Rizman Ruzaini cukup sinonim dengan rekaan pakaian pengantin, 17 tahun membina jenama ini melalui rekaan yang eksklusif dan mewah ternyata kreativiti dua pereka terkenal Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ini sering kali menjadi pilihan. Memberi jaminan mutu sebagai asas kepada setiap ciptaan mereka, kini rekaan Rizman Ruzani cukup gah bukan sahaja sebagai persalinan biasa malah menjadi pilihan kebanyakan pengantin, daripada orang biasa sehinggalah golongan kenamaan mahupun selebriti.

RIZMAN RUZAINI Lancar Koleksi RR Bridal 23 Mampu Milik, Perkenal Junior Designer

Melihat penerimaan jenama ini yang cukup meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, Rizman Ruzaini kini muncul dengan impian untuk menggayakan setiap bakal pengantin di negara ini.

Merangka impian ini sejak beberapa tahun lalu, antara langkah pertama yang diambil jenama ini adalah dengan memperkenalkan Junior Designer yang akan membantu Rizman Ruzaini Bridal dalam merealisasikan rancangan ini.

RIZMAN RUZAINI Lancar Koleksi RR Bridal 23 Mampu Milik, Perkenal Junior Designer

“Ini bukan perkara baharu dalam dunia fesyen antarabangsa, malah jenama terkenal lain memang mempunyai pereka muda sebagai pelapis. Di Rizman Ruzaini sendiri kami mahu menuju ke destinasi yang lebih jauh dan mempunyai seseorang yang akan membawa aspirasi kami pada waktu ini sangat penting.

“Kami berhasrat mahu menjadi sebahagian daripada hari penting setiap pengantin di Malaysia, memang itu yang menjadi impian kami berdua sebenarnya. Namun kita perlu bersikap realistik. Bagi saya soal kadar bayaran masih menjadi agenda utama pengantin di luar sana.

RIZMAN RUZAINI Lancar Koleksi RR Bridal 23 Mampu Milik, Perkenal Junior Designer

Tidak sahaja perlu kreatif dalam soal rekaan, tambah Rizman kriteria yang turut ditekankan dalam pemilihan Junior Designer ini juga adalah persembahan diri serta kemampuan berkomunikasi dengan baik.

“Tidak dinafikan bila bercakap soal bakat kami bertemu dengan ramai pereka muda dan berbakat, tetapi antara kesilapan besar mereka adalah apabila melihat industri ini sebagai batu loncatan mereka untuk berada dalam dunia glamor. Bukan sesuatu yang tidak baik sebenarnya, tetapi fokus utama yang perlu mereka lihat adalah perniagaan dan dunia glamor hanya bonus bila berada dalam industri ini.

RIZMAN RUZAINI Lancar Koleksi RR Bridal 23 Mampu Milik, Perkenal Junior Designer
Hawa Rizwana
RIZMAN RUZAINI Lancar Koleksi RR Bridal 23 Mampu Milik, Perkenal Junior Designer
Siti Khadijah
RIZMAN RUZAINI Lancar Koleksi RR Bridal 23 Mampu Milik, Perkenal Junior Designer
Shaza Bae

“Selain itu, sifat yang perlu ada pada pereka juga bagi saya adalah kemampuan mereka dalam menyampaikan apa yang pelanggan mahu. Rekaan yang baik adalah rekaan yang menyentuh gaya personal setiap pemakai,” katanya.

Sementara itu berkongsi rasa syukur, Akmal memberitahu dia cukup bertuah untuk berada di bawah kelolaan dua pereka terkenal negara ini. Tambah anak kelahiran Sandakan, Sabah ini juga seperti yang dijanjikan dia akan menyalurkan kreativitinya yang disesuaikan dengan setiap rekaan jenama ini.

RIZMAN RUZAINI Lancar Koleksi RR Bridal 23 Mampu Milik, Perkenal Junior Designer
Akmal

“Saya ingin berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini kerana mempercayai bakat yang saya ada. Bukan mudah sebenarnya saya membawa jenama sebesar ini, justeru apabila diberi peluang saya fikir ini adalah masa yang terbaik untuk saya mencabar diri,” jelasnya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI