Ibu kepada empat cahaya mata iaitu Iris Alisya, Aidil Mikhail, Ean Yusof dan Nur Aisywara Nealofa mesra menyambut kedatangan kami. Kali ini, Nur Nabila Zulyadaini atau Muabellaz tak keberatan memenuhi hajat kami yang teringin memotretkan wajahnya dengan si comel sebagai penghias sampul digital Nona Mei 2023, berlatarkan suasana sawah bendang berdekatan kediamannya di Alor Setar!
Terkenal dengan mata kelabu dan raut wajahnya yang comel, kecomelan Wara yang baru menginjak usia 9 bulan jadi perhatian. Berkulit putih bersih dengan rambut ikal kecoklatan, anak bongsu Bella rupanya membesar dengan sihat kerana menyusu badan. Geram sungguh tengok telatah Lofa!
Tidak sukar membayangkan mengapa Pengasas Bellaz Beauty yang juga pempengaruh media sosial ini enggan berpindah ke bandar raya. Kampung ini ada jiwa di dalamnya, jauh daripada hiruk-pikuk kota, bunyi ekzos letup-letup, drama dunia… Bella lebih puas membesarkan anak-anak di sini.
“Saya seronok duduk kampung. Pahit manis, pengalaman hidup saya di sini. Bila dekat dengan famili saya rasa lebih selesa. Malah anak-anak pun saya ‘lepaskan’ mereka bermain, pergilah main selut, sauk ikan, lari-lari atas batas… biar mereka nikmati alam kanak-kanak macam saya ‘berlemuih’ dulu.” Bella
Lebih eksklusif, Bella selamba jawab 50 soalan Nona secara spontan. Jom tonton video ni…
Ads
AIDILFITRI
Persiapan raya Bella, meriah tak? Tanya penulis sambil meninjau ke seluruh ruang bilik mekapnya.
“Jujurnya biasa-biasa saja, pakai apa yang ada. Beli tapi tak berlebihan.”
Tambah Bella, dia hanya membeli dua pasang baju raya saja untuk dipakai Syawal pertama dan kedua. Tapi yang penting menu juadah raya memang meriah, antara masakannya Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Ayam Masak Merah. Kuih raya Cornflakes Madu buatan tangannya pun ada!
Ads
Berlatarkan Gunung Keriang, angin sepoi-sepoi dan lambaian dedaun nyiur, cerita hidup Bella seterusnya menjadi topik bicara kami.
“Saya ni tengok jer macam ni (gelak-gelak) tapi sebenarnya saya garang. Garang dan tegas yang bertempat. Sebelum anak nak keluar main, pastikan dulu kerja rumah dah siap kalau tak mahu dicubit.
Anak-anak boleh dapat apa yang mereka nak, tapi tidaklah selalu kerana saya ajar mereka erti kesusahan untuk mendapatkan sesuatu. Saya tak ajar mereka bermewah-mewah malah selalu kongsi kesusahan hidup saya dulu.
Dulu saya selalu ponteng sekolah. Kesusahan hidup masa tu sampai ke tahap terpaksa menjaga adik-adik seramai tiga orang bila Mak bersalin. Sayalah yang jaga adik, memasak. Saya tak mampu. Cikgu sampai faham, mereka pernah datang tengok situasi saya di rumah bila saya selalu tak ke sekolah.
Cikgu-cikgu berpakat nak tolong saya, sara biaya persekolahan saya. Memang sedih kalau diingatkan, banyak sangat pahit manisnya. Mereka bagi saya belanja duit makan dan tambang bas sekolah. Hari-hari mesti pergi pejabat guru dan ambil duit. Sehari RM3 sampai saya Tingkatan 5. Dan paling saya ingat Ustaz Muslan, dialah cikgu yang paling banyak ambil berat.” Bella
Ads
Perkara yang membuat Bella menangis?
“Adalah momen-momen yang saya teringat. Orang yang suka gelak-gelak ni banyak memendam. Sebab tu saya suka alam, supaya saya ingat siapa diri saya. Kadang-kadang bila saya tidur dalam aircond sejuk, teringat nikmat-nikmat yang Allah bagi, dulu susah tapi sekarang alhamdulillah.
