Rezeki Keletah Yusuf Iskandar, HANIS ZALIKHA SEKELUARGA Terpilih Sebagai Duta & Program Realiti TV!

Sepanjang kariernya dalam dunia hiburan, Hanis Zalikha sememangnya dikenali sebagai pelakon, hos dan usahawan yang berjaya di kalangan rakyat Malaysia. Namun peranan terbaharunya sebagai ibu dianggap sebagai yang paling penting dalam hidupnya.

Sehubungan dengan itu, para peminat akan dapat menyaksikan kehidupan harian Hanis dan keluarganya sebagai duta baharu Anmum Essential dalam rancangan realiti televisyen terbaharu di ASTRO RIA (Saluran 104), ‘My Little Heroes’.

“Sebagai seorang ibu, Hanis hanya inginkan yang terbaik untuk tumbesaran Yusuf. Beliau akan memastikan Yusuf mendapat keseimbangan dari segi nutrisi yang baik dan juga stimulasi untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial. Cara penjagaan anak Hanis sepadan dengan mesej jenama kami. Ditambah pula dengan pilihannya untuk memberikan susu Anmum Essential kepada Yusuf menjadikan beliau calon yang terbaik untuk dipilih sebagai duta Anmum Essential,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran, Fonterra Malaysia.

“Kami juga sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hanis dan Yusuf dalam rancangan  ‘My Little Heroes’ sebagai penaja utama. Keletah Yusuf yang periang, bijak, bersifat ingin tahu serta mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja telah menjadi perhatian ramai peminat. Oleh itu dalam program tersebut, para peminat akan mempelajari petua-petua keibubapaan dan tip-tip berguna daripada Hanis sepanjang membesarkan Yusuf,” ujarnya.

Menurut Hanis, “Saya sangat berbangga dapat menjadi duta Anmum Essential kerana jenama ini mempunyai persamaan dengan impian saya iaitu untuk memberikan Yusuf nutrien-nutrien penting bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya. Sebelum ini, saya tidak mengetahui yang otak kanak-kanak mengandungi 15 hingga 500 lebih Gangliosida daripada tisu-tisu lain dalam tubuh mereka!

Walaupun saya sentiasa memastikan Yusuf mendapat hidangan yang seimbang, namun manfaat tambahan DHA dan Gangliosida masih diperlukan untuk menyokong perkembangan otaknya. Selain itu, saya juga menyukai formulanya yang tidak mengandungi gula tambahan dan diperkayakan dengan vitamin, mineral dan serat makanan.  Bagi saya, Anmum Essential adalah pilihan yang tepat untuk susu tumbesaran kanak-kanak!”

Untuk lebih banyak tip keibubapaan dari Hanis, saksikan bagaimana beliau membimbing Yusuf untuk meningkatkan perkembangan mental, sosial dan kemahiran sosialnya dalam ‘My Little Heroes’, yang akan ditayangkan di Astro RIA Saluran 104 pada hari Rabu, 31 Januari pukul 9 malam, serta saksikan episod baharu pada setiap hari Rabu. Ketahui lebih lanjut tentang Anmum™ Essential di www.anmum.com/myRosmah Idayu Abu Samah

IKLAN
Share