Dalam Islam, gerakan sujud membawa konsep merendah diri sambil memuji-muji keagungan Allah SWT. Sambil membuat segala permintaan, bersujud juga mengikis sifat-sifat tercela seperti angkuh, sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Terdapat 13 rukun dalam solat dimana salah satunya ialah sujud. Sujud adalah satu perbuatan yang melibatkan beberapa anggota badan yang tertumpu ke bumi iaitu dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut dan kedua hujung jari kaki.
Kewajipan bersujud pada Allah menerusi solat lima waktu tidak perlu dipertikaikan lagi. Bahkan apabila nyawa sudah dicabut daripada badan saat ajal menjemput nanti, perkara pertama yang akan dihisab adalah tentang solat.
Selain menjaga waktu solat, kualitinya juga perlu dijaga kerana sesetengah daripada kita kerap melakukan khilaf dalam tidak sedar.
KESILAPAN SUJUD
Salah satu yang dimaksudkan adalah kekhilafan melakukan sujud ketika dahi sedang berlapik dengan telekung selain sejadah. Nampak remeh bukan?
Mungkin juga sudah bertahun-tahun anda menganggap ia sebagai perkara biasa. Namun perkongsian daripada usahawan dan penceramah Aishah Hijanah ini telah membuka mata ramai.
Ads
Menurut tertib ditunjukkan olehnya, dahi kita hanya dibolehkan bersujud atas fabrik yang sudah siap dihamparkan sebelum mula menunaikan solat.
Solat tak sah jika dahi berlapik pakaian kita.
CARA SUJUD WANITA
Ads
1. Dahi tak boleh berlapik dengan apa-apa pakaian yang kita bawa bersama dalam solat. Contohnya telekung, tudung, ridha (yang kita letak dekat bahu daripada awal solat), kopiah, songkok, serban, purdah, niqab. Senang cerita, pakaian yang melekat kat kita masa solat.
2. Tetapi kalau sebelum solat, kita buka purdah kita, then kita letak dekat tempat sujud, ataupun kita guna sejadah, kain putih mcm nenek-nenek selalu buat, ridha yg kita mmg letak dekat tempat sujud sebelum solat, maka boleh kalau dahi kita sujud di atasnya.
Ingat, apa-apa yang tidak bersambung atau melekat pada pakaian yang kita pakai dalam solat, itu boleh.
Ads
3. Tapak tangan? Tapak tangan kalau berlapik, tak apa. Yang pentingnya adalah dahi. Dahi tak boleh ada halangan daripada tempat sujud. Tapak tangan kalau terlapik dengan telekung tak apa.
4. Kalau telekung terbang sebab angin kuat sangat, tarik telekung tu supaya tak menghalang dahi daripada kena tempat sujud.
LELAKI TAK TERKECUALI
Bukan sahaja buat golongan wanita, sebenarnya lelaki juga kadangkala mengalami situasi ini. Bezanya, mungkin sujud mereka terhalang akibat rambut berjurai jatuh, kain baju mahupun kopiah yang tiba-tiba menutupi dahi.
Bagi memberikan pemahaman yang tepat, sebenarnya Ustaz Azhar Idrus pernah berkongsikan penjelasannya sebelum ini. Tegasnya andai dahi berlapik dengan fabrik yang terdiri daripada pakaian kita sendiri, solat itu adalah tidak sah. Wallahualam.
Kredit: Instagram Aisyah Hijanah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertukarwajah, semuatetamubersatu demi wanitamelaluipelancaranBulanKesedaranKanserPayudara 2025 yang bermula 1 Oktoberini.
Berlokasi di ruanglegar Kompleks KKM Putrajaya, sebuah majlis pelancarandiadakandengankehadiranlebih 100 orang tetamukhas. Majlis pelancaranrasmidisempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Mengangkattema ‘Bersatu Demi Wanita: SebarkanKesedaran, SelamatkanNyawa‘, temainiselaridengantema Hari KanserSedunia 2025-2027 iaitu ‘PenyatuandalamKeunikan‘ memerangikanser.
