Sumber alam memang telah lama menjadi inspirasi dalam menyerlahkan kecantikan. Bunga-bungaan dan daun-daun segar yang ditanam belakang rumah boleh dijadikan bahan utama dalam menjaga kecantikan.
Petua orang tua tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja terutama sekali yang menggunakan tumbuhan semula jadi bagi menaikkan seri wajah. Bukan sahaja menjimatkan wang, caranya cukup mudah dan ringkas. Ayuh cuba!
(a) Kelopak mawar menyerikan wajah
Kata orang, amalan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari akan menaikkan seri wajah yang berpanjangan. Untuk bakal mempelai, amalkan petua ini 44 hari sebelum menjelang hari bahagia.
Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih), diikuti lafaz Bismillah serta selawat ke atas Nabi. Kemudian makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.
Ads
(b) Sirih menghindari cela
Ketika menghitung angka 30 hari menuju hari bahagia, ambil segenggam daun sirih yang besar saiznya dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan. Selepas itu, gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah.
Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilas dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Lebih menarik, air rebusan sirih ini juga berfungsi sebagai pencuci keintiman wanita yang sangat baik.
Ads
(c) Timun sebagai masker mata
Ramai yang sedia maklum bahawa timun mempunyai pelbagai khasiat di samping bersifat sejuk. Jadi hiriskan timun, namun jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam.
Petua ini berkesan untuk menghilangkan lebam serta kantung di bawah mata akibat tidur lewat, mengatasi kepenatan mata serta menghilangkan rasa mata lesu dan letih. Selain itu, hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot di bawah mata.
Ads
(d) Masker daripada lobak
Lobak yang kaya dengan vitamin E dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga bermanfaat untuk melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan memarut lobak dan ratakan pada wajah seperti masker. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.
(e) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan membuatkan rupa paras kelihatan sakit. Bagi anda yang berkelapangan, cari kelapa tua dan ambil airnya. Amalkan membasuh muka anda menggunakan air kelapa tua dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Anda pasti beroleh kulit muka yang lebih lembap berseri. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, manjanya anak perempuan dengan bapa! Kemesraan Dato’ Jalaluddin Hassan dengan anak-anak ketika bercuti di Genting Highlands baru-baru ini menarik perhatian khalayak.
Meskipun sudah berkahwin baru namun ‘bonding’ dengan anak-anak tetap menjadi keutamaan kepada pelakon veteran popular berkenaan.
Pada hujung Disember lepas, Dato’ Jalaluddin meluangkan masa berkualiti di samping isteri dan anak-anak kesayangan. Jelas terserlah keakraban ahli keluarga ini.
Kredit Instagram @nurulzaty_Kredit Instagram @nurulzaty_Kredit Instagram @nurulzaty_
Paling mencuri tumpuan peminat apabila video memaparkan dirinya dan salah seorang anak perempuan tersayang iaitu Nurul Izzaty viral di media sosial.
Menerusi video tersebut, kelihatan anak dan bapa ini ceria beraksi melakukan trend yang tengah hangat itu.
Kongsi Nurul Izzaty atau dikenali sebagai Zaty, “Cherishing the bond we share. Thank you Abah, I love you forever and always! He did very well ye, sekali ajar je.”
Dah besar panjang anak-anak Dato’ Jalaluddin Hassan yang pernah popular sebagai hos program ‘Who wants to be a millionaire?’ ini.
Melihat penampilan Zaty pasti ramai yang tidak menyangka dia sebenarnya sudah pun berkahwin dan bergelar ibu. Zaty mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan dikenali sebagai Hafiz pada 10 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan.
Kredit Instagram @nurulzaty_Kredit Instagram @nurulzaty_Kredit Instagram @nurulzaty_
Dalam pada itu, Zaty juga merupakan model iklan televisyen. Dek wajah cantik yang dimiliki, dia pernah menghiasi kempen iklan seperti Dutch Lady dan Harpic.
Dato’ Jalaluddin yang meniti usia 70 tahun sebelum ini berkahwin dengan Allahyarham Hajah Hasimah Mad Ehsan pada tahun 1977.
