Sifat terlalu mahu sempurna adakalanya menjadi racun kepada fikiran manusia. Inilah yang diakui oleh Anita Abu Bakar dalam sesi IG Live Majalah Nona pada Sabtu.

Mungkin kisah kehidupan yang dilalui Anita nampak sempurna dari luarannya. Beliau begitu berjaya, golongan terpelajar dan memiliki segala apa yang diimpikan wanita.

IKLAN

Lahir dan membesar di luar negara, Anita menggenggam ijazah sulungnya dalam jurusan Computer Information Systems di Amerika Syarikat. Beliau pulang ke tanah air dan terjun ke dunia perbankan serta beberapa syarikat korporat lain selama 10 tahun.

Selain itu, beliau juga mempunyai kelulusan Masters dalam jurusan Perbankan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kecintaan terhadap perniagaan membuatkan wanita ini juga mengusahakan syarikat penerbitan sendiri iaitu Qaiser Darussalam Publication sejak tahun 2013.

“Saya Terlalu Perfectionist” Wanita Educated, Anita Abu Bakar Dedah Punca Kemurungan
Anita Abu Bakar

Namun di sebalik itu, siapa sangka beliau sebenarnya pernah didiagnosis penyakit kemurungan dan terpaksa bergantung pada ubat-ubatan. Penyakit ini bagaikan bayaran kepada ‘kesempurnaan’ yang dinikmatinya.

 

PERMULAAN

Kisah penyakit kemurungan yang dialami wanita jelita ini dikongsikan secara terbuka dengan semua followers Majalah Nona.

“Sejak kecil saya seorang yang extrovert. A critical thinker. And perfectionist. Saya suka bimbangkan tentang perkara yang kecil bagi orang tapi jadi besar untuk saya.

Saya juga seorang yang bercita-cita tinggi tapi alhamdulilah saya berjaya mencapainya. Saya berjaya di sekolah dan kerjaya saya.

Tapi terlalu banyak tanggungjawab yang dipikul waktu tu, saya bekerja keras membuat terlalu banyak perkara sampai tak sedar diri ini tak mampu menanggungnya.

“Saya Terlalu Perfectionist” Wanita Educated, Anita Abu Bakar Dedah Punca Kemurungan
Tekad membantu masyarakat yang turut mengalami kemurungan

 

Kemudian bila berlaku trauma-trauma dalam hidup saya, ‘dikombinasikan’ lagi dengan bebanan sebelum ni… daripada situ ia meletup!

Macam membawa beg yang penuh batu-batu, kemudian ditambah lagi batu-batu baru, lama-lama ia jadi sangat berat.

Selepas kahwin, saya bekerja, ada dua anak kecil dan dalam masa yang sama saya mengambil Masters di UIAM. Bayangkan setiap hari saya cuma dapat tidur 2-3 jam je, ditambah stres dan kesihatan pun tak terjaga. Mana ada manusia yang mampu tahan semua tu.

Saya mula dapat panic attack. Secara fizikal pun, tiba-tiba saya susah bernafas, dada rasa ketat… tapi ketika tu saya tak sedar lagi, sebab saya fikir saya masih muda. Energi masih kuat. Allahuakbar!

Sebenarnya saya yakin Allah tengah bantu saya. Dia bagi saya penyakit mental ni supaya saya slow down.

IKLAN

Masa sakit, saya betul-betul tawakal, kembali pada-Nya, serahkan seluruh hidup saya pada Allah. Saya ibarat jatuh terduduk, terlantar dan tak boleh berfungsi.

Keadaan saya masa tu begini. Saya langsung tiada perasaan gembira, hilang rasa seronok dan kosong. Kalau keluarga ajak keluar makan contohnya, itu pun saya tak mahu sebab yang penting cuma nak duduk sorang-sorang dalam bilik.

Nauzubillah orang normal tentu susah nak bayangkan ni!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

KEMUNCAK

IKLAN

Peristiwa ini mula berlaku lapan tahun lepas. Dua anak saya baru berusia 3 dan 5 tahun. Mereka belum memahami. Tapi kesannya lebih pada saya sebagai ibu.

Saya kerap rasa macam beban, bersalah dan gagal sebagai ibu sebab hanya dapat melihat je mereka… tapi tak mampu bersama mereka. Mujurlah ada ibu dan suami saya yang tolong anak-anak.

Kemurungan ni sampai ke tahap saya jadi rimas bila mereka bercakap dengan saya.” ANITA ABU BAKAR

 

BANGKIT

Kini bangkit selepas bertahun-tahun menjalani terapi serta mengambil ubat-ubatan, Anita mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) sebagai fardu kifayahnya membantu rakan pesakit lain.

Bergerak sebagai platform bantuan dari seorang pesakit untuk seorang pesakit, MIASA giat meneruskan misinya menyampaikan ilmu berkaitan penyakit mental kepada masyarakat. Banyak aktiviti yang dijalankan secara online dan tumpuan utama Persatuan ini adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya kemurungan.

“Ketika musim total lockdown ni, peningkatan kes penyakit mental menjadi-jadi kerana ramai tertekan tidak bekerja atau terkurung di rumah.

Tidak dinafikan kami sering menerima aduan berkaitan penyakit ini pada waktu pandemik. Ada yang keadaan pesakit sudah di tahap serius. Jadi saya harap masyarakat usah memandang ringan terhadap masalah penyakit mental, ambil tahu keadaan orang sekeliling dan bantu sedaya-upaya.”

Bagi anda yang buntu atau mengharapkan bantuan berkaitan penyakit mental, hubungi MIASA melalui laman web (klik sini) atau kunjungi platform media sosial mereka di Facebook (klik sini) dan Instagram (klik sini).

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI