Sarat Hamil 8 Bulan, AMIRAH SYAMIMI Tetap Ligat Berniaga Demi DEMICA

Benarlah kata pepatah, setiap anak membawa rezeki untuk kedua ibu bapanya. Itulah yang sedang dinikmati oleh  Nik Amirah Syahmimi Nik Mahmood, melalui perniagaan yang diusahakannya Demica Beauty.

Amirah Syamimi kini sedang sarat hamil 8 bulan tetapi masih aktif menguruskan bisnes bersama suami tersayang, Syah Suzuran. Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, ibu kepada tiga cahayamata ini meluah rasa mengenai kehidupannya kini walaupun sedang sarat hamil 8 bulan.

“Orang tak nampak betapa strugglenya kita, disaat pregnant 8 bulan masih lagi buat live, disaat pregnant kena shoot dari pagi lagi. Eh banyak lagi tapi kita diam je apa kita lalui, apa yang kita struggle,” ujarnya di hantaran Instagram miliknya.

“Setiap perniagaan pastinya pernah berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mimi juga tidak lari dari berhadapan situasi yang menguji kewibawaannya menerajui jenama,” ujar Mimi yang aktif di laman sosial.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak pernah diabaikan oleh wanita cantik ini. Tidak menafikan bidang perniagaan memerlukan pengorbanan masa, namun ia bukanlah alasan untuk dirinya mengabaikan permata hatinya.

“Tidak dinafikan dunia bisnes memerlukan pengorbanan masa bersama keluarga. Namun begitu, saya pastikan saya akan meluangkan masa bersama anak-anak sebaik mungkin. Setiap hujung minggu, saya akan luangkan masa bersama keluarga berkumpul di rumah keluarga. Sebagai me time

untuk diri sendiri pula, saya akan cuba cari masa memanjakan diri di spa untuk merehatkan tubuh dan minda,” ujar Mimi yang ramah dan mudah mesra ini.


Menjadikan perniagaan sebagai asbab untuk berkongsi dengan masyarakat, melalui syarikatnya, Demica memperuntukkan kewangan untuk turun padang menghulurkan sumbangan dan bantuan untuk individu yang memerlukan.

“Alhamdulilah,setiap bulan kami akan turun padang untuk memberi sumbangan pada setiap kampung. Antara bantuan yang dihulurkan termasuklah bantuan keperluan asas dan sebagainya.

Malah kami turut menyediakan kotak bantuan khas berdekatan dengan pejabat Demica yang menyediakan stok makanan ringan yang diwakafkan untuk penduduk setempat. Ia merupakan sumbangan kecil kami untuk membantu golongan yang memerlukan,” ujar Mimi lagi.


Momen yang tidak dapat saya lupakan apabila individu lain mendapat manfaat dari sumbangan yang diberikan sekaligus mengukir senyuman tanda kesyukuran. Benarlah kata pepatah, tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima. Ia sekaligus membuatkan saya bersemangat untuk lebih berjaya dan rezeki ini dapat dikongsi bersama,” ujar Mimi seraya mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

 

IKLAN
Share