Selama lebih 40 tahun mendirikan rumah tangga, isteri kesayangan pelakon ini telah kembali ke rahmatullah pada 5 November 2016 akibat komplikasi penyakit termasuk kencing manis dan paru-paru berair.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lapan orang anak.
Dato’ Jalaluddin kini merupakan suami kepada Rapidah Abdul Ghani yang dikahwininya pada 12 November 2017.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sememangnya memiliki pakej lengkap seorang Permaisuri. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik, peribadi yang lembut dan merendah diri bahkan baginda juga seorang permaisuri yang berpendidikan tinggi. Pada 22 Mac lalu, Tuanku Zara menyambut ulang tahun keputeraannya yang ke-47 dan merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik yang dilahirkan di Ipoh, Perak. Sempena ulang tahun tersebut, baginda turut berkenan membuka akaun Instagram rasmi milik baginda iaitu Tuanku Zara Salim.
Tuanku Zara bertemu jodoh dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah pada 17 Mei 2007 ketika baginda berusia 34 tahun. Perkahwinan baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera baginda iaitu Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008. Manakala puteri baginda yang diberi nama Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Nazira Safya pula diputerikan pada 3 Ogos 2011.
Menelusuri latar belakang pendidikan Raja Permaisuri Perak ini, Tuanku Zara mendapat pendidikan di SMK Convent Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan squash dan tenis serta mewakili negeri Perak dalam sukan renang. Di samping aktif dalam bidang sukan, baginda juga cemerlang dalam akademik.
Ketika berusia 22 tahun, Tuanku Zara menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia kelas pertama di University of Nottingham, United Kingdom pada Julai 1995. Selepas menamatkan pengajian, baginda berkhidmat dalam industri hydrocarbon di syarikat petroleum negara Petronas. Pengalaman baginda yang amat luas dalam bidang kejuruteraan menjadikan baginda salah seorang wanita Malaysia yang diberi kepercayaan menyandang jawatan penting dalam projek berskala besar.
Mendekati latar belakang Tuanku Zara, ayahanda baginda iaitu Dato’ Seri William Stanley Walker Davidson atau Salim Davidson ialah seorang peguam terkenal di Malaysia. Manakala ibunda baginda pula ialah Dato’ Seri Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin yang merupakan kerabat diraja Kedah di sebelah bonda baginda. Tuanku Zara merupakan cicit kepada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan anakanda cucunda saudara kepada Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Sesungguhnya Tuanku Zara memiliki keperibadian dalaman dan luaran yang menawan. Malah, kemunculan baginda dalam istiadat mahupun majlis-majlis rasmi sering mencuri perhatian kerana penampilan Raja Permaisuri Perak ini yang anggun dan elegan.
Tuanku Zara juga seorang permaisuri berjiwa prihatin kerana pada 13 April lalu baginda bersama Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-lah berkenan mengurniakan 1,250 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan bagi membantu memenuhi keperluan tersebut di hospital-hospital dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim bagi pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dilaporkan telah menyerahkan sumbangan baginda kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Mohamad Ghopran bin Yeop Hamzah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin cantik Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah! Malah semakin terserlah kejelitaan Puteri Diraja Brunei ini yang nyata mewarisi kecantikan ibunda, Azrinaz Mazhar Hakim!
Perkongsian Azrinaz yang memuat naik gambar anak gadisnya di Instagram baru-baru ini menarik perhatian ramai. Bukan hanya mereka terpikat dengan wajah cantik YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah, bahkan kebanyakan kenalan Azrinaz mengakui anak dan ibu ini cukup seiras.
Posting tersebut dibuat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-76 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 15 Julai lalu.
Kongsinya, “My sweet little girl walking alongside with her father. Happy Birthday HM The Sultan of Brunei.”
Umum mengetahui bekas personaliti televisyen ini mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama KDYMM Sultan Brunei Darussalam.
Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Puteri Ameerah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14 pada 28 Januari lalu dan seperti kelaziman saban tahun, Azrinaz tidak pernah terlepas menitipkan ucapan hari lahir kepada anakanda tersayang.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Tampil berseri-seri dengan Habib Desert 9K Rose Gold Pendant DI SINI dan dapatkan harga diskaun guna kod NONGSP5.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.