Teka-teki mengenai pernikahan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, terjawab apabila pasangan ini selamat dinikahkan jam 6.57 petang, semalam.
Dengan sekali lafaz, Bella sah menjadi isteri Emran dalam majlis tertutup yang dihadiri saudara mara dan rakan terdekat kedua pasangan di sebuah lokasi dirahsiakan di Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, Emran menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.
Emran berkata, dia meminta maaf kepada rakan media kerana merahsiakan perancangan pernikahan dan persandingan mereka.
Ads
“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Ads
Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam di lokasi sama. Turut menjadi saksi majlis pernikahan Emran dan Bella adalah anak hasil perkahwinan dengan Erra, Engku Aleesya.
Ads
Kelihatan di atas pelamin, Engku Aleesya yang comel bertudung putih menemani ibu barunya di sisi bapa tersayang. Terlihat keakraban dan perasaan selesa di situ apabila mereka berdua saling menggenggam tangan.
Nona doakan agar kebahagiaan pasangan sama cantik dan sama padan ini berkekalan di dunia dan di akhirat. Till Jannah, insya-Allah. Norzalina Mohd Alias
Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #QuranHour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 8.30 – 9.30 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas lima tahun menduda, pelakon tampan Esma Daniel, 54, kembali bergelar suami kepada Nur Atira Mazlan, 31, pada Sabtu.
Menurut Esma, majlis pernikahan mereka diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kajang, Selangor.
“Walaupun pernah berkahwin dua kali sebelum ini, saya tetap gementar apabila melalui semula saat itu (dinikahkan).
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis perkahwinan kami pun sebenarnya diawalkan dari perancangan asal,” katanya yang mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu.
Mengharapkan perkahwinan kali ketiga ini akan kekal sehingga akhir hayat, Esma pernah membawa Atira ke lokasi penggambaran bagi membiasakan isterinya itu dengan kerja sebenar anak seni.
“Pada awalnya penerimaan dia berbeza, tetapi selepas beberapa kali di bawa ke lokasi, dia semakin memahami.
“Selepas dua kali gagal, tentu sekali saya harap perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat,” jelasnya.
Esma sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Sherie Merlis pada 1992 dan bercerai lima tahun kemudian. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Pada tahun 2002, Esma menikahi Nitra Sari Omar, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang anak.
Sumber : mStar | Sinar Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul ke pil perancang boleh menyebabkan kegemukan? Itu antara kebimbangan ramai pasangan suami isteri terutamanya di kalangan wanita apabila berniat untuk merancang keluarga. Disebabkan mudah terpengaruh dengan kata-kata kenalan yang ‘kononnya’ pernah mengalaminya, anda terus mengelak mengambil alternatif tersebut tanpa meminta nasihat daripada pakar.
Sebelum terus hanyut dengan andaian tersebut, baca penjelasan Dr Muhammad Izzat yang merupakan Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi mengenai hal ini.
Pil perancang keluarga atau kehamilan telah berada di pasaran lebih 50 tahun dan merupakan salah satu kaedah perancang kehamilan yang paling senang didapati, murah, dan mudah. Dengan cara penggunaan yang betul dan tepat, 99% keberkesanan boleh dicapai. Perlu diingatkan di sini, bahawa TIADA kaedah yang 100% mencegah kehamilan selain tidak melakukan hubungan kelamin atau melakukan pembedahan membuang rahim, 99% keberkesanan boleh dikira sebagai peratusan terbaik untuk perancangan keluarga.
Maka, dari mana datangnya pendapat mengatakan bahawa pil perancang kehamilan ini menggemukkan? Ini lebih kepada datuk nenek moyang yang turun-temurun berkisahkan pengalaman orang terdahulu. Bukannya dibuktikan secara saintifik.
Gaya hidup yang kurang sihat, serta permakanan seperti nasi lemak nasi tambah, roti canai, teh tarik lebih manis kaw, milo dinosaur kaw, kari kambing dan seumpama dengannya adalah penyumbang utama kepada pertambahan berat badan dan masalah-masalah kesihatan lain, tiba-tiba pula pil perancang kehamilan yang mendapat nama buruk dan dituduh menambah berat badan wanita! Macam mana tu?
Walaupun yang demikian, saya boleh faham mengapa timbulnya andaian tersebut. Salah satu hormon dalam penyediaan pil pencegah kehamilan iaitu hormon progesteron boleh menyebabkan perut menjadi kembung yang mana disalah anggap sebagai bertambahnya berat badan.
Namun begitu, simptom-simptom ini amat berbeza daripada individu kepada individu, bergantung pada tindak balas badan kepada jenis-jenis hormon progestron tertentu yang boleh membawa kepada kesan-kesan tersebut. justeru itu, tidak semua wanita mempunyai kesan yang sama.
Ada pendapat sebelum ini menyatakan kandungan hormon estrogen dalam pil pencegah kehamilan dituduh menjadi penyebab berat badan bertambah. Pendapat ini tidak tepat sama sekali kerana hormon ini sebenarnya menggalakkan metabolisme dan membakar lemak secara cepat. Akan tetapi, penggunaan hormon estrogen dalam pil perancang kehamilan dalam generasi baru dikurangkan untuk mengurangkan risiko kesan sampingan seperti pembekuan darah dan strok. Saya rumuskan di sini hormon estrogen sebenarnya TIDAK menyebabkan kegemukan.
Anda tidak perlu gusar mengenai peningkatan berat badan sekiranya mengambil pil pencegah kehamilan. Anda perlu mengubah gaya hidup, bertukar kepada permakanan sihat daripada menyalahkan pil perancang kehamilan yang menyebabkan kegemukan semata-mata.
Semoga dengan perkongsian ini membuatkan para wanita lebih peka terhadap kesihatan diri. Lebih-lebih lagi tentang hasrat anda dan suami untuk merancang keluarga.
Sumber: Facebook Muhammad Izzat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.