Rezeki Abang Nak Tegur, DATIN SRI NUR SHAHIDA Kini Hamil 3 Bulan!

Tiada apa yang lebih membahagiakan bagi Dato’ Sri Aliff Syukri apabila isterinya, Datin Sri Nur Shahida disahkan hamil tiga bulan. Berita gembira ini baru sahaja dikongsikan beberapa minit tadi di Instagram peribadi Datin Sri Nur Shahida. Pastinya ini berita paling menggembirakan bagi penghujung tirai tahun 2017 bagi pasangan ini.

Menurut Datin Sri Nur Shahida, beliau disahkan hamil sebelum pemergiannya ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah baru-baru ini. Sesungguhnya penantian mereka selama ini untuk menambah zuriat dimakbulkan oleh Tuhan.

Berkat keikhlasan pasangan ini menjaga anak angkat bernama Ameena telah membawa seribu satu rahmat buat keluarga besar ini. Nampaknya rezeki Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri semakin murah.

“Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2. Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi. Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan. Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil. Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hami. 3 bulan pertama saya mengalami morning sickness

yang sangat teruk. Alhamdulillah kini saya semakin sihat. Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat.”

Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri sudah pun memiliki tiga cahaya mata berusia antara 9, 7 dan 5 tahun, termasuk anak angkat bernama Ameena yang berketurunan Pakistan-Melayu. Semoga Datin Sri Nur Shahida dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segalanya. Tahniah daripada majalah Nona!AMY MOHD

 

IKLAN
Share