PelbagaiaktivitibakaldijalankandenganusahasamarakanstrategiktermasukPersatuanKanserKebangsaan Malaysia (NCSM), Majalah Nona dan Mingguan Wanita.
====================================
Jom sertai acara larian ‘Pink Ribbon Run 2025’ anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Majalah Nona & Mingguan Wanita pada 25 Oktober 2025 di Dataran Wawasan, Putrajaya. Yuran penyertaan hanya RM20 dan sebahagian yuran penyertaan akan disalurkan kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).
====================================
Sempenabulankesedaranini, KKM mensasarkanwanitaberumur 30 tahun dan keatasuntukmenjalanisaringanbermulaOktoberhinggaDisember 2025 melalui program yang telahdisusun:
1. Acara larian Pink Ribbon Run 2025 anjuran KKM dengankerjasamaMajalah Nona & Mingguan Wanita pada 25 Oktober 2025 di Putrajaya.
3. Saringankomuniti di 83 lokasiseluruh negara termasuk 20 hospital panel NCSM di 12 negeri dan tiga acara Pink Ball Futsal yang akandiadakanmengikutzon – Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Tengah.
4. JelajahSaringan Mammogram menggunakan trailer UniSZAdengankerjasama NCSM di lokasiterpilih.
5. Program SaringanKomprehensifmerangkumikanserkolorektal, serviks, prostat dan paru-paru.
Melaluipelaksanaanseumpamaini, capaiansaringankanserpayudaradapatdiperluas, pengesananawaldapatdipertingkat dan rawatanawaldapatdimulakanseterusnyamenyelamatkanlebihbanyaknyawawanita Malaysia.
Menteri Kesihatan menegaskanbahawausahainimemerlukan kerjasamaerat dan padusemuapihaktermasuk KKM, NGO, sektor swasta, media dan komuniti. Kolaborasiinibukansahajadapatmemperluascapaiansaringan dan rawatan, malahmenyokongsasaran Global Breast Cancer Initiative iaitumeningkatkankesedaran, pengesananawal, diagnosis tepat pada masanya dan rawatankomprehensifuntukpesakit.
TuruthadirKetuaSetiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad memeriahkanpelbagai acara pelancaransepertigimikpersembahankoir oleh Pink Melody (BCWA), simboliksepakmula Pink Ball Futsal (NCSM), saringankesihatansertabanyaklagi.
Jelas kelihatan wajah kegembiraan Datuk Chef Wan dan team De.Wan 1958 di sosial media apabila di beri peluang buat kali kedua untuk menyediakan hidangan enak sempena meraikan ulang tahun perkahwinan Negarawan ulung Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Tentunya momen-momen ini akan menjadi kenangan terindah selamanya.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir meraikan 64 tahun anniversary perkahwinan dan alhamdulillah dalam usia 90an, pasangan ini di beri kesihatan yang baik. Majlis sederhana tetapi elegan telah diraikan bersama anak-anak dan cucu tersayang.
“Saya dan my team De.Wan sangat teruja, bertuah dan gembira diberi peluang ini. Ianya satu kenangan terindah kerana bukan semua berpeluang di beri kesempatan ini, syukur alhamdulillah. Tun dan keluarga sangat suka makanan dari De.Wan. Tun selalu cakap dengan saya, ‘Saya suka makanan Chef Wan ni sebab setiap dish itu mempunyai rasa yang berlainan dan sangat sedap’. Flavour is there, tidak terlampau pedas atau manis. Tun tidak suka makanan yang banyak sangat lemak, Tun suka yang masakan ringan seperti bakar-bakar.
Malam tu kita hidangkan udang galah segar yang di bakar, Tun sangat suka cicah bersama sos. Tun tidak makan ikan tetapi kami sediakan juga buat anak-anak dan cucu. Walaupun Tun bukan seorang yang suka makan banyak, tetapi dia akan menikmati semua makanan itu sikit-sikit. Hidangan lain yang menjadi kegemaran Tun, kerabu pucuk paku, pomelo dan kuzi kambing. Turut dihidangkan rendang dan gulai udang nenas.
