Gaya Hidup

Sebagai WANITA BERHIJAB, Darl Ingin Buka ‘One Stop Centre’ Khusus Untuk Wanita Sahaja!

Penulis masih ingat saat pertama kali mengatur sesi fotografi bersama personaliti bernama Nordalilah binti Mohd Zin. Sifat rendah diri yang ada dalam dirinya jelas terpancar apabila sedia menerima kunjungan kami dengan hati terbuka di kediaman rumahnya yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. Susun atur rumah teres dua tingkat miliknya tampil ringkas dengan sentuhan konsep scandinavian yang menekankan ciri-ciri ringkas dan moden. Penggunaan rona-rona pastel menghiasi segenap ruang dekorasi sekaligus menjadikan rumah yang baharu diduduki selama setahun ini tampak cukup luas.

“ Saya dan suami pernah belajar di Australia dan kami dapati mereka gemar memilih konsep scandinavian ini ke dalam dekorasi rumah. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi kami untuk menghiasi rumah dengan konsep tersebut. Namun kami tetap menyuntik ciri-ciri Malaysian ke dalam deko rumah. Jika diikutkan, konsep Scandinavian tidak mempunyai draping langsir seperti di rumah kami. Sejujurnya saya dan suami kurang gemar dengan konsep inggeris dan tidak menggemari loose item di dalam rumah memandangkan kami mempunyai anak yang masih kecil,” bicara Dalilah, 28 tahun yang juga lebih mesra disapa Darl.

Darl kini cukup bahagia di samping suami dan anak tercinta. Usia perkahwinan yang masih hijau memerlukan anak sulung daripada tiga beradik ini memberi fokus sepenuhnya buat keluarga tersayang. Walaupun mempunyai karier hebat sebelum ini, Darl percaya, keputusannya untuk meletak jawatan dalam kerjaya yang diceburinya adalah yang terbaik.

“ Saya mempunyai Master in Accounting & Financial Management dari La Trobe University Melbourne, Australia dan pernah bekerja sebagai Statutory Accountant di IBM Malaysia. Saya meletak jawatan pada September lalu memandangkan usia anak saya yang masih kecil. Kerjaya saya memerlukan saya travel kesana kesini dan memakan masa dua hingga tiga minggu lamanya. Ketika itu, agak sukar untuk membuat keputusan kerana dalam pada masa yang sama I’m on the way persue my proffesioanl accounting sheet.

Keluarga saya terutamanya suami, amat memahami dan menyokong dengan tindakan saya untuk meletakkan jawatan. Buat masa sekarang, saya memang fokus untuk keluarga dan sedang mengusahakan bisnes sendiri. Saya sedang merangka perniagaan dimana saya ingin membuka one stop centre yang mempunyai kafe, saloon, gym dan sebagainya khusus untuk wanita sahaja.

Idea untuk membuka perniagaan ini datangnya daripada diri saya sendiri. I put myself in it. Saya ingin wujudkan tempat seperti lounge area for ladies. Target saya lebih kepada wanita Muslimah dan juga terbuka kepada mereka yang bergelar wanita. Saya ingin mereka berasa lebih selasa untuk melakukan aktiviti-aktiviti ataupun hobi yang mereka gemari. Contohnya buat wanita yang kurang yakin dengan bentuk fizikal mereka. Kadangkala mereka merasa segan termasuklah diri saya untuk ke gym kerana ia bersifat terbuka untuk kaum lelaki dan perempuan. Sememangnya ia tidak mempunyai privasi.

Untuk wanita berhijab seperti saya, mungkin tempat yang ingin saya usahakan tersebut adalah satu tempat yang boleh kami having fun bersama kawan-kawan dengan memakai fancy dress, set rambut dan sebagainya. Saya juga ingin wujudkan persekitaran yang lebih positif buat wanita-wanita. Tidak kiralah apa sekalipun rupa paras dan bentuk fizikal seorang wanita itu, bagi saya mereka selayaknya dihargai. Alhamdulillah, bisnes yang saya usahakan ini masih lagi dalam proses dan boleh dikatakan 70 peratus siap. Insyaallah tahun baharu 2019 perniagaan ini akan beroperasi,” jelas Darl.

IKLAN
Share