Samsung Galaxy Buds Pro Pelengkap Peranti Samsung Anda!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan PKP2.0 dilaksanakan, nampaknya penulis hanya dapat menjalankan tugas pejabat di rumah. Minggu pertama segalanya berjalan lancar. Excited bekerja dari rumah apatah lagi ditemani Galaxy Buds Pro yang menjadi gajet terbaharu penulis tatkala melakukan tugas-tugas suntingan video untuk penghasilan bahan digital NONA!
Tawaran dari pihak Samsung Malaysia untuk mencuba sendiri Galaxy Buds Pro tidak dilepaskan begitu sahaja kerana melalui pembacaan di laman sesawang, Galaxy Buds Pro ini bukan hanya menawarkan pengalaman mendengar muzik secara unggul semata-mata malah produk kecil ini dirancang untuk memberikan pengalaman berkomunikasi yang lebih unggul.


Bahkan, sudah menjadi kebiasaan ketika ini di mana orang ramai lebih selesa menggunakan true wireless stereo (TWS) berbanding earphone konvensional yang dilengkapi wayar. Penulis juga tidak terkecuali dari menikmati kemudahan komunikasi tanpa menggunakan earphone konvensional yang sering ‘hilang’ digunakan oleh anak-anak untuk PdPR.
Peranti kecil Galaxy Buds Pro bukanlah peranti calang-calang kerana ia dilengkapi pelbagai ciri pintar. Ia boleh mengesan suara pengguna dan mengubah fungsi ANC kepada Ambient Sound dan memperlahankan lagu yang dimainkan, kerana mengetahui pengguna perlu bercakap dan mendengar perbualan dengan orang lain. Hebat bukan!
Selain terdapat dua speaker berukuran 6,5mm dan 11mm, terdapat juga 3 microphone dengan 2 outer mics dan satu inner mic yang mampu menjernihkan suara ketika berbual apatah lagi apabila terpaksa menghadiri mesyuarat secara maya hampir setiap hari!
Teknologi pintar ini menggunakan keupayaan 3 mikrofon terbina di dalamnya, bersama Unit Penangkap Suara dan penapis angin. Sekaligus ia mengurangkan bunyi bising dan menangkap suara pengguna dengan lebih jelas.


Sistem bunyi berkualiti tinggi yang dilengkapkan pada peranti Galaxy Buds Pro dihasilkan dari dua pemacu bunyi, woofer 11-mm dan tweeter 6.5mm. Ini membolehkan peranti kecil ini menghasilkan bunyi yang lebih dinamik , meluas malah lebih jelas.
Pengalaman menggunakan Galaxy Buds Pro menjadi lebih menarik dengan keupayaan penyaring hingar aktif (ANC) padanya. Menurut Samsung, ANC di Galaxy Buds Pro boleh menapis sehingga 99% bunyi bising. Pengguna juga boleh mengaktifkan Ambient Sound apabila perlu, untuk mendengar bunyi luar tanpa mencabut buds dari telinga.
Walaupun Galaxy Buds Pro boleh digunakan pada pelbagai jenis telefon pintar, namun bagi pemilik telefon pintar Samsung akan mendapat manfaat yang lebih terutamanya dari aspek feature. Beberapa kemudahan seperti auto switch, smartthing finds, maupun Bixby hanya boleh diakses menggunakan telefon pintar Samsung.


Penggunaan Galaxy Buds Pro boleh menjadi lebih menarik bersama produk Samsung yang lain. Ia boleh bersambung dengan dua perani serentak, dan berubah dari Galaxy Tab S7 kepada Galaxy S21, jika ada panggilan masuk. Ia juga boleh merakam suara serentak dari buds dan telefon seperti Galaxy S21, untuk menangkap bunyi sekeliling sambil memasukkan suara sendiri ke dalam rakaman video dari jarak jauh.
Apabila mempunyai peranti yang kecil, sudah tentu kebarangkalian terlupa di mana ia diletakkan akan menjadi masalah utama. Usah risau, buds ini juga boleh dikesan dengan mudah jika tercicir atau tersorok dari pandangan. Menarik bukan. Ia menggunakan SmartThings Find, telefon pintar berupaya mengesan jarak buds secara Bluetooth dan memberi panduan untuk mencari dengan tepat. Jadi, tak ada masalah anda terlupa dimanakah lokasi terakhir anda meletakkan Buds.
Selain itu, bateri pada Galaxy Buds Pro dan bekas pengecasnya, boleh memberikan masa penggunaan sepanjang hari. Tanpa ANC aktif, buds boleh hidup sehingga 8 jam dan tambahan 20 jam dari bekas pengecas. Dengan ANC dihidupkan, hayatnya menjadi 5 jam di buds dan tambahan 13 jam dengan bekas pengecas.
Bekas pengecas ini menerima tenaga mengecas melalui sambungan USB-C dan secara tanpa wayar. Pengecasan berwayar memberikan tenaga pantas, mampu memainkan lagu sehingga sejam dengan mengecas selama 5 minit sahaja.


Galaxy Buds Pro akan mula dijual di Malaysia pada 5 Februari 2021 pada harga RM799, tetapi tempahan awal telah dibuka sekarang sehingga 28 Januari 2021. Pembeli dalam tempoh ini akan menerima pad pengecas wayarles bernilai RM239 secara percuma.
Terdapat tiga warna dihasilkan untuk Galaxy Buds Pro iaitu Phantom Silver, Phantom Black dan warna tema S21, Phantom Violet. Maklumat lanjut mengenai buds terbaru Samsung ini boleh didapati di laman  sesawang Samsung Malaysia.

IKLAN
Share