Pencuci mulut, Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah sangat suka Bubur Som Som yang tidak terlalu manis, kita hanya letak sedikit gula sahaja. Alhamdulillah, persediaan makanan untuk majlis ini tidaklah terlalu sukar kerana kami sudah biasa dan bukan sesuatu yang baru. Keluarga Tun pula selalunya travel ke sana-sini dan kerap kali dihidangkan dengan makanan western. Jadi kalau ke restoran De.Wan mereka sangat gembira untuk menikmati hidangan Melayu yang berkualiti,” jelas Datuk Chef Wan.
Sambil menikmati hidangan enak dari De.Wan 1958, pasangan kesayangan rakyat Malaysia ini turut teruja menikmati pemandangan indah kota metropolitan Kuala Lumpur berlatar belakangkan kemegahan bangunan KLCC. Tentu sahaja merupakan salah satu seni bina kebanggaan buat Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.
“Saya ingin berkongsi sedikit buat semua, sewaktu kami bertiga sama-sama berdiri melihat Menara KLCC, saya berkata kepada Tun… Kalau dulu ramai yang menunding jari mengutuk Tun dan mungkin hari ini masih ada juga, mengata membazir buat bangunan ini, KLIA, Cyberja dan Putrajaya. Tetapi inilah mercu tanda negara yang kita semua sentiasa bangga malah bukan kita sahaja, seluruh dunia. Saya bangga sebagai rakyat Malaysia dengan apa yang telah Tun laksanakan. Saya percaya, semua ini adalah tanda ingatan buat generasi kita seterusnya, pengorbanan Tun kepada negara Malaysia.
Tun senyum dan pusing kepada saya dan berkata, ‘Tapi saya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia Chef Wan!’ Saya menjawab, ‘Tak mengapa Tun, sekarang masanya buat Tun berehat. Walaupun Tun bukan lagi Perdana Menteri tetapi percayalah ramai rakyat Malaysia selalu fikir Tun adalah Perdana Menteri Malaysia terbaik di hati kami semua…”
Pesanan terbaik Tun Dr. Mahathir buat Datuk Chef Wan, “Chef Wan tolonglah memartabatkan makanan Melayu di mata luar dan bantulah chef-chef lain untuk turut berjaya seperti Chef Wan. Tun juga ingatkan saya, kalau masak makanan berkhasiat dan jangan makan berlebihan untuk menjaga kesihatan kita. Kalau pergi ke sekolah-sekolah, tolonglah nasihat anak-anak kita jangan ada sikap malas, perlu sentiasa berusaha dan perlu bekerja keras. Saya percaya, Chef Wan adalah yang terbaik untuk menasihat generasi muda ini seperti mana seorang bapa menasihati anaknya.”
Ucapan Datuk Chef Wan buat pasangan romantis ini, “Happy Anniversary buat Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Pasangan ini menjadi contoh terbaik kepada semua rakyat Malaysia. Walaupun dalam keadaan rutin hidup yang sibuk tetapi mereka telah membesarkan anak-anak dengan baik dan berjaya. Saya dapat lihat kekuatan kasih sayang dalam keluarga ini sangat erat, alhamdulillah. Semoga perkahwinan terus kekal bahagia sepanjang hayat mereka.”
PENGALAMAN yang dilalui oleh Nadiah (bukan nama sebenar) ini memang agak memilukan. Sudahlah ditinggalkan suami, dirinya pula seperti disingkirkan oleh keluarga. Dengan anak-anak seramai enam orang dan dia pula tidak mempunyai pekerjaan.
Apa yang memilukan, sepanjang tempoh itu, keluarganya langsung tidak ambil kisah. Tanpa sebarang pekerjaan dan kemudian setelah bekerja, ditipu pula. Pun tidak ada siapa yang ambil tahu walau pun dia tinggal menyewa di sebelah rumah ibunya yang tersergam. Tetapi keadaan menjadi kecoh dan seluruh keluarga menjadi gempar apabila Nadiah mengambil keputusan menjadi isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan.
Luahan rasa Naidah…
SAYA datang dari sebuah keluarga besar. Dari segi perangai, saya memang agak berbeza berbanding dengan adik beradik yang lain. Seorang yang agak ‘reserve’ dan mempunyai sedikit kelebihan dari segi rupa dan pelajaran. Kemudian saya juga bertemu jodoh dengan seorang yang agak berkedudukan.
Saya tidak pernah meninggi diri dengan kelebihan yang saya miliki itu. Namun saya sedar, ada di antara adik beradik yang cemburu. Apa lagi, setelah berkahwin suami pula tidak suka saya terlalu bergaul dengan adik beradik. Semuanya gara-gara dia tidak berkenan dengan sikap mereka termasuk ibu saya yang kononnya ‘busy body’, cakap lepas dan macam-macam lagi.
Saya tidak menafikan kata-kata suami itu. Namun walau apa pun, bagi saya mereka tetap keluaga saya. Kerana itu setelah berkahwin, saya minta tinggal berhampiran dengan keluarga. Dan saya hanya bertemu mereka ketika suami tiada di rumah. Kerana itu tidak hairanlah apabila kehidupan saya lebih banyak tertumpu kepada rumah tangga. Saya tidak pernah bersama adik-beradik duduk bersembang-sembang di rumah ibu pada waktu petang.
Selepas melahirkan anak pertama, saya berhenti kerja. Sejak itu, saya benar-benar bergantung hidup pada suami. Namun suami tetap memberi wang untuk saya berikan kepada ibu. Kerana suami saya tidak kedekut dari segi wang ringgit. Malah boleh dikatakan agak boros.
Suami memang mahukan anak yang ramai kerana dia merupakan anak tunggal. Namun saat melahirkan anak ke enam, bermulalah episod duka di dalam hidup saya. Saya ditinggalkan kerana dia telah mempunyai orang lain.
Sebenarnya saya tidak tahu apa yang dia cari. Kerana bukan saja perempuan itu lebih tua daripadanya (suami 11 tahun lebih tua daripada saya) tetapi mempunyai latar belakang yang tidak baik. Tapi apakan daya, itu pilihannya.
Saya diceraikan sewaktu suami dipecat atas tuduhan pecah amanah. Kemudian kami membuka butik. Tetapi bankrap kerana ditipu. Dia bekerja pula di sebuah syarikat pengiklanan. Ketika itulah saya dengar cerita dia bertemu dengan perempuan itu dan saya diceraikan… Ketika saya diceraikan, tidak ada apa yang mampu saya tuntut kerana dia memang tidak mempunyai apa-apa sudah.
Dia memang sedang jatuh teruk. Kalau dulu kami mempunyai tiga buah kereta, tetapi kini basikal anak pun telah dijual. Bahkan banyak barang-barang berharga di rumah yang telah dijual dan wang simpanan juga tepaksa dikeluarkan ketika bankrap dulu.
Dalam keadaan ‘tidak ada apa-apa’ itulah saya terpaksa hidup bersama enam orang anak. Sedangkan dia terus menghilangkan diri. Dari menyewa rumah besar, saya terpaksa berpindah ke sebuah rumah tanpa bilik. Mana barang-barang yang boleh dijual telah saya jual semuanya kerana ingin menampung kehidupan kami anak beranak.
Akhirnya saya mendapat pekerjaan. Ibu mahu menjaga anak-anak saya yang belum bersekolah tetapi saya perlu membayar sebanyak RM300 seorang. Mana nak cari duit sebanyak itu? Akhirnya hanya anak yang kecil saya hantar sementara yang lain (yang belum bersekolah) tinggal di rumah. Jiran sebelah yang tolong tengok-tengokkan.
