Ribuan Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kiriman Rakyat Buat Agong & Raja Permaisuri Agong

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan meluangkan masa melihat kad-kad ucapan Hari Raya Aidilfitri yang dikirim oleh rakyat kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Setiap tahun menjelang Aidilfitri, Istana Negara menerima ribuan kad ucapan yang dikirim oleh rakyat kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakyat atas kiriman kad ucapan Aidilfitri dan berkenan mengutus kembali kad ucapan Aidilfitri daripada Baginda berdua kepada rakyat.

Rata-rata para pengikut di akaun Instagram Istana Negara menyatakan keterujaan dan menitipkan ucapan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Dirgahayu Tuanku!

Sumber & Kredit Foto: Istana Negara

IKLAN
Share