Bulan Mac berlalu pergi dengan sejuta kenangan manis. Antaranya sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan oleh Nona & Xixili bersama ahli Persatuan Wanita Kastam Malaysia (PEWAKAS) di Putrajaya, minggu lalu.
Majlis yang diatur oleh Nona dengan kerjasama Breast Cancer Foundation Malaysia, pereka fesyen Razman Razmi, jenama pakaian dalam Xixili, Klara Cosmetics dan celebrity hijab stylist, Hana Halim itu berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya dengan kehadiran 100 peserta.
Turut hadir adalah Yang Dipertua PEWAKAS, Datin Sri Usha Rani A/P Muniandy; Timbalannya, Datin Semah Redzuan dan Datin Che Wan Nor Foziah Mohd Yunus; serta Biro Keahlian, Datin Anita Hassan. Selain itu, kehadiran Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) iaitu Dato’ Azimah Abd Hamid turut menambah keserian majlis ini.
Antara highlight menarik adalah acara Fun & Fit With Nona, Fabulous Talk Bersama Kiffy Razak dan Razman Razmi tentang fesyen, ceramah kesedaran kanser payudara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Breast Cancer Foundation, Puan Azuwa Abdullah serta sharing dengan bekas penghidap kanser.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan bicara tentang kepentingan coli oleh wakil Xixili bertajuk ‘My Asset, My Pride’. Memang banyak info menarik disampaikan, malah banyak ilmu baru dapat dikongsi dengan ramai wanita khususnya kesan dan akibat pemakaian coli yang salah.
Selepas berehat untuk makan tengah hari, majlis diteruskan dengan acara step by step tutorial mekap oleh jurusolek artis Klara Cosmetics iaitu Rezu Said dan tutorial hijab oleh celebrity hijab stylist, Hana Halim.
Sambil mengikuti aktiviti yang diatur, peserta juga boleh membeli-belah pakaian dalam Xixili dengan diskaun menarik serta cenderamata oleh Breast Cancer Foundation Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, tumpang gembira untuk rakyat negeri Kelantan apabila Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan mengumumkan perkhabaran mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan mengembalikan Emolumen Diraja kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan. Baginda mengambil langkah sama seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan mengembalikan Emolumen Diraja selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020 sehingga bulan September 2020.
Baginda berharap Emolumen Diraja yang dikembalikan ini akan dapat diuruskan sewajarnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapat membantu meringankan beban rakyat Kelantan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan.
Dalam pada itu, Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia adalah penting untuk melandaikan puncak jangkitan (flattening the curve) dengan melindungi golongan yang mudah terdedah dan mengelakkan lebih ramai keluarga kehilangan orang yang disayangi.
KDYMM Sultan Muhammad V turut bertitah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan ini mungkin sukar bagi ramai orang, tetapi ia adalah langkah yang perlu diambil. Baginda berharap supaya rakyat dapat terus bersabar dan memandang Perintah Kawalan Pergerakan dari sudut positif di mana mereka boleh meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga, bermuhasabah dan beribadat. Baginda berpesan supaya rakyat sentiasa bertimbang rasa dan saling membantu di antara satu sama lain.
Baginda sekali lagi merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan dan semua yang terlibat dalam sektor perkhidmatan kritikal yang tidak mengenal penat lelah dan berkorban untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Akhir sekali, Baginda mengajak semua rakyat untuk turut sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan Covid-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapan yang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam melaksanakan tugas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada majlis itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah memimpin bacaan doa, disusuli laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.
Sebelum berangkat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersalaman bersama kakitangan Istana Negara. Yang di-Pertuan Agong juga sempat berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga negara.
Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci dari 21 Jun hingga 2 Julai.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.
Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Fatin Afeefa dikhabarkan telah selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aliff Awang pada malam Jumaat. Aliff dipercayai seorang usahawan dan trader. Majlis pernikahan mereka dipercayai berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya. Menurut sumber Harian Metro pasangan terbabit selamat bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam dengan sekali lafaz. Berita gembira itu turut dikongsikan jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang bertindak mencantikkan pengantin perempuan.
Perkara itu didedah dan dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang dipertanggungjawabkan untuk menyolek serta mendandan bagi menaikkan seri pengantin perempuan majlis berkenaan. Yang pasti, Fatin kelihatan sangat anggun menyarung persalinan berwarna putih di samping bertudung litup.
“Fatin Afeefa, congrats dear!” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin. Dalam hantaran berbeza, Alha turut memuat naik foto Fatin yang kelihatan jelita selepas mendapat sentuhan jurusolek terkenal itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran jurusolek hebat tersebut, rata-rata memuji solekan Alha Alfa yang nyata menaikkan seri pengantin baru Fatin malah ramai juga yang mula mengucapkan tahniah kepada Fatin.
Untuk rekod Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian,10. Sehingga kini Fatin tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai hari bahagianya itu.
Apa-apapun NONA ucapkan tahniah kepada Fatin dan pasangan. Semoga kekal hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.