Sejarah bakal tercipta dalam industri seni tanah air apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) akan berkolaborasi dengan legenda rock negara Ella pada Sabtu, 2 dan 3 Disember 2017 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre.
Konsert ini bakal menyaksikan keunggulan MPO yang melangkau pelbagai genre muzik; dari muzik klasikal barat ke runut bunyi filem, pop, jazz dan kontemporari. Ditubuhkan pada tahun 1998, MPO terus menyajikan persembahan bertaraf antarabangsa untuk pelbagai lapisan penonton di DFP. MPO juga telah melebarkan sayap ke negara-negara luar seperti Singapura, Taiwan, Korea, China, Jepun, Vietnam dan Australia.
Ella merupakan seorang figura tersohor yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri muzik tanahair. Konsert ini bakal menjadi antara yang terpenting dalam lipatan sejarah kerjaya seni beliau, sekaligus menyertai senarai artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Ramli Ibrahim dan Zainal Abidin.
Ella memulakan langkah dalam industri muzik sebagai penyanyi untuk kugiran rock Ella & The Boys sebelum bergerak secara solo pada tahun 1989. Muzik dan persembahan beliau melangkau usia; beliau kekal sebagai penyanyi rock wanita yang bertahan paling lama di Malaysia. Salah sebuah kejayaan beliau ialah apabila terpilih menyanyikan lagu rasmi Sukan Commonwealth ke-16 di Kuala Lumpur bertajuk Standing in the Eyes of the World pada tahun 1998.
Pada tahun 2001, Malaysia Book of Records menyenaraikan beliau sebagai artis pertama yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat dan artis pertama yang mencapai jualan album terbanyak, sebuah rekod pencapaian yang masih dipegang hingga ke hari ini.
Ads
2017 merupakan tahun istimewa untuk beliau apabila menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ‘Most Recognised Brand in Leading Performance Artiste of the Year’ di ASEAN Outstanding Business Award, dan Anugerah Khas Planet Muzik.
Sepanjang penglibatan seni beliau, Ella telah melahirkan 12 album studio, 2 album video dan banyak album kompilasi, runut bunyi, remix dan ‘live’, dan telah membuat persembahan di Jepun, Indonesia, Singapura, Brunei, China, Hong Kong, Russia dan Amerika Syarikat.
Ini merupakan kali kedua Ella beraksi di pentas DFP selepas menjadi artis undangan dalam konsert MPO Rocks untuk DFP Seni Festival pada tahun 2013. Namun, ini merupakan konsert penuh beliau bersama MPO yang akan membawa penonton menyusuri perjalanan seni beliau, bertepatan dengan tema konsert A Rock Queen’s Journey.
Ads
Dengarkan interpretasi simfoni MPO untuk lagu-lagu malar segar seperti Pengemis Cinta, Pedih, Nuri, Rindu, Layar Impian, Bayangan, Kesal, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Gemilang, Demi dan hit terbaru beliau, Ku Sedia. Semua lagu digubah khas untuk konsert ini dan diberi nafas baru oleh penggubah-penggubah seperti Ahmad Muriz Che Rose, Jenny Chin, Luqman Aziz dan Leonard Yap.
MPO yang dianggotai 90 pemuzik akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose yang memegang ijazah muzik dari Universiti Teknologi Mara, The Boston Conservatory dan Berklee College of Music. Beliau pernah membuat persembahan di pesta muzik kebudayaan di Indonesia, Singapura, Perancis and Amerika Syarikat. Di pentas DFP, beliau pernah memimpin konsert-konsert seperti Keroncong Merdeka pada tahun 2012 dan Aubrey Suwito & Friends with the MPO pada Mei lalu. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali tiba 10 Oktober, tarikh itu pasti meninggalkan makna mendalam buat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Ia bukan sekadar hari memperingati detik bersejarah beliau sebagai angkasawan pertama Malaysia yang berlepas ke angkasa lepas pada tahun 2007, tetapi juga tarikh keramat penyatuan cintanya bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Sebagai pakar ortopedik dan ikon inspirasi negara, beliau tidak pernah lupa mengungkapkan penghargaan buat isteri tercinta atas pengorbanan dan sokongan sepanjang perkahwinan mereka.
Dalam perkongsian di media sosial, beliau memuat naik gambar mesra bersama Datin Dr Halina dengan kapsyen penuh makna, “Happy Anniversary, 10.10.07 and 10.10.10. These are the dates which I shall not forget. Our 15th Wedding Anniversary, my 18th Space Anniversary. Time flies with 7 beautiful children. Feeling blessed. Alhamdulillah syukur sangat.”
Ucapan Romantis & Nilai Keluarga
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut meluahkan rasa syukur dan kasih kepada isterinya dengan menulis, “To Dr Halina my beloved wife. More happiness to come and may it last forever till the end of time till Jannah. Happy 15th anniversary my love.”
Ucapan ini mencerminkan hubungan bahagia yang dibina atas dasar cinta, kesetiaan dan keimanan.
Keluarga Besar Penuh Kasih
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, pasangan kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sepasang kembar lagi Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia serta zuriat bongsu mereka, Sheikh Muhammad.
Kehidupan keluarga besar ini sering menjadi inspirasi kepada ramai kerana keakraban dan nilai didikan yang diterapkan oleh mereka berdua.
Semoga rumah tangga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina sentiasa dilimpahi rahmat serta kebahagiaan.
Keupayaan beliau mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan disiplin menjadi contoh terbaik buat ibu bapa di luar sana. Dari angkasa lepas hingga ke kehidupan berkeluarga, kisah pasangan ini membuktikan bahawa kejayaan dan kasih sayang boleh berjalan seiring.
Kisah inspirasi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor bukan sekadar tentang misi angkasa, tetapi juga misi kehidupan yang penuh makna — menjadi suami, ayah, dan insan yang sentiasa mensyukuri nikmat ilahi.
Video inspirasi wanita masa kini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkejut sungguh wanita cantik ni bila Editor Nona, Kiffy Razak tiba-tiba cakap nak bagi hadiah. Ingatkan nak bagi beg tangan LV, tapi rupa-rupanya…
Tak sanggup Joy nak basuh pinggan sampai Singapura, berderai gelak kami masa ni! Dalam pada tu, sempat jugalah dia bercerita beberapa kisah peribadinya yang dijeruk sekian lama.
Sepanjang pertemuan, barulah kami tahu dan kenal siapa diri sebenar wanita bernama Siti Arifah Mohd Amin itu. Honestly, orangnya memang sweet dan tabah dalam satu masa. Banyak sungguh pengakuannya yang menyentuh hati. Orang perempuan je faham!
Betapa di hati kecil kami, seronok melihat dia tertawa apabila diusik begitu. Sekurangnya dapatlah juga mengubat taufan yang membadai rumah tangga yang dibina.
Joy Revfa bukanlah selebriti tapi namanya viral selepas kontroversi perkahwinan keduanya dengan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun.
Kemelut rumah tangga mereka kini masih dalam perbicaraan Mahkamah Syariah bagi menentukan perceraian Joy dengan bekas suami pertamanya sah atau tidak.
Dalam perkembangan terkini, Joy melahirkan rasa terkilan kerana wujud ramai ‘hakim’ yang mendahului hakim yang sebenar.
Kes pasangan ini akan dibicarakan semula pada 28 September nanti. Harapan Nona semoga kedua-duanya bertemu penyelesaian terbaik dan berdamai secara profesional.
Dibawakan secara up close and personal, jom ketahui cerita Joy Revfa yang selanjutnya dalam Nona Oktober 2017. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syabas dan tahniah Datin Adzliana! Selepas kejayaan program realiti Pencarian Nona Superwoman di Astro Prima, Datin Adzliana nampaknya makin sibuk memperkasa para usahawan menerusi pelbagai platform. Terbaharu, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd ini melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya melancarkan sebuah laman beli-belah e-dagang Usanita Mall dan U-Niaga.
Ditemui ketika majlis pelancaran Usanita Mall dan U-Niaga di World Trade Centre baru-baru ini, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan berkata fokus mereka kali ini bukan hanya melibatkan peniaga perusahaan kecil sederhana (PKS), B40 dan M40. Malah turut mengambil kira penglibatan usahawan Orang Kurang Upaya (OKU).
Lebih menarik, Usanita melalui kempen penjenamaan dan pendigitalan yang diadakan pada awal tahun turut mendapat kerjasama daripada selebriti yang juga usahawan berjaya, Datuk Rosyam Nor. Seterusnya meluaskan jajahan digital dengan melancarkan Usanita Mall.
Usanita Mall menjadi salah satu cabang bantuan untuk mengembangkan perniagaan para usahawan terlibat secara digital. Di samping dibuka secara percuma kepada semua peniaga yang ingin membuka akaun di Usanita Mall.
“Kehadiran Usanita Mall bukan tujuan untuk bersaing dengan market place sedia ada namun ia lebih kepada membuka ruang kepada usahawan berdagang dan promosi produk kepada umum.
Lebih banyak ruang untuk berniaga, bermakna lebih besar peluang untuk mereka mendapatkan jualan serta menjana pendapatan yang akhirnya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi negara,” ujar Datin Adzliana.
Majlis pelancaran dirasmikan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.
Sementara itu, Usanita turut menganjur program Bootcamp Perintis Usanita yang mendapat penyertaan 50 usahawan terpilih selepas melakukan saringan lebih tiga bulan lalu.
Menerusi program ini, Datuk Rosyam Nor dilantik selaku duta Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan.
“Lebih 1000 penyertaan diterima sejak Mac lalu yang menyaksikan kepelbagaian industri dan produk usahawan cuba mempertaruh nasib dalam program yang julung kali dianjurkan ini.
Saya akui agak sukar untuk memilih mereka yang layak dan terbaik bagi program mega Usanita ini kerana banyak perlu kami ambil kira terutama kesesuaian produk untuk digandingkan dengan jenama Datuk Rosyam.”
Moga Datin Adzliana terus sukses mengemudi Usanita sebagai pemudahcara dalam bidang keusahawanan yang menghubungkan peniaga dengan pihak kementerian berkaitan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.