Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 9, MISHA OMAR Sentiasa Pegang SATU Prinsip Untuk Bahagia

Diam tak diam, usia perkahwinan penyanyi Misha Omar dan suami tersayang, Firos Ezzwan Rossly sudah memasuki angka 9 tahun usianya. Pasangan ini baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka semalam di mana Misha memuat naik sekeping foto kenangan di hari pernikahannya 9 tahun yang lalu.

Penyanyi itu pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menetapkan syarat untuk tidak diberikan wang tunai atau barangan berjenama sebagai hantaran sempena perkahwinannya itu.

Melalui posting di Instagram miliknya, Misha menzahirkan rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinannya ke 9 bersama suami tersayang. Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, hidup sebagai usami isteri disifatkan sebagai sebuah pasukan dalam rumahtangga.

“Alhamdulillah, kami bersyukur dan berterima kasih juga pada kalian yang menjadi sebahagian dari cerita cinta kami. Terima kasih kerana selalu mendoakan kami. Semoga kalian juga sering bertemu bahagia dalam rahmat dariNya, InsyaAllah, ” ujar pelantun lagu popular Bunga-Bunga Cinta.

Rumah tangga yang dibina bersama Firos Ezzwan Rossly yang juga merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tidak pernah dilanda gossip apabila kedua-duanya bijak menjaga kerukunan rumah tangga sebagai suami dan isteri.

Untuk rekod, Misha dan Firos mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014. Misha juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mohammad Adam dan Latifah. Misha  turut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa yang dilahirkan pada 24 Ogos 2016.

Misha pernah berhadapan cabaran ketika hamil anak sulungnya itu. Menurut Misha, kehadiran Idris merupakan pelengkap kehidupannya.

“Kehadiran Idris menambah warna. Saya rasai pengalaman hamil, cabaran ketika mengandung, diuji ketika kelahirannya yang pramatang. Ia sungguh berharga,” ujar Misha lagi.

Terdahulu, sekitar Oktober tahun lalu, Misha mendedahkan telah menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan untuk menimang cahaya mata kedua. Mengharapkan orang ramai mendoakan baik-baik agar hasratnya untuk hamil sekali lagi diperkenankan Allah SWT.Malah, Misha juga mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja kerana berhasrat memiliki anak perempuan.

IKLAN
Share