Sebak & Menangis Rakam Tafsir Al-Quran, NEELOFA Lancar Aplikasi Gaya Hidup Islamik TheNoor

Biasa kita dengar orang berkata, “Kita hanya mampu merancang namun sebaik-baik Perancang ialah Allah SWT,”. Noor Neelofa Mohd Noor sendiri akur dengan frasa ini apabila pernah merancang untuk belajar selok-belok agama apabila mencapai usia 40an. Namun, niat yang tersimpan dalam hati itu telah dipercepatkan dan dipermudahkan.

Foto: Koleksi Peribadi Neelofa
Foto: Koleksi Peribadi Neelofa

Sebagaimana yang kita tahu ibadah tidak tertakluk kepada solat, puasa dan membaca Al-quran semata-mata namun ia datang dalam pelbagai bentuk ibadah lain. Tidak mahu ketinggalan mengejar saham akhirat, Neelofa memantapkan ibadahnya dengan melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana iaitu TheNoor menerusi syarikatnya, Noor Luminous Sdn. Bhd.

Foto: Koleksi Peribadi Neelofa
Foto: Koleksi Peribadi Neelofa

Wanita yang berusia 31 tahun ini sentiasa berfikiran jauh dan bijak mengatur perjalanan bisnesnya. Selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Luminous Sdn. Bhd. Neelofa telah menyediakan sebuah platform sebagai ‘pembantu maya’ umat Islam seluruh dunia yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid-masjid berdekatan.

Foto: Koleksi Peribadi Neelofa
Foto: Koleksi Peribadi Neelofa

Istimewanya aplikasi TheNoor ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia. Menariknya, Neelofa sendiri telah merakamkan suaranya sendiri untuk bacaan tafsir 30 juzuk surah ke dalam bahasa Melayu.

Foto: Koleksi Peribadi Neelofa
Foto: Koleksi Peribadi Neelofa

“Pengalaman merakamkan suara untuk bacaan tafsir ini meninggalkan momen yang luar biasa bagi diri saya. Bayangkan saya membaca dan melontarkan suara bacaan ayat-suci ayat Al-Quran yang penuh makna dalam studio seorang diri.

Foto: Koleksi Peribadi Neelofa
Foto: Koleksi Peribadi Neelofa

Ada suatu ketika saya tersentuh ayat-ayat suci tersebut dan mengundang rasa sebak sehingga menitiskan air mata. Mungkin, nanti jika ada yang menggunakan aplikasi ini boleh mendengar getar suara saya membacakan ayat-ayat tersebut,” tutur Neelofa yang melancarkan aplikasi ini secara virtual bersama media semalam.

Foto: Koleksi Peribadi Neelofa
Foto: Koleksi Peribadi Neelofa

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd., Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan servis yang menepati Syariah. Selain Neelofa dan Tajuddin, Noor Luminous Sdn. Bhd. turut diterajui oleh Ketua Pegawai Teknologi, Mohd. Izzairi Yamin.

*Jualan 02.02 dah nak sampai, dah ada yang masuk Wishlist ke.

IKLAN
Share