Sejak Berhijab Lisa Surihani Terus Istiqamah & Panjat Doa Agar Ikhlas Mendalami Ilmu Tajwid

Manisnya perjalanan hidup wanita yang diberi nama Lisa Surihani ini. Memang benar hidayah itu milik Allah SWT dan beruntung mereka yang memperolehinya terutama di usia yang muda. Nyata isteri kepada Yusry Abd Halim ini begitu beruntung dan sentiasa berusaha menjadi Muslimah sejati setelah mengambil keputusan berhijab sebaik sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah sekitar tahun 2019 lalu.

Foto: Instagram @lisasurihani
Foto: Instagram @lisasurihani

Mungkin segala doa yang dipanjatkan oleh wanita yang mengacarakan rancangan televisyen Tanya Doktor yang sudah masuk musim Ke-5 ini ketika berada di Tanah Suci telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Lisa Surihani terus berusaha ‘memperbetulkan’ diri dan berdoa agar segala usahanya biarlah ikhlas dan tak jemu untuk belajar.

Foto: Instagram @lisasurihani
Foto: Instagram @lisasurihani

Subhanallah. O Allah, please let me remain in sincere niyah. I am truly far behind but I hope with Your permission I remain steadfast to improve and perfect my Tajweed. I am forever a student,” kongsi Lisa Surihani yang menerima undangan belajar Tajwid Al-Quran di Secret of Tajweed with Zaynab Talha. Ramai wanita yang belajar Al-Quran dengan Zaynab Talha yang sedang memburu PhD dalam Pengajian Al-Quran di Universiti Malaya ini termasuk Wardina Safiyyah.

Foto: Instagram @lisasurihani
Foto: Instagram @lisasurihani

Sejak mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kumpulan KRU tanggal 23 Februari 2012, pasangan ini memang sangat sweet dan romantik. Terpancar kebahagiaan di wajahnya dan Lisa Surihani dan kini semakin ceria membesarkan sepasang anak tersayangnya, Yahaira Leanne yang berusia lima tahun dan Yusof Leonne berusia tiga tahun. Seronok melihat aksi Lisa Surihani sebagai ibu melayan telatah anak-anaknya.

Foto: Instagram @lisasurihani
Foto: Instagram @lisasurihani

Lisa Surihani juga sangat menyayangi dan rapat dengan ibunya. Jika dahulu ibunya yang akan menguruskan segala perjalanan seni Lisa Surihani. Malah sampai sekarang hubungan anak-beranak ini rapat disebabkan Lisa surihani adalah satu-satunya anak perempuan tunggal dalam lima adik-beradik. Sikapnya yang begitu menyayangi dan menghormati ibunya membuatkan personalitinya cukup menarik.

Foto: Instagram @lisasurihani
Foto: Instagram @ramzamode
Foto: Instagram @ramzamode

Membeli belah hanya di hujung jari, lebih mudah dan tak perlu keluar rumah.

IKLAN
Share