Ribuan Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kiriman Rakyat Buat Agong & Raja Permaisuri Agong

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan meluangkan masa melihat kad-kad ucapan Hari Raya Aidilfitri yang dikirim oleh rakyat kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Ribuan Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kiriman Rakyat Buat Agong & Raja Permaisuri AgongRibuan Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kiriman Rakyat Buat Agong & Raja Permaisuri Agong

Setiap tahun menjelang Aidilfitri, Istana Negara menerima ribuan kad ucapan yang dikirim oleh rakyat kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakyat atas kiriman kad ucapan Aidilfitri dan berkenan mengutus kembali kad ucapan Aidilfitri daripada Baginda berdua kepada rakyat.

Rata-rata para pengikut di akaun Instagram Istana Negara menyatakan keterujaan dan menitipkan ucapan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Dirgahayu Tuanku!

Sumber & Kredit Foto: Istana Negara

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad