Suasana raya tahun ini pastinya berbeza di kebanyakan negara terutamanya negara jiran seperti Indonesia ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini. Memandangkan virus ini masih belum reda ditambah pula dengan puluhan ribu kes di Indonesia memaksa rakyatnya untuk menghadkan aktiviti ziarah Aidilfitri. Turut terkesan dengan keadaan ini ialah selebriti popular Indonesia, Datuk Seri Rossa.
Tanpa berselindung situasi yang dialaminya bersama anak tersayang, Datuk Seri Rossa terbuka berkongsi foto 1 Syawal buat tatapan peminat. Melalui perkongsian gambar
tersebut, jelas kelihatan kedua-duanya dalam keadaan mata sembab seperti baru menangis namun masih menguntum senyuman. Tanpa kelibat ibu bapa Datuk Seri Rossa mahupun ahli keluarga yang lain, pastinya ia menjadi lebaran paling sayu buat dua beranak ini.
Lengkap berselendang dan berbaju tradisi, ibu berusia 41 tahun berkenaan tenang di sisi satu-satunya anakanda tersayang, Rizky Langit Ramadhan. Kongsinya, “Selamat lebaran
dari kita berdua. Rizky tetap mau pakai baju lebaran tahun lalu kerana rindukan Sumedang. Mata sembab kerana tak bisa pulang dan peluk datuk dan nenek. Sabar nak, inshaAllah kita bisa cepat kumpul. Aamiin.”
Terdahulu, Datuk Seri Rossa turut menzahirkan ucapan hari raya buat semua peminatnya. “Kita berdua mengucapkan Selamat Idul Fitri untuk semuanya. Yang tidak mudik (balik berhari raya) bererti berkorban demi kesihatan dan keselamatan keluarga. Tak mengapalah kita tahan rasa rindu dan sedih. InshaAllah diberikan waktu yang lebih baik untuk saling berpelukan.
Semoga sihat semua ya teman-teman. Mohon maaf lahir dan bathin. Sungguh, aku rindu mama papa, keluarga dan Sumedangku tercinta.”
Ads
Biarpun lebaran tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya namun sebagai ibu, Datuk Seri Rossa tetap menyediakan persiapan dan juadah raya buat Rizky. Ruang kediaman tampak
tersusun cantik dan diserikan dengan bunga-bungaan segar yang menghiasi ruang rumah mewah miliknya. Begitu juga hiasan meja makan yang penuh dengan hidangan ketupat rendang serta kuih-muih raya.
Ads
Dalam keadaan terhad seperti ini, tidak kira siapa pun… kita semua perlu menyesuaikan diri dengan situasi pandemik Covid-19. Berkorbanlah seketika untuk tidak bertandang
ke rumah sanak saudara demi memutuskan rantaian virus maut tersebut.
Selain tertarik dengan gambar raya Datuk Seri Rossa, tumpuan pastinya lebih tertumpu kepada anak lelaki beliau yang semakin meningkat dewasa. Rizky Langit Ramadhan
yang lahir pada 3 Oktober 2006 kini meniti usia 14 tahun dan merupakan anak kepada Datuk Seri Rossa hasil perkongsian hidup bersama drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo. Mereka bagaimanapun bercerai pada tahun 2009.
Ads
Walau baru belasan tahun tapi terserlah wajah tampan Rizky.
Kredit: Instagram Rossa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aduh, tengiknya bau dia! Rasa kasihan pula bila orang sekelilingnya mula buat reaksi muka saat si dia menghampiri. Sebelum anda pun terkena tempias sama daripada rakan-rakan, lebih baik ambil langkah awal dengan mempraktikkan petua tradisional ini.
Pilih sama ada buah limau purut, limau nipis atau limau kasturi. Belah dua dan sapukan ia ke seluruh badan terutama di bahagian ketiak sebelum mandi. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air mandian.
Gunakan hampas kelapa untuk dilumur ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit terlebih dahulu sebelum dibilas dengan air bersih.
Ambil 2 – 3 batang serai dan buah limau kasturi. Rebus hingga mendidih dan campurkan bersama air mandian. Amalkan setiap pagi dan petang selama sekurang-kurangnya seminggu dengan mandian campuran serai dan limau kasturi ini.
