Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Gaya Hidup “Sambut Lebaran Bersama Keluarga Satu Kemestian”- Dato Sri Rossa. Teruja Pulang Ke...

“Sambut Lebaran Bersama Keluarga Satu Kemestian”- Dato Sri Rossa. Teruja Pulang Ke Sumedang Sambut Aidilfitri

Umum mengetahui jadual seharian Queen Of Pop Indonesia sememangnya sibuk dengan pelbagai tuntutan jadual yang telah diatur sepanjang tahun. Namun begitu, setiap kali tibanya lebaran, Dato Sri Rossa tidak pernah melupakan kemeriahan sambutan lebaran bersama keluarga tercinta.
“Sambut Lebaran Bersama Keluarga Satu Kemestian”- Dato Sri Rossa. Teruja Pulang Ke Sumedang Sambut Aidilfitri
Menurut Rossa, sesibuk mana pun dirinya memenuhi undangan nyanyian, dia tidak akan mengambil tawaran kerja pada Aidilfitri pertama, sementelah usia kedua ibu bapanya juga sudah semakin berusia.
“Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya saya menyambut Lebaran di kampung halaman di Sumedang bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara. Kami mengamalkan sambutan Raya secara sederhana sahaja. Antara aktiviti yang kami lakukan termasuklah
berkumpul, menziarah kubur dan menikmati hidangan tradisional.
“Sambut Lebaran Bersama Keluarga Satu Kemestian”- Dato Sri Rossa. Teruja Pulang Ke Sumedang Sambut Aidilfitri
“Memandangkan saya jarang dapat pulang kerana terikat dengan pekerjaan, bila tiba Lebaran saya akan pastikan saya luangkan lebih banyak masa untuk bersama ibu bapa di kampung.
Saya mahu menghabiskan masa dan sangat menghargai setiap momen bersama ibu dan bapa saya yang sudah semakin berusia.
“Masa tidak boleh dihentikan dan tidak boleh berpatah balik, jadi saya tidak mahu sampai menyesal. Saya mahu kerap bersama ibu dan bapa,” kata Rossa sewaktu ditemui media Malaysia sempena pelancaran single berjudul Khanti, baru-baru ini.
“Sambut Lebaran Bersama Keluarga Satu Kemestian”- Dato Sri Rossa. Teruja Pulang Ke Sumedang Sambut Aidilfitri
Menurut Rossa lagi, kebiasaan anak lelaki tunggal, Rizky Langit Ramadhan akan berhari raya di kampungnya di Sumedang terlebih dahulu. Tambah Rossa lagi,  sejak dulu Rizky belum pernah berhari raya dengan bekas suaminya, pemain drum kumpulan Padi, Yoyo.
“Memang belum pernah Rizky berhari raya di kampung Yoyo. Biasanya dia dengan saya. Tapi tahun ini mungkin Rizky akan ikut Yoyo berhari raya di kampungnya di Surabaya pada raya ketiga,” jelas Rossa.
Ketika ditanya mengenai hidangan yang menjadi kegemarannya di Hari Raya, Rossa menggemari hidangan berupa ketupat yang kebiasaannya hanya dapat dijamah ketika musim perayaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI