Rezeki Kerabat Diraja Kelantan, TENGKU ADURA Handal Buat Kek Pavlova Paling Sedap Di KL!

Perkenalan Nona dengan kerabat diraja Kelantan, Tengku Adura Tengku Abdullah awalnya bermula ketika beliau ditampilkan sebagai wajah Tetamu Diraja. Sambil ditemani Mamanya iaitu Tengku Maimun, Adura yang ketika itu bekerja dalam bidang media dan pengiklanan, terasa begitu menyenangkan.

Sejak persahabatan terjalin, banyak acara penting dalam kehidupan Adura yang berdarah diraja Kelantan ini menjadi inspirasi Nona. Antaranya kisah percutian di Croatia, majlis perkahwinan Adura dengan jejaka kesayangan, Ahmad Kamil serta terkini, kemasyhuran Kisses Cream iaitu bisnes kek pavlova Adura yang menjadi sebutan ramai.

Tengku Adura Tengku Abdullah

Rangup di luar tapi lembut di dalam, padat toppings buah-buahan dan kemanisannya… ah, secukup rasa. Memang terbukti sedap pavlova buatan Adura.

Bagi yang pernah merasa, percayalah pasti akan memesannya berkali-kali. Inilah signature Kisses Cream yang menjadi kegemaran ramai khasnya yang tinggal berdekatan Taman Tun Dr Ismail serta kafe-kafe popular di Kuala Lumpur.

Kek buatan Tengku Adura di kafe Rimba & Rusa

Terpanggil untuk berkongsi kisah kejayaan Kisses Cream, Adura membuka cerita sebenar yang membuatkan beliau sanggup berhenti kerja dan menjalankan bisnes kek pavlova sepenuh masa di rumah.

“Mulanya hanya suka-suka sebagai hobi. Tapi keadaan semasa membuatkan hobi ini bertukar kerjaya. Kepuasan datang bila saya dapat buat customer happy dan seronok. It’s not just about selling something but the stories and relationships built with customers membuatkan saya rasa sangat puas,” ceritanya.

Selain mampu menjana pendapatan sendiri, Adura juga lebih puas apabila dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti di rumah. Lebih-lebih lagi semenjak mendirikan rumah tangga pada awal tahun lepas.

Bahan yang digunakan adalah premium dan segar

“Disebabkan pandemik COVID-19 yang membuatkan ekonomi tak menentu, banyak kerjaya pun turut terjejas.

So I took a leap of faith and decided to turn my baking hobby into a full time job. Less stress, tak payah layan stres yang tak patut! And I get to spend more time with family at home, itu memang bonus!”

Kini segalanya di hujung jari termasuklah ilmu kemahiran membakar kek pavlova yang dipelajari oleh Adura. “Ya, percaya atau tidak, saya hanya belajar di YouTube. But years of practice makes me better and better.

Keistimewaannya, pavlova saya lain daripada pavlova yang sedia ada. Terutamanya sebab ia kurang manis dan customer boleh pilih sendiri nak topping apa. Ia customisable ikut selera masing-masing,” terang Adura penuh teruja.

Biskut Chewy Chocolate Chip Kisses Cream

Kek-kek pavlova Kisses Cream dihasilkan sendiri oleh Adura dengan dibantu oleh Mamanya dan suami tersayang. “My mom and my husband are my biggest supporters and they help me a lot daily. Lebih senang bila dibantu family because we can bond at the same time.”

Adura bersama ibu dan abang-abang tersayang

Kisses Cream dijalankan secara online menggunakan Facebook dan Instagram @kissescream. Namun kesedapannya menular, menjadi buah mulut dan banyak ditempah oleh kafe-kafe terkenal di sekitar ibu kota. Keramahan Adura juga membuatkan beliau cepat disenangi dan ramai pelanggan yang repeat order, menjadi sahabat barunya.

Impian dalam bisnes ini… “Saya harap suatu hari nanti dapat memiliki studio baking dengan pembantu supaya dapat memenuhi permintaan dan tempahan @kissescream yang sangat banyak. Mungkin selepas adanya studio sendiri, kami dapat menembusi ke lebih banyak tempat di luar Lembah Klang.

Yang penting, to be able to do what I love everyday and not work!” akhirinya.

IKLAN
Share