Permata Hati Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baharu saja menyambut ulangtahun ke41, 11 Januari yang lalu. Ramai peminat begitu teruja dan berkongsi kegembiraan dengan penyanyi kesayangan ramai ini. Seronok melihat DS Siti Nurhaliza saban hari dihujani dengan hadiah hari jadi dan pelbagai majlis diadakan untuk meraikan ulang tahun kelahirannya.

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

IKLAN

Lagi satu berita gembira yang mahu dikongsikan oleh DS Siti apabila tahun 2020 ini beliau merancang untuk memberi Aafiyah seorang adik. “Saya tengah usaha, hanya Allah SWT yang akan menentukannya. Anda semua doakanlah, supaya tahun ini saya boleh dapat seorang lagi anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on

Namun ini semua kena usaha dan atas keizinan Allah SWT, kan. Kerana saya bukan muda lagi tau, dah 41 tahun,” gurau DS Siti Nurhaliza. Semoga tahun ini ada berita gembira dari DS Siti Nurhaliza kepada seluruh peminatnya.

Ketika ditanya tentang perancangan tahun 2020, “Tahun ini tumpuan saya akan lebih kepada perniagaan. Saya mahu meluaskan empayar perniagaan dan saya nak wujudkan lebih ramai usahawan wanita untuk bersama-sama dengan saya menjana ekonomi.

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

Untuk diri saya sendiri pula, saya nak perbaiki setiap kelemahan saya, sebagai seorang hamba Allah dan juga menjadi ibu serta mendidik Aafiyah. Semoga kerjaya saya pula semakin lebih bagus lagi daripada sebelum ini, insyaallah,” jelas DS Siti Nurhaliza.

Baru-baru ini DS Siti Nurhaliza, Presiden dan Pengasas jenama kecantikan SIMPLYSITI, bersama-sama dengan Puan Sri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad gembira meluangkan masa bersama empat kanak-kanak daripada Institut Jantung Negara (IJN) yang menghidap sakit jantung.

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

Empat kanak-kanak tersebut telah dijemput untuk menikmati keseronokan berlibur di Resorts World Genting bersama ahli keluarga masing-masing. Sebenarnya empat kanak-kanak pesakit jantung ini antara lima orang pesakit jantung kanak-kanak di bawah kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019.

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

IKLAN

Lima kanak-kanak tersebut adalah Siah Wan Ying, Nurul Nsyamimi Binti Ahmad Paridon, Auni Insyirah Binti Muhammad Firdaus Hilmi, Nur Auni Mardhiyah Binti Ahmad dan Ramesh Rao. Kesemua mereka baru sahaja pulih daripada rawatan komplikasi jantung di Institut Jantung Negara.

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

Kempen SIMPLYSITI Di Hati ditubuhkan oleh DS Siti Nurhaliza dengan niat untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik. Sejak kempen itu dilancarkan pada tahun 2011, SIMPLYSITI telah berjaya mengumpul dana sehingga RM200,000 dan telah membiayai 14 pembedahan pesakit jantung kanak-kanak yang kurang berkemampuan.

IKLAN

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

Setelah berjaya dalam kempen tersebut, SIMPLYSITI telah melancarkan kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019 bagi membantu lima orang pesakit jantung kanak-kanak, dengan sokongan dari Yayasan IJN. “Kami bersyukur kerana empat pesakit telah pulih baru-baru ini untuk datang ke acara ini. Seorang lagi kanak-kanak masih dalam proses pemulihan dan kami berhasrat untuk membawanya pada masa akan datang.

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

Hari ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Resorts World Genting kerana menaja lokasi untuk acara ini. Ia amat bermakna buat kanak-kanak ini dan keluarga mereka kerana ada di antara mereka belum pernah ke sini. Berpeluang menjamu selera di Ed’s Diner dan bermain di SkyTropolis termasuk menonton Imaginatricks bagaikan mimpi jadi kenyataan buat mereka,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Saya Bukan Muda Lagi Tau,” Reaksi Spontan DS Siti Nurhaliza Yang Nak Tambah Anak Tahun Ini

Tabung dana SIMPLYSITI yang diwujudkan baru-baru ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Watsons Malaysia sebagai rakan kongsi rasmi, butik Creacion X SIMPLYSITI sebagai butik rasmi, Astro GoShop dan CJ Wow Shop selaku rakan niaga TV rasmi, Shopee selaku rakan niaga online rasmi dan Chatime selaku penaja bersama. Ia juga berjaya kerana penglibatan para pelanggan yang membeli dan menderma. Kesemua wang yang berjaya dikumpul akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI