Sarung Baju Kahwin RizmanRuzaini & RicoRinaldi Rupanya ‘Hint’ MIRA FILZAH Bergelar ‘Si Darah Manis’

Berita pertunangan di antara Mira Filzah dan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid bertebaran dan sudah disahkan oleh pelakon cantik itu sendiri.

Tanpa memberi penjelasan lanjut Mira Filzah yang kini berusia 27 tahun cuma mengakui sudah menjadi tunangan kepada Wan Emir Astar ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix. Tahniah! Mira Filzah dan Wan Emir, semoga segala urusan menuju mahligai cinta berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Foto: Instagram @thericorinaldi

Mengimbau kembali populariti pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman ini, hadir tanpa diduga hanya berlakon dalam sebuah drama sudah melayakkannya mendukung watak heroin.

Foto: Instagram @rizmanruzaini

Dalam masa yang singkat Mira meraih Anugerah Meletop Era 2016 sebagai Artis Baru MeleTOP dan Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular ini juga akui tidak pernah terfikir bergelar seorang pelakon. “Bergelar sebagai seorang pelakon umpama sebuah mimpi. Tidak pernah terlintas untuk bergelar seorang pelakon apatah lagi tanpa menjalani sebarang uji bakat untuk berlakon.

Foto: Instagram @rizmanruzaini

Saya bermula sebagai seorang blogger sebaik sahaja selepas tamat persekolahan. Kemudian saya mula berjinak-jinak dengan dunia modelling dan sering menghiasi beberapa majalah popular di Karangkraf sebagai model Muslimah. Saya mula mendapat perhatian ramai apabila saya dipilih sebagai Face of J Hijabs rekaan Jovian Mandagie. Selepas itu saya mula menjadi instafamous.

Foto: Instagram @rizmanruzaini
Foto: Instagram @rizmanruzaini

Ketika di semester akhir saya mendapat tawaran sebagai pengacara di HyppTV. Tidak terlalu terikat dengan jadual belajar saya sempat menghabiskan empat musim mengacarakan rancangan tersebut. Saya mula serius dalam dunia lakonan selepas habis degree dengan mendapat tawaran berlakon drama Eksperimen Cinta sebagai pelakon pembantu bersama Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Selepas drama ini muncul di kaca televisyen tawaran demi tawaran datang menerpa.

Foto: Instagram @rizmanruzaini
Foto: Instagram @rizmanruzaini

Kemudian saya memegang watak sebagai Intan di dalam telefilem Abang Haji di TV3 menghidupkan watak sebagai wanita gedik. Namun, lebih ramai yang mengenali saya selepas muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner,” ungkap Mira merupakan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Jurusan Perniagaan Antarabangsa ini.

Foto: Instagram @thericorinaldi
Foto: Instagram @thericorinaldi

Bercerita tentang penjagaan kecantikan, “Sebagai seorang wanita saya juga sangat menitik-beratkan kecantikan dalaman dan luaran. Kalau mempunyai masa saya akan pergi membuat rawatan tubuh dan wajah. Tetapi, itu jarang sangat berlaku. Biasanya saya akan membuat urutan badan terutama jika terlalu penat atau terikat dengan jadual kerja yang panjang.

Foto: Instagram @thericorinaldi
Foto: Instagram @thericorinaldi

Saya melakukan rutin penjagaan wajah seperti biasa seperti membersih, menyegar dan melembap kulit. Saya mencuci muka menggunakan produk pembersih wajah sendiri iaitu Mora dan mengamalkan vitamin C. Sejak darjah empat lagi saya sudah amalkan makan vitamin C ini. Mungkin disebabkan itu kulit saya tidak mempunyai banyak masalah. Sekarang saya amalkan teh hijau dan minum banyak air kosong,” ujar Mira tentang rutin penjagaan wajahnya.

Foto: Instagram @rizmanruzaini
Foto: Instagram @thericorinaldi
IKLAN
Share