Saya tanya diri saya, nikmat apa lagi saya nak? Semua dapat. Sampai menitik air mata sendiri. Ingat lagi pernah dihina, dikecam. Paling saya ingat sampai mati, kata-kata orang yang saya mekap macam n***s. Itu paling menusuk hati. Orang fitnah macam-macam, cancel booking makeup disebabkan fitnah tu. Mekap macam n****s, mekap tak cantik.
Masa tu saya bajet bila pelanggan bayar nanti, dapatlah saya pergi makan di Secret Recipe. Teringin nak merasa tapi tiba-tiba semua cancel. Allahu, sedih kalau diingatkan semula.” Bella
Muabellaz dan Nur Aisywara Nealofa sebagai penghias sampul digital Nona Mei 2023
Merancang supaya legasi bisnesnya dapat diwariskan kepada anak-anak, Bella sejak awal lagi sudah merancang strategi kewangannya sebaik mungkin. Untuk perniagaan, dia mahu sentiasa diingati sebagai usahawan berjaya.
“Kita menangis kena menangis. Menangislah sepuas-puasnya tapi jangan lama-lama. Hidup hanya sekali, jadikan ia sebaik mungkin untuk diri kita dan orang sekeliling.” Bella
Berkat sabar dan percaya pada takdir-Nya, hari ini nama Bella jadi inspirasi ramai wanita muda. Eksklusif sempena lebaran, Nona memotretkan wajah Bella bersama si comel Nur Aisywara Nealofa sebagai penghias sampul digital Mei 2023.
#majalahnona
#nonainspirasiwanita
#nonano1″ />
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah buat pasangan selebriti Khai dan Rosma atas kejayaan menubuhkan badan amal mereka semalam. Dalam diam, rupa-rupanya suami isteri yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia ini aktif membuat kebajikan. Bukan dalam tempoh setahun dua, sebaliknya Khai dan Rosma sudah melakukan kerja murni ini sejak tujuh tahun lepas!
Lebih bermakna, berkat usaha gigih Khai dan Rosma selama hampir tujuh tahun dalam perniagaan, mereka berjaya membangunkan legasi KR Successful Sdn Bhd.
Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik menerusi media sosial menzahirkan rasa syukur sempena Majlis Pelancaran Program Ihsan Kasih oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma.
“Syukur alhamdulillah. Selesai sudah Majlis Pelancaran Sumbangan Dana & Penyerahan Replika Kunci Kereta Proton Saga daripada Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada Pertubuhan Kasih KhaiRosma sempena Program Ihsan Kasih KhaiRosma.”
Sementara itu, Khai dalam ucapannya turut teruja dapat mempergiat usaha membantu golongan kurang bernasib baik menerusi badan amal mereka.
“Saya dan isteri terlibat dengan aktiviti bantuan sejak 2015 lagi dan dikenali sebagai KR Charity dengan menjalankan secara persendirian saja, fokus yang sama bantuan untuk anak-anak kecil.
Setelah mendapat permintaan ramai dalam media sosial yang memerlukan bantuan seperti ini sama ada daripada keluarga sendiri mahupun kenalan, jadi tertubuhlah Pertubuhan Kasih KhaiRosma pada 24 Mei lepas.
Dengan ini membolehkan kami bergerak secara rasmi dengan menjalankan ‘Program Ihsan Kasih KhaiRosma’ bagi membantu anak-anak kecil menghidap penyakit kronik yang memerlukan sumbangan dan bantuan dari segi keperluan asas, perubatan, kos pengangkutan dan pembedahan.”
Dalam pada itu, MAIWP turut meluluskan peruntukan pembiayaan Program Ihsan Kasih KhaiRosma sebanyak RM300,000 termasuk kos perbelanjaan khas bulanan, kos perubatan, kos pembedahan dan pembelian kereta sedan dua buah bertujuan kegunaan ibu bapa mendapatakn rawatan anak di hospital.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Besarnya pahala macam menang hadiah cabutan bertuah, Ustazah Asni Mansor puji sikap anak yang lalui Ramadan sambil jaga mak ayah di rumah.
