Sajian Paling Dinanti-Nantikan Penggemar AYAMAS Sempena Tahun Baru Cina Ini!

Tahun Baru Cina bakal disambut kurang seminggu lagi. Pastinya menu untuk disajikan sempena musim perayaan ini sedang berlegar-legar di pemikiran kebanyakan wanita. Usah bimbang, Ayamas memperkenalkan ayam panggang terbarunya, Golden Sesame Roaster sempena perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, ia turut melancarkan Buku Masakan Mutiara Johor Corporation berjudul “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …” di Ayamas Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

Dengan kombinasi yang sempurna daripada rasa masam, manis dan savuri, Golden Sesame Roaster adalah ayam panggang Ayamas yang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, mencetuskan rasa yang unik dan pastinya memuaskan selera anda!

Ayam panggang Golden Sesame Roaster dijual dengan harga RM26.88 dan bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” dan set hidangan “Prosperity Dinner” tersedia untuk perkhidmatan Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja.

Golden Sesame Roaster boleh dinikmati mulai hari ini sehingga 12 Mac 2018 di semua kedai-kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas.

Buku masakan bertajuk “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…” pula mengandungi 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, termasuk hidangan salad dan sayuran, lauk-pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut. Dengan harga RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini adalah bagi pengumpulan dana program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW.

Hasil daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.

Buku masakan ini adalah koleksi resipi Melayu tradisional yang disumbangkan oleh wanita Kulim (Malaysia) Berhad yang juga ahli WOW. Dengan nuansa nostalgianya yang tersendiri, buku masakan ini diharap akan menjadi warisan yang akan dapat ditinggalkan kepada generasi muda untuk rujukan mereka dalam menyediakan hidangan tradisional.

 

IKLAN
Share