Hanya tiga bulan pertama, saya menerima gaji. Bulan-bulan berikutnya, gaji mula tersekat-sekat. Bahkan tak pernah lagi dapat cukup. Apabila ditanya, syarikat kata ada masalah. Saya cuba minta kerja di tempat lain. Dengan usia yang dah banyak, bukan mudah untuk mencari kerja. Dalam pada itu, ramai pula yang mengambil kesempatan atas status janda saya.
Dalam terkapai-kapai itulah saya diperkenalkan dengan Sham (bukan nama sebenar). Pada peringkat awal, saya tidak menganggap apa-apa terhadapnya. Lagi pun saya tidak terfikir untuk berkahwin lagi. Apa lagi, dia sudah mempunyai dua isteri. Bagi saya berkahwin lagi bererti saya mencari masalah. Lagi pun siapalah yang jujur hendak mengahwini janda beranak enam?
Perkenalan itu berjalan biasa-biasa saja. Sering juga kami keluar makan tetapi saya pastikan bukan berdua. Banyak kali juga dia menghulurkan wang kerana tahu keperitan hidup saya. Tapi semuanya saya tolak dengan baik.
Suatu hari, saya didatangi seorang wanita yang walau pun telah agak berumur tetapi masih cantik dan bergaya. Berderau darah saya apabila dia mengenalkan dirinya sebagai isteri Sham. Saya sangka wanita itu ingin menyerang saya. rupa-rupanya tidak. Sebaliknya dia menyuarakan hasrat untuk melamar saya sebagai madunya.
Sekali lagi saya terkedu. Bala apakah yang datang ini? Enam bulan saya mengambil masa untuk berfikir. Dalam pada itu, sering juga isteri Sham (termasuk isteri mudanya) bertemu dengan saya. Ada juga beberapa kali mereka menjemput saya dan anak-anak makan-makan bersama. Waktu itu saya sedar, isteri mudanya kurang senang dengan kehadiran saya. Maklumlah, usianya belum pun menjangkau 30 sedangkan saya sudah 37 tahun.
Melihat keikhlasan Sham dan isterinya, akhirnya saya nekad untuk menerima lamaran itu. Tetapi seperti yang diduga, ibu dan seluruh adik beradik menentang sekeras-kerasnya. Saya dituduh menjatuhkan maruah keluarga, merampas suami orang, perempuan gatal dan tak tahan nak berlaki dan macam-macam kata nista lagi.
Saya benar-benar sedih. Untuk pengetahuna semua, sepanjang saya susah selepas ditinggalkan suami, tidak ada seorang pun adik beradik yang menghulurkan bantuan. Walhal mereka tahu saya tidak bekerja dan setelah bekerja tidak dibayar gaji pula. Ibu ada beberapa rumah sewa, tetapi langsung tidak menawarkan sebuah untuk saya. Sanggup dia melihat saya dan anak-anak menyewa di rumah yang sempit dan usang begitu. Ketika anak-anak sakit, jiran dan rakan-rakanlah yang membantu.
Kini telah hampir dua tahun saya menjadi isteri ketiga Sham. Dan selama inilah juga, saya hidup tersisih daripada keluarga.
“Aku tidak ada anak yang sanggup merampas suami orang. Aku tak ada anak yang hidup bermadu. Kau dah gatal, kau ikutlah lelaki tu,” itulah kata ibu ketika saya bersalam sengannya selepas bernikah dengan Sham.
Dan setiap kali saya pulang ke rumah, ibu hanya buat tak kisah. Begitu juga dengan adik beradik yang lain. Bukan hanya pada saya, bahkan juga pada anak-anak. Saya terlalu rindukan ibu dan adik beradik yang lain kerana sejak kecil kami memang tidak pernah berpisah. Tapi apakan daya.
Namun saya masih tetap bersyukur kerana mempunyai suami dan madu-madu yang baik. Hidup saya kini seperti orang terbuang dalam keluarga sendiri. Hanya madu-madu itulah yang kini menjadi saudara saya di dunia dan akhirat hingga kini…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.