Cantik sangat dan mendamaikan! Itulah ungkapan paling tepat dapat digambar apabila melihat rumah pasangan ini. Paling penting mesra alam (eco-friendly). Sesiapa pun pasti mendambakan rumah seperti ini, biarpun tak semewah ini tetapi suasana dan ketenangan tu yang mahal.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHER

IKLAN

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHER

Ketika ditemu bual oleh pihak ArchitecturalDigest.com, pasangan pelakon Hollywood Ashton Kutcher dan Mila Kunis baru saja berpindah ke rumah baharu mereka itu yang terletak di atas bukit di Los Angeles.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHER

Menariknya, rumah ini menerapkan gaya ladang yang sangat cantik dan unik. Menurut pasangan ini, ianya merupakan rumah idaman yang telah mereka rancang selama bertahun-tahun, bermula dengan kehamilan pertama Mila.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHERBeginilah luas dan mewahnya rumah mewah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini yang dibina di atas kawasan seluas 2.4 hektar. Lengkap dengan ladang jagung produktif yang diairi dengan sistem pengairan dari telaga sendiri. Wow!

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHERAshton dan Mila menamakan rumah mereka itu sebagai KuKu Farms. Mereka menggunakan khidmat arkitek Howard Backen dan pereka dalaman Vicky Charles untuk merealisasikan rumah impian mereka itu.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHER
Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHERBukan sahaja luas dan mewah, rumah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini juga mesra alam. Sumber tenaga berasal dari panel solar photovoltaic. Jumlahnya melebihi keperluan keseluruhan harta.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHERPada masa hadapan, Ashton dan Mila berharap sumber tenaga yang melimpah ruah ini dapat dikongsi bersama dengan rumah-rumah sekitar.

IKLAN

Semua bilik di KuKu Farms kelihatan luas, menggabungkan perabot moden dan seni bina kayu bercirikan Amerika. Bagi memberikan sentuhan berbeza, pasangan ini meletakkan candelier kristal setinggi 3 meter dan kerusi mewah seakan pelamin yang ditempah khas oleh Ashton ketika lawatannya ke India.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHERManakala rumah utama disambungkan ke rumah tamu, bilik hiburan yang direka bentuk menyerupai bangsal, dan pavilion yang dilengkapi dengan peralatan barbeku.

Salah satu bilik tidur di KuKu Farms. Nampak selesa seperti kabin mewah untuk percutian musim sejuk.

IKLAN

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHERIni adalah bilik untuk dua anak Ashton dan Mila, Wyatt dan Dimitri. Nampak selesa dengan perabot semua kayu yang memberikan kesan hangat.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHERIni pula ruang dapur. Keluasannya sudah cukup untuk mengadakan parti kecil yang terdiri daripada 10 ke 15 orang tetamu.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHER
Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHER“Kami mahukan sebuah rumah, bukan estet,” kata Mila kepada Architectural Digest.

Rumah Ala Ladang Tapi Mewah! Milik Pasangan Superstar Hollywood MILA KUNIS & ASHTON KUTCHER“Kami mahu rumah itu kelihatan seperti bangsal lama, sesuatu yang telah wujud selama beberapa dekad dan kemudian bertukar menjadi sebuah rumah.

“Tetapi ia juga perlu ada sentuhan moden dan relevan dengan masa kini,” kongsi Kutcher.

Mila dan Ashton berkahwin pada tahun 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wyatt Isabelle Kutcher dan Dimitri Portwood Kutcher.

Sumber & Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com

Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI