berkumpul, menziarah kubur dan menikmati hidangan tradisional.
“Memandangkan saya jarang dapat pulang kerana terikat dengan pekerjaan, bila tiba Lebaran saya akan pastikan saya luangkan lebih banyak masa untuk bersama ibu bapa di kampung.
Saya mahu menghabiskan masa dan sangat menghargai setiap momen bersama ibu dan bapa saya yang sudah semakin berusia.
“Masa tidak boleh dihentikan dan tidak boleh berpatah balik, jadi saya tidak mahu sampai menyesal. Saya mahu kerap bersama ibu dan bapa,” kata Rossa sewaktu ditemui media Malaysia sempena pelancaran single berjudul Khanti, baru-baru ini.
Menurut Rossa lagi, kebiasaan anak lelaki tunggal, Rizky Langit Ramadhan akan berhari raya di kampungnya di Sumedang terlebih dahulu. Tambah Rossa lagi, sejak dulu Rizky belum pernah berhari raya dengan bekas suaminya, pemain drum kumpulan Padi, Yoyo.
“Memang belum pernah Rizky berhari raya di kampung Yoyo. Biasanya dia dengan saya. Tapi tahun ini mungkin Rizky akan ikut Yoyo berhari raya di kampungnya di Surabaya pada raya ketiga,” jelas Rossa.
Ketika ditanya mengenai hidangan yang menjadi kegemarannya di Hari Raya, Rossa menggemari hidangan berupa ketupat yang kebiasaannya hanya dapat dijamah ketika musim perayaan.