Secara dalaman pula, amalkan minum air rebusan daun sirih yang telah dicampurkan bersama sedikit garam. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya seminggu.
Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk lumat. Rebus kantan tadi hingga mendidih dan dibiarkan sejuk. Angkat dan jadikan air rebusan tersebut sebagai mandian. Bilas dengan air biasa selepas itu.
Satukan secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan untuk direbus. Campurkan air rebusan bahan-bahan ini dengan sebaldi air mandian. Praktikkan selama 3 kali seminggu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekian lama tidak mengemaskini media sosial, akhirnya Datin Paduka Eina Azman membuka mulut mengenai tahap kesihatan diri kepada peminat setia. Dalam entri terbaharu Datin Paduka Eina di Instagram, selebriti cantik ini memuat naik gambar dirinya memakai persalinan hospital dengan branula di tangan dan kelihatan wajah Datin Paduka Eina yang letih.
Enggan terus membuatkan peminat berteka-teki dengan situasi yang dialami, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser tersebut berkongsi sisi peribadi. “Salam semua. Alhamdulillah after 6 hours plus saya dah bangun. Ramai yang whatsapp and DM tanya saya kenapa tak ada update apa-apa sangat di IG.
Dan masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa. Lately ni saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak 4 kali di leher dari tahun 2016 sehingga hari ini. Dan sakit saya masih tak hilang.
Hari ni saya berjaya buat surgery selepas 2 tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit. This is my second option dari Prince Court ke Gleneagles. Hopefully selepas surgery ni sakit saya akan hilang selamanya. Doakan saya.”
Sebelum ini nama Datin Paduka Eina pernah jadi bualan hangat warganet apabila didakwa memotong giliran pemberian vaksin pada 25 Mei lepas di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak.
Bagaimanapun pihak hospital terbabit tampil menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menjelaskan pemberian vaksin yang diberi kepada Datin Paduka Eina dan suami berdasarkan rujukan daripada doktor pakar disebabkan masalah kesihatan dan komorbid.
Datin Paduka Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman kini berusia 26 tahun dan bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Moga Datin Paduka Eina segera sembuh dan kembali aktif mewarnai bidang seni serta dapat segera berkongsi video masakan beliau.
.
Kredit: Instagram Eina Azman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita biasa mendengar tentang penyakit gout iaitu sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami bengkak terutama melibatkan anggota kaki hingga sukar berjalan. Namun apabila memperkatakan tentang Tophy, pasti ramai yang seakan terpinga-pinga.
Menurut Dr Abdul Rahim, Thopy adalah penyakit gout. Seperti yang sedia maklum, gout adalah penyakit arthritis disebabkan oleh hyperuricemia iaitu plasma urate/urik asid dalam darah melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL). Asid urik ini terhasil daripada pemecahan makanan yang tinggi purin atau protein. Ia berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi serta menyebabkan rasa sakit.
Apabila gout menyerang di sendi-sendi lutut, pergelangan kaki dan lengan, siku, jari tangan dan kaki serta tapak tangan, ia akan bengkak. Pada ketika ia membengkak inilah dipanggil Thopy yang berisi garam atau kristal urik asid yang mengakibatkan anggota badan terlibat berwarna merah, panas selain amat sakit sampai tidak boleh bergerak atau jalan. Tidak dinafikan juga hingga ada yang demam!
Semuanya kerana pemendapan asid urik yang membentuk hablur / kristal garam seperti jarum yang tajam dan membuatkan sendi bengkak & sakit.
RAWATAN
Pesakit boleh mengambil ubat Antigout seperti Alluperinol, Zylorik dan Calchocine atau sebagainya.
Dr Abdul Rahim juga akan melakukan satu prosedur menyedut bahagian bengkak di sendi lutut yang membentuk hablur / kristal gout.
Dibedah untuk mengeluarkan asid urik. Ia akan mengeluarkan bahan seperti kapur putih. Itu adalah kristal urik asid yang cair sebelum membentuk cecair sama yang lebih keras.
Sumber: Facebook Dr. Abdul Rahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.