“Rezeki Kahwin” Raih Pingat Emas Ke-4, DATUK ABDUL LATIF ROMLY Bakal Bergelar Suami Disember Ini

Juara Paralimpik sebanyak dua kali, Datuk Abdul Latif Romly meneruskan penguasaan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) di Solo, Indonesia apabila merangkul pingat emas ke-4 berturut-turut dalam acara lompat jauh F20 (masalah intelektual).

Datuk Abdul Latif Romly.

“Pingat ini saya dedikasikan kepada keluarga saya dan mungkin rezeki kahwin. Saya rasa ini mungkin pertandingan terakhir bagi tahun ini.

Selepas ini akan bersedia untuk menghadapi APG 2023 Kemboja, Kejohanan Dunia dan Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China tahun depan bergantung kepada perancangan jurulatih,” kata atlet berusia 25 tahun ini.

Anak jati Perlis ini mempamerkan kehebatannya dengan lompatan sejauh 7.20 meter di Stadium Manahan untuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.

Walaupun jarak yang dicatatkan masih rendah berbanding rekod dunia 7.64m yang dilakukan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Abdul Latif masih gembira kerana ia merupakan kejohanan pertama sejak hampir setahun berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika mempertahankan emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada September 2022.

Datuk Latif Romly bertunang dengan seorang guru iaitu Nabila Farhana yang merupakan temannya sejak di bangku sekolah. Pasangan ini saling mengenali ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Perlis.

Datuk Abdul Latif Romly bersama tunang, Nabila Farhana.

Beliau juga merupakan penerima Nona Men’s Paralympic Award dua tahun lalu.

Ketika menerima anugerah Nona Men’s Paralympic Award.

Datuk Abdul Latif Romly menerima gelaran Datuk pada usia 24 tahun ketika Istiadat Pengurniaan Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan. Beliau dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PWM).

Sumber: Bernama

IKLAN
Share