-19 yang masih berleluasa di seluruh negara.
Peserta perlu menghantarkan borang penyertaan secara online di link ini dengan mengisi butiran diri secara lanjut, memuat naik foto dan video pengenalan diri. Kesemua arahan buat para peserta ada dinyatakan dalam halaman borang penyertaan.
Setelah mengamati maklumat peserta yang memenuhi kriteria yang dicari oleh produksi Hero Remaja 2021 kali ini, peserta yang disenarai pendek akan melalui sesi uji bakat secara fizikal pula. Butiran mengenai uji bakat peringkat kedua ini akan dikongsikan kepada peserta setelah mereka terpilih.
Pengikut dan penonton pencarian Hero Remaja 2020 dapat menjangkakan pelbagai cabaran akan diberikan untuk mengasah kemampuan para finalis dari aspek berbeza. Skil sebagai seorang model, pelakon, pengacara, duta produk dan semangat keakraban di antara mereka diuji bagi mencari seorang juara yang layak menyandang gelaran tersebut.
Pencarian Hero Remaja 2021 bakal dipancarkan di saluran Astro Ria HD (saluran 104). Perkembangan terkini pencarian dan bakal para peserta boleh disaksikan melakui liputan menyeluruh di laman digital serta media sosial Majalah Remaja.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja], Instagram [majalahremaja], Twitter [majalahremajaMY] dan YouTube [majalahremajaOfficial].
#HeroRemaja
#HeroRemaja2021
#majalahremaja
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!