Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.

Yang pasti, umur tidak menjadi penghalang buat bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini untuk mengejar impian dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Artikel https://www.nona.my/mira-filzah-akui-mentua-datuk-mastura-lebih-pandai-bergaya-ibu-lagi-fesyen-daripada-saya/

Datuk Mastura Yazid Sambung PhD

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Pernah menyandang tugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bakat kepimpinan Datuk Mastura Yazid diakui ramai pihak. Disifatkan seorang yang optimis dan berpandangan jauh, ibu mentua selebriti terkenal Mira Filzah ini sudi berkongsi perjalanan PhD demi menyuntik inspirasi.

Mesra ditemu bual Nona, Datuk Mastura berkata dia tidak menyangka perkongsian di media sosial miliknya selama ini memberi impak positif kepada followers.

Ujarnya, “Saya tak sangka pun hantaran saya di media sosial memberi inspirasi kepada semua. Sekarang saya buat PhD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenai leadership. Dah halfway, insyaAllah hopefully to finish next year.

Perjalanan PhD ini juga agak mencabar. Saya tidak sangka apa yang saya buat dalam PhD itu menimbulkan rasa yang berbeza-beza. Alhamdulillah.

Memang saya sejak kecil mahu menjadi seorang yang memberi inspirasi. Saya selalu rasa kalau kita nak bagi inspirasi kepada sesiapa pun, kita mesti tahu subjek kita dengan baik. Itu pandangan saya.

Ads

Jadi saya juga berjuang banyak mengenai wanita. PhD saya ini mengenai wanita dalam kepimpinan sebenarnya. Harapnya kajian saya ini nanti boleh saya bawa ke persada perdana untuk saya sampaikan pada pucuk pimpinan. InsyaAllah.”

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Datuk Mastura Yazid dikenali sebagai seorang wanita berperibadian lembut dan mesra.

Namun setiap tutur katanya tersusun kemas malah penuh ketegasan. Sekaligus mencerminkan sisi pemimpin wanita ini yang berkarisma dan berkaliber.

Sejak suami tercinta, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar meninggal dunia, Datuk Mastura tabah menggalas tugas membesarkan keempat-empat anak lelaki dengan sebaiknya dan penuh kasih sayang.

Ads

Ditanya dari mana dia mendapat kekuatan menyara anak-anak tanpa sosok seorang suami di sisi, ini jawapan jujur Datuk Mastura Yazid.

“Saya rasa Allah SWT bantu saya. Keduanya, semenjak kecil saya dapati sangat challenging jadi seorang wanita jadi saya selalu berdoa saya dapat anak lelaki. Allah Taala beri saya kelebihan itu. Alhamdulillah,” ungkapnya sambil tersenyum.

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Tambah figura ini lagi, “Bukannya saya kata jadi wanita itu tak bagus. Tidak. Tapi challenging, dunia ni sangat double standard ya. Satu hakikat kita harus terima sebagai wanita di mana-mana dalam peringkat global ataupun di peringkat local.

Ads

Tapi kalau kita (wanita) bersatu hati, kita boleh ke depan. Itulah antara kajian dalam PhD saya.”

Kasih Sayang Datuk Mastura Yazid

Biarpun arwah suami sudah meninggal dunia sejak sembilan tahun lalu, Datuk Mastura sentiasa didik keempat-empat anak dengan nilai hidup terpuji khususnya dalam soal melibatkan kaum wanita. Seterusnya melahirkan generasi berguna dan berilmu kepada masyarakat.

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

Sambung PhD Usia 60an, Kegigihan Datuk Mastura Yazid Kejar Ilmu Cetus Inspirasi!

“Anak-anak saya, saya selalu didik satu perkara. Letak wanita itu setara dengan mereka. Hormati mereka, kalau menghormati mereka, wanita akan dihormati oleh masyarakat juga.”

Allahyarham suami Datuk Mastura Yazid iaitu Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2016.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.

Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads