Suatu ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin. Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
Ads
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
Ads
“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran selama lima tahun.
Ads
“Jadi, selama lima tahun ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta daripada suami tercinta baru-baru ini. Beruntung aktres kelahiran Singapura berkenaan kerana dikurniakan seorang suami yang baik. Sebagai menghargai jasa isteri tercinta, Datuk Lokman Teh menghadiahkan sebuah kereta mewah buat Datin Atikah.
Bukan calang-calang, kereta pemberian Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun tersebut dipercayai jenama buatan England iaitu Range Rover!
Apa tidaknya, jarang-jarang selebriti bertindak seperti bintang filem Longkai berkenaan. Walau berstatus VIP, tak malu pun mengaku kereta tersebut dibeli second-hand.
Ucap Datin Atikah, “Thank you baby for the new car.”
Perkongsian video itu sehingga kini meraih lebih 600 ribu tontonan dan mendapat lebih 16 ribu tanda suka daripada followers.
Menerusi video itu, jelas terserlah Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta berkenaan. Datuk Lokman juga membawa kenderaan itu untuk proses coating dan polishing supaya kelihatan lebih cantik berkilat.
Dalam pada itu, Datin Atikah turut memberitahu dia bagaimana pun belum boleh memandu kereta tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Rata-rata mereka memuji tindakan Datin Atikah yang tidak meninggi diri dan menyenangi sikapnya.
Sejak menjadi menantu kepada pengasas produk Zaitun, Datin Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime aktif mempromosikan produk ubat gigi itu di media sosial.
Datin Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 22 Oktober melakar peristiwa bermakna apabila ribuan masyarakat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka untuk solidariti rakyat Palestin. Tidak terkecuali aktres yang juga model, Kavita Sidhu.
Meskipun berbeza idelogi politik namun seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama mahupun bangsa bersatu-padu menentang keganasan rejim Israel terhadap Palestin yang dinafikan hak mereka sebagai manusia yang mempertahan tanah air sendiri.
Dalam perhimpunan aman yang berlangsung itu, ahli politik, selebriti, usahawan dan influencer turut hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada penduduk di bumi anbia berkenaan.
Antara yang tidak ketinggalan menyertai perhimpunan itu ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, aktivis politik iaitu Nurul Izzah Anwar, Khairul Aming, Vivy Yusof dan ramai lagi.
Kavita Sidhu misalnya yang lengkap berpakaian serba putih dan mengenakan mafla Palestin dilihat tampil berucap di hadapan khalayak sambil melaungkan keamanan.
“Today’s Free Palestine peaceful rally. We stand with the brave people of Gaza. We hope more aid with water, food and medicine will reach them soonest.
Thank you Viva Palestina for organising. It was heartwarming to see so many coming out to support. Thank you Nurul Izzah for your incredible heartfelt speech.
An honour to have our Minister of Communication and Digital YB Fahmi Fadzil be there as well.”
Tahniah Kavita kerana berani tampil bersuara demi memperjuang nasib rakyat Palestin!
15 Januari lepas telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Diraja dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia (YAM) Pengiran Muda Bahar yang dirai penuh tradisi, gilang-gemilang dan meriah di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.
Dalam istiadat itu, kedua-dua pengantin diraja kemudiannya dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Berkongsi momen terindah dan istimewa kekanda tersayang, DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen turut tidak ketinggalan memuat naik beberapa foto di majlis istiadat perkahwinan yang berlangsung.
Kredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmski
Namun salah satu foto tersebut mengundang pelbagai reaksi dan teka-teki dalam kalangan followers putera diraja Brunei tersebut. Ini selepas DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen merakam gambar kenangan di samping pasangan mempelai yang turut disertai seorang wanita cantik berselendang dan mengenakan persalinan songket.
Difahamkan wanita berwajah kacukan itu ialah cucu kepada salah seorang menteri di Brunei. Yang pasti, kehadiran gadis bernama Anisha Isa-Kalebic ini mengundang persoalan mengenai status hubungan di antara mereka berdua.
Terdapat desas-desus mengatakan Anisha ialah adik kepada sahabat Pengiran Muda Mateen iaitu Danial Isa. Namun tiada banyak maklumat mengenai gadis itu yang turut dikhabarkan menetap di England dan masih belajar di sana.
Kredit Instagram @danialik / Anisha di samping abangnya yang juga sahabat Putera MateenKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmski / Gambar kahwin YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah tahun lepasKredit Instagram @tmski / Gambar kahwin YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah tahun lepas
Ini bukanlah kali pertama Pengiran Muda Mateen memuat naik gambar Anisha di media sosial miliknya. Bahkan ketika perkahwinan kekandanya, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah pada Januari tahun lalu juga kelihatan Anisha di samping putera kacak berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.