“Saya LANGSUNG Tidak Malu Mengaku Peroleh Zuriat Melalui Kaedah IVF,” – SARAH SHAH NOR

Ramai wanita kini telah berusaha untuk mendapatkan atau menambah zuriat menggunakan IVF termasuklah Siti Sarah Shah Nor, CEO Modvier ini. Melahirkan anak keduanya Nadyne Zulfa tiga tahun yang lalu telah melengkapkan kehidupan pasangan suami isteri ini.

Perasaan malu segelintir wanita mendapatkan anak bukan secara normal masih menebal. Terdapat juga wanita malu jika orang tahu mendapatkan anak menggunakan kaedah IVF, tetapi tidak pula pada Sarah. “Saya langsung tidak rasa malu bila orang tahu saya menggunakan kaedah ini.

Anugerah anak melalui IVF juga merupakan rezeki pemberian Allah SWT. Walau apa pun kaedah yang kami suami isteri cuba, ia tetap anak kami berdua. Malah, Nadyne Zulfa yang kini telah berusia tiga tahun adalah anugerah yang sangat berharga buat kami. She’s grown into this amazing young girl. Perfection

di mata kami berdua,” jelas Sarah yang berusia 36 tahun ini.

Menyingkap kisah di sebalik melakukan teknik IVF untuk cahaya mata keduanya, terang Sarah, “Selepas anak sulung saya Rafiq Zulkarnain yang kini berusia 8 tahun dan semakin membesar, saya mula merancang untuk menambah anak. Selepas 5 tahun mencuba secara normal, namun tidak menunjukkan sebarang tanda. Saya mula rasa takut, kenapa masih tiada sebarang tanda untuk anak kedua ini.

Jadi, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa ketika saya berusaha dengan makan clomid and few cycles tapi masih belum mengandung. Jadi, saya disarankan untuk memilih cara yang berkesan dan terbaik, terus buat IVF,” tutur Sarah lembut.

“Pengalaman yang dilalui sepanjang melalui proses IVF menjadi kenangan abadi untuk dikenang. Setiap hari kena cucuk perut sendiri. Hari ketiga saya tidak sanggup untuk melakukan sendiri dan minta pertolongan suami. Sepanjang tempoh rawatan makan kena jaga dan tidak boleh bergerak aktif seperti selalu.

Biasanya saya tidak pernah punya masa untuk bersantai atau bersenang-lenang. Tapi, alhamdulillah selain berusaha mendapatkan zuriat, saya diberi kesempatan untuk berehat. Tak tahu nak buat apa, jadi saya isi masa dengan membaca yang dulu hanya dilakukan dalam masa yang terhad.

Kalau ditanya pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan sepanjang melakukan rawatan IVF ini, ada banyak sebenarnya. Tapi yang paling ketara adalah konon-konon saya tidak mahu dikenali ketika membuat rawatan. Jadi saya pilih pusat rawatan Sunfert IVF Centre, Bangsar South sebab tak nak jumpa orang yang dikenali.

Tapi masa saya dah bersiap-sedia untuk prosedur ambil telur tu. Tiba-tiba beberapa orang nurse yang bertugas tegur dan tanya saya ni owner Modvier ke? Kelakar sangat rasa pada ketika itu,” ujar Sarah yang berkahwin pada tahun 2008 ini sambil ketawa.

Menurut Sarah sebagai seorang wanita tidak ada yang nak dimalukan cara mendapatkan zuriat sama ada secara normal, IUI atau IVF. “Saya sudah melalui pengalaman mendapat zuriat secara normal dan kaedah IVF. For me, if

dah few years try, dan doktor kata there’s nothing wrong with you, try lah IVF.

Peluang untuk berjaya lebih tinggi dari IUI atau makan clomid. It might a bit pricey but I know ada banyak hospital kerajaan with a private wing yang ada khidmat itu juga. Jangan hanya berharap semata-mata tanpa usaha atau pertolongan daripada doktor dan ubat-ubatan. Makan kena jaga, stres kena eliminate begitu juga pergerakan,” ungkap Sarah mengakhiri perbualan.

 

 

IKLAN
Share