Dalam kehidupan, kita sering kali mendengar tentang betapa besarnya tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila mereka sudah meningkat usia dan memerlukan perhatian, terutama ketika mereka sakit.
Bagi pendakwah selebriti, Ustazah Asni Mansor, peluang direzekikan menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi ketika dalam bulan Ramadan membawa banyak hikmah tersendiri serta seharusnya direbut oleh anak-anak yang berkemampuan.
Menjaga ibu bapa yang sakit merupakan salah satu amalan yang boleh mendatangkan pahala yang tidak terhingga. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
“Sesungguhnya, keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Ini menunjukkan bahawa ketika seorang anak menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang, Allah akan meredai setiap usaha dan perbuatan tersebut. Apabila kita mengorbankan masa, tenaga, dan kesabaran untuk merawat mereka, setiap tindakan kita akan dicatat sebagai amal baik yang diterima oleh Allah.
Ibu bapa adalah orang yang paling banyak berkorban untuk kita. Ibu melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, manakala ayah berusaha keras mencari rezeki demi kesejahteraan kita. Kini, tiba masanya kita untuk membalas jasa mereka. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra’ (17:23):
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia.”
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa menjaga ibu bapa dalam keadaan mereka sakit adalah salah satu cara untuk menghormati dan membalas pengorbanan mereka.
(2) Meningkatkan Keimanan
Menjaga ibu bapa yang sakit juga membuka peluang untuk kita mendalami lebih jauh tentang erti sabar dan ikhlas dalam beramal. Saat kita menjaga mereka, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun setiap ujian itu adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Ketika hati kita diuji dengan kesabaran dalam menghadapi karenah ibu bapa yang sakit, Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar sebagai balasan.
Sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang mengerjakan amalan yang baik kerana Allah, Allah akan menggandakan pahala kepada mereka.”
Doa adalah senjata orang beriman. Apabila ibu bapa uzur, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk mendoakan mereka agar diberi kesembuhan. Rasulullah SAW juga mengajar kita untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita, terutamanya apabila mereka sudah lanjut usia atau sedang sakit. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang anak membawa kebaikan kepada ibu bapanya, Allah akan menjadikannya sebagai sebab untuk meningkatkan kedudukannya di syurga.” (Riwayat Ahmad)
Dengan mendoakan ibu bapa yang uzur, kita bukan hanya membantu mereka di dunia, tetapi juga menyelamatkan mereka di akhirat.
Tidak hanya menjanjikan pahala yang besar, menjaga ibu bapa yang sakit juga membawa keratan dalam hidup kita. Dalam banyak kisah hidup orang-orang soleh, kita dapat melihat bagaimana mereka merasakan ketenangan dan keberkatan selepas mereka berusaha dengan ikhlas untuk menjaga ibu bapa yang sakit. Allah SWT berjanji akan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berbakti kepada ibu bapa.
Bekas anggota penyanyi kumpulan Elite Linda Rafar mengakui bahawa kerjaya seni miliknya masih berjalan seperti biasa, walaupun dilihat sering melakukan aktiviti melibatkan keagamaan.
Linda sekaligus menolak dakwaan bahawa kerjaya seni beliau semakin perlahan, walaupun jarang menghiasi kaca televisyen (TV).
Selain itu, Linda turut mengiyakan dia sememangnya turut aktif menghadiri dan menganjurkan kuliah agama. Namun perkara itu tidak membataskan kerjayanya sebagai anak seni.
Ini demikian kerana, Linda menganggap bidang seni merupakan salah satu punca rezeki yang halal.
“Saya banyak terbabit dengan majlis agama, tetapi aktiviti seni masih ada. Saya ambil pendekatan seimbang.
“Secara jujur, saya lebih ke jalan agama, tetapi saya masih melakukan kerja yang mendatangkan rezeki halal,” ujarnya.
“Saya tahu had dan jaga batasan seperti pemakaian. Itu semua tiada masalah.
“Mungkin orang ingat saya tidak mahu berlakon. Hakikatnya, saya masih Linda Rafar yang dahulu, cuma penampilan saya berbeza,” jelasnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.