“Rupanya Dia Solat Di Sebelah..” Bertemu Mufti Menk ALIF SATAR Bersyukur Dipertemu Dengan Ulama Yang Mengubah Hidupnya

Umum mengetahui penyanyi, hos dan pelakon Alif Satar kini sedang mengerjakan umrah. Ini dapat dilihat menerusi hantaran serta perkongsiannya di Instagram. Dan baru sebentar tadi, Alif turut berkongsikan khabar gembira yang dia berpeluang mendekati Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Ibn Musa, salah seorang ulama dan agamawan terkenal.

Menerusi hantaran di Instagram nya, Alif juga sempat bergambar dengan Mufti Menk dan menganggap pertemuan dengannya sebagai satu keajaiban apatah lagi bertentang mata dengan seseorang yang banyak memberi semangat ketika dia melalui fasa sukar dalam hidup.

Untuk pengetahuan, Mufti Ismail Menk adalah cendekiawan Islam global terkemuka yang lahir dan besar di ‘negara tanpa lautan’ di Afrika Selatan, Zimbabwe.

“Sukacita saya dapat bertemu dengan tuan secara peribadi…terima kasih atas semua video yang anda kongsi, membantu saya melalui masa sukar,” tulis Alif.

Malah Alif juga mendedahkan bukan mudah untuk dirinya cuba untuk mendekatk ulama tersebut. Dalam video tersebut, jelas menunjukkan Alif cuba untuk mengejar tokoh agama tersebut, dan tidak menyangka usahanya dipermudahkan apatah lagi menyedari yang Mufti Menk turut mengerjakan solat di sebelahnya.

Alif turut memberitahu dia sebelum itu menonton video live Mufti Menk di Instagram yang membuatkan dia sanggup meredah lautan manusia untuk bertemu dengannya.

Masya allah, untungnya Alif Satar. Yang pasti bukan semua dapat berpeluang berjumpa Dan seterusnya bergambar dengan Mufti Menk.

***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/

majalahnona
***

 

IKLAN
Share